Atasi Punca Masalah Badan Berbau

In Info & Ilmu

Atasi Punca Masalah Badan Berbau – Sape suka kan ? Selalu jugak Sal terbau rembesan bau badan dalam lif .. kadang tu waktu datang keja dah ‘mendapat’ . Bayangkan waktu pagi tu .. apa akan terjadi petang hari ?? Adakah bau berkurangan atau sebaliknya … hehehe . Rasa jawapan pun korang boleh dapat kan !

Penting Ke Atasi Punca Masalah Badan Berbau ?

Memang tak nafikan ade je orang yang alami masalah berbau . Bila dah berbau tu akan timbul ketidakselesaan sama ada pada diri sendiri atau kengkawan yang ada di sekeliling kita . Dah berbau , orang nak dekat pun takut . Ataupun ada yang nak dekat tapi time cakap tu macam nak cepat cepat blah . Tu antara faktor kenapa orang takmo bercakap dengan kita atau dalam erti kata lain mengelak

Kadang tu Sal tertanya gak .. orang yang mempunyai masalah bau badan ni perasan ke idak badan dia berbau . Nak ditegur macam tak sedap tapi bila tak ditegur kesian la pulak . Mana yang kengkawan rapat tu bolehla bagitau kan dari kita dok senyap je atleast dia tau kekurangan dan boleh cari solution nak atasi .

Melalui pembacaan Sal , bau badan biasanya dialami oleh mereka yang berbadan besar a.k.a gemuk . Betul ke ?? Tapi rasanya ada jugak beberapa faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan bau badan ni kan seperti toksin dalam badan , bakteria dan ada jugak sebab genetik . Sekarang pun cuaca panas dan pada yang sering melakukan aktiviti luar pun menyumbang jugak pada punca bau badan .

Sal guna AMWAY – Atasi Punca Masalah Badan Berbau

Tips Atasi Punca Masalah Badan Berbau

Ada beberapa tips yang boleh korang buat untuk elak atau atasi masalah bau badan ni . Antaranya …

  • Mandi secara kerap sekurang kurangnya 3 kali sehari  dan gunakan sabun badan yang sesuai
  • Gunakan deodorant anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptic
  • Pakai minyak wangi badan sebelum keluar rumah
  • Elakkan terlalu banyak pengambilan bawang putih ,  rempah , daging , kekacang dan minuman yang berkafein  
  • Pilih pakaian yang diperbuat dari fabric kapas dan longgar supaya ada ruang dan kurang sikit berpeluh
BACA JUGA: DASHING Sport Eau De Toilette dan Deodoran Pilihan Lelaki Aktif

Orang kata .. usaha tangga kejayaan . So pada yang alami masalah bau badan tu jangan putus asa . Cuba kaedah tradisional untuk kurang dan hilangkan masalah badan berbau . Ada masa Sal share ya beberapa kaedah yang boleh kita praktikkan untuk hilangkan bau badan .



You may also read!

Badan Lebih Sihat Dengan Vitamin C+ Shine 1000mg Produk Kitsui

Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam

Read More...
Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan

Read More...
Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu