Ayam Masak Lada Hitam Resipi Mudah – Masak ape harini ? Musim Aidilfitri ni buntu gak Sal nak masak apa . Menu raya adakalanya membosankan, jemu pun ada . Tambah sekarang ni musim open house dan tak ketinggalan open office . Meriah sambutan sana sini . Makan jangan keterlaluan sangat yea , nanti menyesal tak sudah bila baju raya tak muat .. kihkihkih

Cuba Masak Ayam Masak Lada Hitam Resipi Mudah

Ayam Masak Lada Hitam Resipi Mudah
Ayam Masak Lada Hitam Resipi Mudah

Time bulan posa gigih gak la Sal masak tiap hari . Sekarang ni masak weekend je .. hehehe . Bukan apa , masa amat mencemburui . Tapi bila ada masa , kita sempatkan jugak demi anak anak . Makin besar makin dah pandai makan , seronok jugak tengok

Harini Sal nak share menu simple ayam masak lada hitam . Ayam memang kesukaan anak anak jadinya , Sal sedaya upaya akan mempelbagaikan menu bila masak ayam . Bila menu yang sama … kita pun jadi tak lalu . Tapi bila simple , pekena dengan nasi panas . Terangkat !!! Dari sepinggan boleh jadi berpinggan oiiii ..  

Bahan bahan :

Beberapa ketul bahagian ayam

1 sudu kecil lada hitam

1½  sudu besar
tepung jagung

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap cair

*gaul semua bersama ayam dan perap sekejap

Untuk Kuah :

1 biji bawang besar

2 batang cili hidup – potong dadu

2 inci halia –dihiris

3 ulas bawang putih – potong dadu

1 sudu lada hitam ditumbuk kasar

3 sudu besar sos tiram

Sedikit kicap manis

Sedikit gula

Sedikit air

Sedikit bancuhan tepung jagung

Sedikit serbuk perasa maggi – cukup rasa

Cara cara :

Ayam yang korang perap tadi goreng dulu – Sal suka goreng separuh masak biar juicy sikit . Lepas goreng ketepikan dulu

BACA JUGA: Ayam Masak Merah Mudah

Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau

Masukkan sos tiram dan kicap . Jangan lupa letak sikit
air dan lada hitam

Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung  untuk pekatkan kuah . Korang masukkan sikit
sikit ya , kang terpekat lebih lak .

Kuah dah pekat , masukkan ayam goreng tadi

Dah gaul sebati , masukkan bahan hiasan cili hidup atau bawang . Ikut mana yang korang suka sebagai pembuka selera. Selamat Mencuba !!