| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Bila baca tajuk entri Sal ni , apa yang korang faham atau dapat gambar kan ? Kena tanya dulu , kot la dapat tangkap terus kan . Kira superb la kalau korang dapat tangkap . Tahniah !! .. hehehe . Minggu lepas Sal berpeluang hadir ke Bengkel Teknik Asas Fotografi Fotofon Bersama KBBA9 . Syukur Alhamdulilllah , bertambah ilmu yang sangat Sal nantikan selama ini .
Bengkel Teknik Asas Fotografi Fotofon Bersama KBBA9 Memang Terbaik
Terima kasih sangat sangat Sal ucapkan pada tim AJK KBBA9 yang berusaha memastikan bengkel fotofon ni berjaya dilaksanakan . Usaha yang sangat jitu dan bukan calang calang tenaga pengajar yang hadir , ditambah lagi dengan barisan sponsor yang wallawehhh .. gempak !!
Seriously , Sal memang excited nak join bengkel ni memandangkan pengetahuan dan ilmu ambik gambar guna camera telefon tersangat la ceteknya . Sebelum ni intai intai jugakla peluang nak join kelas fotofon tapi macam tak jumpa lagi . Bila dah ada , tak kan nak tunggu .. ilmu ni bukan selalu datang bergolek . Nak pulak belajar dengan geng KBBA9 , lama jugakla Sal tak bersua muka dengan geng kelab dan ada yang tak pernah bersua langsung . Ni la peluangnya di samping Sal dapat tahu teknik asas fotografi guna smartfone .
Tenaga Pengajar Profesional Dari SONY Malaysia
Semangat Sal ke MATIC – Pusat Pelancongan yang terletak di Jalan Ampang , lokasi di mana bengkel diadakan . Macam biasa , pagi tu Mr Hubby yang hantar .. nak drive sendiri huhuhu .. Ramai jugak geng KBBA9 yang join dan semuanya mempunyai tujuan yang sama . Nak cari gali ilmu tentang teknik asas fotografi menggunakan telefon pintar atau ‘smartphone’ .. dalam bengkel ni kami gunakan istilah fotofon .
Sal rasa bertuah sangat sebab penceramah atau tenaga pengajar bukanlah calang calang orang nya . Encik Rahman Roslan , fotografi yang sangat berpengalaman dari SONY Malaysia . Beliau dah berkecimpung dalam bidang photojournalist ni sejak 2006 dan dari penerbitan dokumentari sehinggalah ke pengiklanan , banyak dah hasil sentuhan beliau . Kagum wehhh , gaya penyampaian En Rahman masa mengajar dan menerangkan dalam bengkel amat santai dan sempoi . Mudah difahami lebih lebih lagi macam Sal ni yang memang zero tentang teknik asas fotofon , sebelum ni main belasah je amik gambar .

Buka Minda Dalam Mencuba Sesuatu Yang Baharu ..
Bila tengok zaman teknologi sekarang ni kan , rata rata dari kita hanya menggunakan telefon untuk ambil gambar . Lagipun telefon mudah dibawa ke mana sahaja berbanding dengan kamera DSLR .. tapikan , masa bengkel berlangsung ada jugak geng blogger yang bawa DSLR SONY . Comel sangat dan dalam diam Sal tanam azam gak ..huhuhu …Wishlist !! korang doakan jugak tau ..
Jangan tak tahu ok , telefon pun boleh menghasilkan gambar yang menarik dan terbaik sekiranya kita tahu teknik asas dan skill fotografi . Kadang tu tanpa kita sedar , gambar yang dihasilkan hanya menggunakan telefon adalah setanding dengan gambar yang diambil menggunakan kamera . Malahan ,korang sendiri akan terkeliru samada gambar tu diambil dari telefon atau kamera . Hebat tak ?


Kalau nak Sal terangkan apa yang dipelajari masa hadir ke sesi bengkel teknik asas fotografi fotofon tu , maka akan panjangla entri ni .. hehehe . Jadinya , antara penekanan yang diberikan oleh En Rahman adalah seperti berikut :
Tapikan , masa En Rahman dok explain tentang teknik asas fotofon , punch line yang amat dekat di hati Sal adalah kata kata keramat beliau …
Jangan jadi photographer yang malas .. sila edit dulu sebelum karya seni anda ‘diserlahkan’ kepada dunia …
Sal ni taklah pandai edit sangat tapi sentiasa berusaha agar gambar yang tersimpan dalam blog ni antara yang terbaik . Dari semasa ke semasa Sal akan sentiasa ‘berguru’ – ilmu itu perlu dicari !!
Haaa … acane ??? ok ke . Next entri Sal akan bercerita lanjut tentang gambar praktikal yang kami perlu buat selain dari barisan penaja yang sudi bekerjasama dalam menjayakan Bengkel Teknik Asas Fotografi Fotofon bersama KBBA9 .
Wahhh bestnya dapat join bengkel mcm ni. Lepas ni cantik2 lah gambar2 sal kan. Teringin nak join..tapi apa kan daya..huhuhu
Memang best kan dapat belajar macam nie, Kak Sue memang minat tau ambik n edit gambar nie..
Bestnya sal. Ana teringin nak join juga. Nak hasilkan gambar2 yg cantik dan berkualiti even guna hp je.
Wah! Ilmu ni. Thank you sal sudi share ilmu fotofon. Lepas ni mesti lebih lawa gambar di blog ni.😊
Fotofon. Satu lagi ilmu baru dalam bidang fotografi. Lepas ni tak boleh buat alasan la gambar tak cantik sebab takde dslr. KekZa pon tengah belajar2 teknik fotofon sekarang.😊
Best nyaa nak join jugakk 🙁
Thanks for sharing. Best nya dapat join bengkel fotofon ni. Banyak dapat ilmu baru.
Marsha pun berminat nak join bengkel macamni. Boleh belajar lebih lagi tentang gambar dan cara ambil gambar
Dulu pandangan TB kalau photografer punya hasil shoot semua tak perlu edit.. kira sekali shoot terus up je gambar .. rupanya kena edit juga yea… edit untuk serlahkan lagi gambar yang dah sedia cantik tu..
Kalau ada peluang nak join juga bengkel macam ni. Nak tambah ilmu dengan fotografi fon. Memang menarik bengkel macam ni.
assalamualaikun. selamat pagi ! Hehe elok lahhh join event camni . asah bakt
Tk pernah lagi join bengkel mcm ni. Serious nmpk seronok. Kalau ada peluang, nk join jugak
As a blogger belajar teknik ambil gambar dengan fon sangat oentung sbb kita nak ambil gambar produk kan
Syok dpt attend bengkel fotofon ni..boleh gali ilmu pasal photography hanya dengan gunakan hp je..agak2 ada ke bengkel kat luar macamni..nk jugak asah skill mcm Sal..hehe
berbaloi betul beli xperia mcm ni. tak payah dah beli dslr hehe