­­Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari – Bila cuti sekolah bermula , Sal akan mula pening kepala . Bukan sebab kerenah anak anak tapi nak start fikir tentang kelengkapan dari segi pakaian dan peralatan sesi persekolahan tahun 2020 . Kejap betul masa berlalu dan untuk next year dah 3 orang anak Sal masuk sekolah rendah . Syukur !!

Semestinya Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

Sal memang suka ready awal untuk keperluan sekolah anak anak . Bukan apa , bila dah beli dan ada depan mata .. hati pun senang dan boleh la bawak anak anak berjalan lepas tu .Selagi tak membeli , takut duit terpakai dan tak cukup pulak nanti . Haru wehh .

Untuk tahun ni Sal pilih shopping baju sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari Hari . Pada mulanya Sal hanya dengar dari mulut ke mulut yang Pusat Pakaian Hari Hari menyediakan pelbagai kelengkapan macam uniform , kasut , beg sekolah , stokin , tudung sekolah dan banyak lagi . Kawan kawan di office pun share jugak yang dyorang pun beli di Pusat Pakaian Hari Hari .. sebab mudah dan antara faktor terpenting adalah semua benda yang kita nak beli especially barang kelengkapan sekolah ada . Tak perlu nak pening kepala masuk kedai keluar kedai yang lain.

So ,  weekend baru ni terus ajak husband pi Pusat Pakaian Hari Hari area Taman Permata . Kami antara family yang terawal datang sebab nak parking terus depan kedai .. hehehe . Sesampai je terus adik adik promoter tu dengan ramahnya ucap Selamat Datang ! Sejuk weh hati bila disapa gitu … macam dihargai la kedatangan kita ni .

Kualiti Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari

Sal angkut sekali anak anak sebab mudah nak pilih size . Service memang terbaik selain banyak pilihan . Dah banyak pilihan , kita pulak rambang mata . Jadi nak mudah Sal hanya cakap pada adik promoter tolong bantu cari size baju dan seluar untuk uniform anak anak untuk sekolah pagi dan sekolah agama . Zaasss .. terus adik adik promoter tolong carikan size . Laju giler dan tak sampai setengah jam settle cari size untuk Khalish , Khilfi dan Khalaf .

Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari
Settle semua dapat size .. Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

Kepantasan adik adik promoter yang berpakaian sekolah memang terbaik ! Comel je masing masing pakai baju sekolah pelbagai color dan tiap tahun memang Pusat Pakaian Hari Hari buat gini as a simbolik dan disebalik itu , maksudnya baju atau color yang dicari memang ada dijual di situ . Korang bagitau je nak cari uniform color apa .

BACA JUGA: Sabun Pencuci Baju Sekolah Putih Atrees

Dari segi kualiti memang Sal puas hati sebab tahun lepas ada jugak beli masa pertengahan tahun selai dua baju sahaja untuk uniform sekolah pagi . Tahan sampai sekarang .Korang boleh pilih jenis kain ikut bajet dan pada Sal better ambil yang mahal sikit tapi masih dalam bajet supaya tahan lama untuk anak anak pakai baju tu . Alaaa…alah membeli, menang memakaikan !

Sama je tandingan uniform yang dijual di Pusat Pakaian Hari Hari kalau nak dibandingkan dengan kedai lain , baik dari segi ketebalan atau jahitan . Paling best dengan hanya RM65 boleh dapat full set uniform untuk size paling kecik . Macam Sal ni memang jimat dah sebab 3 orang tu nak sediakan . Dan untuk tiap sorang , takkan nak beli sepasang .. kena gak la borong dalam 2 – 3 pasang . Tapi , syukur sebab masih dalam bajet Sal .

Diskaun Pemegang Kad Debit atau Credit CIMB

Sal share semua ni atas pengalaman sendiri tau . Dan Sal tengok sendiri masa beli tu memang ramai parents yang datang beli set kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari Hari . So memang berbaloi la beli kat sini . Bukan tu je tau .. bila dah beli banyak dapat pulak freegift macam kalendar , stokin putih atau kasut putih untuk pembelian dari RM30 sehingga RM150 . Korang jangan lupa tanya pada adik cashier ya masa buat pembayaran . Haritu Sal kalut so melepas sudah … hehehe

Info terbaik untuk pemegang Kad Debit atau Credit CIMB , korang boleh dapat discount 15% sepanjang bulan Disember ni bila buat pembayaran di seluruh Cawangan Pusat Pakaian Hari Hari . Banyak gak tu !! So cecepat la ke 86 cawangan Pusat Pakaian Hari Hari di seluruh Negeri selagi stok masih banyak ni . Berita baik untuk orang Sarawak , Pusat Pakaian Hari Hari akan buka 2 cawangan baru di sana next year .

Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari
ramai yang datang shopping sini…Baju Sekolah Murah Pusat Pakaian Hari Hari

Pada mommy yang malas nak keluar , korang boleh buat pembelian atas talian di www.ehari.com . Ada diskaun 15% dan Free Shipping (Minima RM50) disediakan . Banyak gak ni dan yang penting korang kena tau size anak anak .  Sekarang kan trend beli online , mempermudahkan , selesa dan menjimatkan masa  korang nak cari set kelengkapan untuk anak anak

Macam mana korang tengok di Pusat Pakaian Hari Hari , sama jugakla uniform atau kelengkapan sekolah yang ada dalam pembelian atas talian . Uniform pelbagai size , sekolah rendah , sekolah menengah , sekolah agama , pengawas sekoah , pengawas pusat sumber , beg sekolah , kasut dan banyak lagi. Dengar Sal berceloteh , panjang lak … nak lebih info korang kena jengah media sosial Hari Hari sebab banyak peraduan tengah on dan sejumlah RM10,000 voucher tunai  untuk dimenangi .

Untuk info lanjut , korang boleh layari :

Facebook : Harihari

Instagram : Harihariofficial

Website : www.hari.com.my