Assalamualaikum dan Salam Zulkaedah 1444H . Sekejap tenggelam , sekejap timbul je Sal ni kan ? Sebenarnya ada je , cuma tak menang tangan nak buat segala macam tugasan . Dengan kerja , yang anak anak , sampingan lain lagi . Apapun Sal tetap bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba . Harini Sal nak bagi info sikit berkenaan Bengkel Bijak Sifir Mudah .
Bengkel Bijak Sifir Kembali Bersama Pengasas & Penulis Buku Sifir Mudah Siri Ke-4
Alhamdulillah Syukur , sebelum ini Bengkel Sifir Jari pernah dianjurkan oleh pihak Aimansya Learning Centre (ALC) bagi siri ke-3 bersama CEO & Founder BURUJKIDS dan merupakan Pengasas kepada Kaedah Sifir Jari iaitu dr Husniza Hussain . Penyertaan amat menggalakkan . Buka setakat itu sahaja , permintaan pun ada dan untuk itu pihak ALC akan mengadakan Bengkel Bijak Sifir bagi siri ke-4
Ibu Ayah jangan risau , yuran tidak terlalu membebankan . Sal perincikan terlebih dahulu butiran bengekel ya :
Tarikh: 11 Jun 2023
Hari: Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi : Aimansya Learning Centre Batu 6, Gombak
Anak anak seawal pra sekolah hingga ke peringkat menengah boleh sertai . Pada yang lemah sifir , sangat digalakkan untuk sertai !!
Apa Yang Anak Anak Akan Dapat Apabila Menyertai Bengkel Bijak Sifir
Anak anak Ibu Ayah akan menerima sentuhan dan bimbingan secara langsung bersama Dr Husniza Hussain . Jangan lepaskan peluang yang ada . Antara pengisian yang bakal diterima oleh anak anak
- Modul Khas Disediakan
- Teknik Khas Diperkenalkan
- Minuman & Makanan disediakan
BACA JUGA: Kelas Online UPKK Ustazah Azizah
BONUS : Peserta yang join akan dapat sekali buku khas Hafalan Sifir yang ditulis sendiri oleh Dr Husniza Hussain . Menarik kan ?? Anak anak akan dibantu menguasai Sifir 1hingga Sifir 12 drngan hanya menggunakan jari jemari sahaja !! Sepantas 4 jam . Jangan terkejut tau Ibu Ayah . Sebab tu kita dampingkan anak anak bersama Dr Husniza .
Kali ini , kita ada had penyertaan di mana hanya 40 peserta yang terawal sahaja boleh join Bengkel Bijak Sifir . Pat , Pat , Siku Lipat …
Maklum Balas Bengkel Bijak Sifir Siri Terdahulu
Sebabkan ada permintaan , pihak penganjur ALC terpanggil untuk buat Bengkel Bijak Sifir Mudah Siri Ke-4 . Alhamdulilllah , maklum balas yang diterima daripada Ibu Ayah amat memberansangkan
Yang nak daftar adik beradik , kita bagi terus harga kombo . Jangan berlengah tau , takut slot habis .

Pembayaran hanya RM80 bagi seorang , jika adik-beradik boleh dapat diskaun lagi . Untuk 2 orang hanya RM150 sahaja dan 3 orang hanya RM220
Seandainya nak murah lagi . Kumpul ramai lagi geng kawan kawan dan PM terus Admin ya
KLIK SINI , DAFTAR SEGERA !!
Nak Daftar Bengkel Bijak Sifir
Leave a Reply