Apam Gula Merah Mudah dan Simple – Ada masa dan ketika Sal suka buat kuih traditional . Especially yang anak anak suka makan dan paling penting bahan untuk buat mudah . Part sukatan pun sama sebab Sal ‘kureng’ sikit kalau kena sukat guna timbang tapi bila guna cawan harus la laju sebab mudah . Jom pakat buat apam gula merah mudah dan simple …

Resipi Apam Kampung Gula Merah Mudah dan Simple

Ramai jugak yang suka makan kuih apam ya . Bila ada masa lapang , Sal akan buat dan sebelum ni ada jugak buat apam dari nasi sejuk . Lebihan nasi jangan dibuang … sayang membazir . Baik kita buat kuih kan ?

Bukan susah pun bahan yang diperlukan . Tu Sal ingat nak share dan korang try la buat . Buat sendiri lagi puas hati sebab dapat banyak dan boleh jugak kalau nak bagi jiran sebelah rumah .. hehe

Meh kita tengok antara bahan yang diperlukan …

Bahan – bahan :

3 cawan tepung gandum

2 cawan air suam

1 cawan gula merah

2 sudu besar gula putih (gula yang biasa tu)

1 peket yis mauripan (kembangka dulu dalam bekas lain dengan sedikit air suam)

BACA JUGA: Apam Nasi Mudah dan Ringkas

Cara – cara :

Campurkan gula merah dengan air suam . Larutkan

Dalam bekas berasingan , masukkan tepung dan gula putih . Kacau hingga sebati

Tapis larutan gula merah tadi ke dalam bekas tepung . Kacau sampai sebati dan perap selama 1 jam – tunggu kembang .

Sapukan sedikit minyak pada loyang supaya bila apam masak kuih tak melekat

Tuang adunan dalam loyang dan jangan kacau . Just tuang je sampai habis

Kukus adunan apam selama 1 jam 30 minit atau sampai masak

Bila dah masak , gaulkan dengan kelapa parut yang dah digaul dengan sedikit garam – kukus sikit kelapa parut tu



Haaa .. siap dah kuih apam kampung gula merah kita . Tak susah kan . Korang buat air kopi ‘o’ kaw !! Buat minum petang best weehhh .. sambil duduk dengan anak anak .

Try la buat , confirm jadi . Nanti share la resipi mudah ni dengan kengkawan korang ya !!