Barut Gantung Baby … Masih Relevan Untuk Dipakai ??

In Info & Ilmu, My Story, Parenting, Parenting

| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Korang pernah dengar barut gantung tak . Masa baby lahir , sure mommy pakaikan barut petak yang ada tiga tali tu kan dan kita ikat tali pada perut baby . Haaa .. yang barut gantung ni lain sikit gaya pakainya . Bentuk kain barut gantung ni boleh la dikatakan berbentuk segi tiga dan cara pakai macam apron .. macam je tau , tapi still kena ikat kat bahagian belakang leher baby atau dan sera korang kan  Barut Gantung Baby… Masih Relevan Untuk Dipakai ??

Kenapa Barut Gantung Masih Relevan Untuk Dipakai 

Sal masih lagi amalkan pakai barut gantung pada Kaariz ( 1 tahun 3 bulan) . Bila dah tak muat barut yang biasa , Sal akan beralih pada barut gantung . Barut gantung ni biasanya dipakai bila baby dah pandai meniarap , merangkak atau pada mommy yang ingin kekalkan pemakaian barut pada anak . Ada sebabnya anak dipakaikan barut gantung ni . Ada jugakla kengkawan yang kata macam ‘kolot’ . Lantak la aihhhh .

Mungkin sebab Sal dah terbiasa amalkan dari anak yang pertama  .  Lagipun bila barut gantung dipakai pada malam hari , secara tak langsung dapat tutup dada dan perut serta dapat elakkan sejuk dada atau kembung perut berlaku  pada baby . Tenyata berkesan ok !! Sal berani cakap sebab dah amalkan .

Barut Gantung Baby ... Masih Relevan Untuk Dipakai ??
dah pakai barut gantung .. tak pakai baju pun takpe dah

Cara pakai pun tak susah , kita just ikat tali dibelakang leher baby macam kita pakaikan ‘bib’ atau alas dada baby masa makan tu . Tali yang di bahagian pinggang tu kita lilitkan pada perut . Kalau tali panjang , Sal ikat sekali lagi ke depan atau lilit pada perut baby biar kemas dan jangan terlalu ketat ya . Sian lak kat baby kan .

BACA JUGA: Barut Gantung Turun Temurun

Zaman sekarang ni kain barut dah colorful , cuma Sal masih lagi mengekalkan keaslian guna yang putih . Nak order yang lain macam membazir la pulak melainkan koyak atau dah takleh guna lagi atau Kaariz dapat adik lagik .. huhuhu

Ada baiknya kita amal dan jadikan panduan petua orang dulu dulu !!

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

10 commentsOn Barut Gantung Baby … Masih Relevan Untuk Dipakai ??

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu