Ayam Goreng Crispy Pedas Sedap

In Resipi/Resepi

Ayam Goreng Crispy Pedas Sedap – Korang suka makan ayam goreng tak ? Rasanya ramai yang suka , termasuklah Sal dan anak anak . Kalau kat rumah memang kena sentiasa ada stok ayam mentah sebab anak anak cukup suka . Untuk bulan puasa ni pun sama gak , ayam goreng menu utama .

Sebelum ni Sal rajin jugak beli ayam KFC sebab tak tahu nak buat macam mana ayam tu bila kita goreng nampak crispy dan sedap semacam . Sampai la satu hari tu Sal dok google cari macam mana nak buat ayam goreng ala KFC . Kita ni kalau nak ilmu sesuatu tu kena la cari . Nak tunggu ‘bersuap’ memang payah la kan … hehehe

Sebenarnya punya la mudah bahan bahan yang perlu ada bila nak buat ayam goreng crispy pedas ni . Patutnya dah lama Sal buat tapi bila kemalasan melanda , faham je la kan . Tapi bila kita dah tahu .. pantang sebut sure jadi

Bahan Utama Nak Buat Ayam Goreng Crispy Pedas Sedap

Ayam Goreng Crispy Pedas Sedap

Jom kita tengok bahan bahan yang perlu ada …

Bahan Perapan:

Beberapa potong bahagian ayam

1 sudu besar serbuk cili kering

1 sudu besar cili giling

3 Bawang putih (ditumbuk)

Garam sikit

1 sudu kecil serbuk perasa (guna sudu kfc)

1 sudu kecil serbuk kunyit sikit (guna sudu kfc)

Gaul semua bersama ayam yang dah dibersihkan tadi . Perap seketika , lagi lama lagi bagus

Bahan menggoreng: (korang agak je la ye)

Tepung goreng bestari

Tepung beras (sikit)

Minyak masak secukupnya

Ambil ayam yang korang dah perap tadi dan gaulkan bersama tepung . Golek kan supaya sebati dan tepung melekat sekata dengan ayam . Panaskan minyak dan biarkan minyaksampai betul betul panas . Masukkan ayam dengan api besar . Bila dah masuk ayam , kawal api biar kecil sikit supaya ayam masak dengan sempurna bahagian dalam .

Agak-agak ayam dah garing , terbalikkan permukaan ayam dan balik balikkan

BACA JUGA: Ayam Masak Kurma Simple

Tips Ayam Goreng Crispy Jadi Sedap

Dengar betul betul bunyi gorengan . Bila agak bising maknanya air ayam masih ada . Bila dah agak senyap bunyi gorengan , bolehlah angkat dan toskan. Hasilnya, garing di luar dan berjus di dalam – ‘crispy and spicy’

Sumber Asal: SIRAP LIMAU

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

One commentOn Ayam Goreng Crispy Pedas Sedap

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu