• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 1 Anjuran Pusat Tuisyen Fly High

Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 1 Anjuran Pusat Tuisyen Fly High

August 8, 2021

Assalamualaikum dan Salam Zullhijjah 1442H . Bila anak nak amik ujian atau peperiksaan yang besar , kecut pulak perut ibu . Serabut semacam .. walhal baru sekolah rendah . Tu yang Sal rasa waktu ni sebab anak bakal menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada 4 hingga 7 Otober 2021 . Tak lama dah .. sebab tu Sal usahakan untuk Khalish sertai Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 1 anjuran Pusat Tuisyen Fly High

Contents

  • Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 1 Bersama Anjuran Pusat Tuisyen Fly High Bersama Ustaz Azhari Sulaiman
    • Kaedah Bentuk Penilaian UPKK 2021
    • Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 2 Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Anjuran Pusat Tuisyen Fly High
    • BACA JUGA: Kukuh Pembelajaran Anak Bersama Pusat Tuisyen FLY HIGH

Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 1 Bersama Anjuran Pusat Tuisyen Fly High Bersama Ustaz Azhari Sulaiman

Kita semua pun tahu yang pembelajaran dilaksanakan secara atas talian – online . Musim pandemik ni kita sendiri tak tahu bila akan berakhir . Sebab tu la Sal cuba sedaya upaya cari kelas tambahan yang terbaik untuk anak anak . Tak mahu anak keciciran pun ye jugak tambah bila tak dapat sekolah macam biasa

Sangat bermanfaat untuk anak anak yang bakal menduduki peperiksaan

Alhamdulillah syukur dapat jumpa Pusat Tuisyen Fly High yang menyediakan kelas tuisyen untuk sekolah rendah dan sekolah agama . Lega rasa sebab untuk ajar anak anak memang Sal tak mampu . Lagipun sistem pembelajaran sekarang mana nak sama dengan era 80-an dan 90-an . Semuanya dah berubah dan mencabar

Demi anak anak , sebagai parents sure kita nak bagi yang terbaik . Untuk harini tadi Khalish join Bengkel UPKK Bersama Ustaz Azhari Sulaiman , antara ustaz viral yang menjadi sebutan dan berpengalaman sebagai penceramah PSRA dan UPKK

Untuk siri 1 ni ustaz banyak menekankan bentuk soalan penting yang kebiasaannya wajib keluar dan tajuk tajuk kecil penting UPKK sebagai persediaan anak anak bagi tahun 2021

Kaedah Bentuk Penilaian UPKK 2021

Macam yang kita sedia maklum , peperiksaan UPKK ni diadakan bertujuan untuk menilai tahap kemahiran , kebolehan dan penghayatan murid dalam 5 bidang pengajian iaitu Al-Quran , Aqidah dan Ibadah , Sirah , Akhlak , Jawi dan Khat serta Lughatul Quran

Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 1 Anjuran Pusat Tuisyen Fly High
Tak lama dah anak anak bakal menduduki peperiksaan UPKK 2021

Untuk Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam , sekolah KAFA anak Sal dah pun selesai . Lepas ni penilaian akan dilaksanakan untuk Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah Al- Quran , Ujian Lisan Hafazan dan seterusnya Ujian Bertulis

Masa ni kejap je berlalu , kalau tak ready dari sekarang kesian pulak  anak anak nak hadap nanti . Korang pun tau kan , yang soalan peperiksaan sekarang ni pun sangat mencabar minda . So dari sekarang better kita dedahkan anak anak dengan contoh soalan atau cara nak menjawab soalan UPKK

Sempat jugak la Sal dengar bengkel yang Ustaz Azhari sampaikan tadi . Penuh pengisian supaya anak anak lebih bersedia . Terkadang tu Sal terfikir … sekolah lama dah  tak bukak dan sampai masa nanti terus nak exam . Bersedia ke anak anak

Kita doakan semoga penularann pandemik COVID-19 dapat diatasi segera dan anak anak dapat meneruskan pembelajaran di sekolah seperti biasa . Dalam keadaan situasi semasa sekarang , pada Sal ada baiknya kita teruskan pembelajaran dalam talian

Sepanjang PdPR ni sebenarnya dah dikira sebagai komponen penilaian yang akan dinilai sendiri oleh guru KAFA sekolah . Sebab tu Sal selalu pesan dengan anak jangan ponteng kelas harian atau kelas tambahan . Lagipun subjek yang di ajar bukan terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata , tapi ianya menjadi sebahagian daripada amalan fardu ain seharian kita sebagai umat Islam

Pendidikan KAFA ni sebenarnya kan lebih kepada pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah . Semoga dengan penilaian KAFA ni jugak anak anak dapat meneruskan pembelajaran dalam aliran agama di sekolah menengah kelak

Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 2 Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Anjuran Pusat Tuisyen Fly High

Pada anak anak yang terlepas hadir Siri 1 Bengkel UPKK Bersama Ustaz Azhari Sulaiman , jangan risau sebab bengkel akan diteruskan dengan Siri Kedua . Haaaa , yang ni make sure anak anak join sebab ni antara pecutan akhir UPKK untuk anak anak

Dan .. akan ada jugak Bengkel Pecutan Awal Version 2 , pada 28 Ogos dalam jam 2.30 petang . So jangan lupa simpan tarih dan masa ni ya . Ustaz akan share tips dan teknik menjawab soalan soalan

Bengkel Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Siri 1 Anjuran Pusat Tuisyen Fly High
cara penyampaian Ustaz Azhari sangat jelas

Soalan ramalan merangkumi pelbagai subjek UPKK akan dibincangkan untuk bengkel siri 2 . Harap lebih ramai anak anak akan join sebagai persediaan menduduki peperiksaan . Aissshhh berdebor lak rasa .. biasa la perasaan mak mak kan

BACA JUGA: Kukuh Pembelajaran Anak Bersama Pusat Tuisyen FLY HIGH

Tak rugi masukkan anak anak ke bengkel siri 2 sebab Ustaz Azhari akan sharekan nota padat yang beliau hasilkan sendiri . Sangat berguna sebagai panduan dan semangat anak anak yang bakal menduduki peperiksaan UPKK . biarpun UPSR dimansuhkan , bukan bermakna anak anak tak perlu belajar

Mai cepat pada yang nak daftar anak anak:

SIR1 2

PECUTAN AKHIR UPKK- SOALAN RAMALAN 2021

Tarikh : 25 SEPT 2021(Sabtu)

Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Merangkumi Subjek:

Adab 1

Adab 2

Sirah

Lughah Quran

Jawi Khat

Ulum Syariah (Akidah & Ibadah)

Yuran RM70

(berbaloi sangat dengan pengisian yang disediakan)

Wasap.my/601156998919 (Puan Ida)

Wasap.my/60112716604 (Puan Nor)

Wasap.my/60126509622 (Puan Ida)

Jangan lupa join TELEGRAM Fly High ya , banyak info menarik terutamanya kelas percuma khusus untuk anak anak :

https://t.me/FlyHigh_EducationCentre

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Bangkitlah Walaupun Jatuh
Lembaga Zakat Selangor Saran Bayar Zakat Melalui Perbankan Maybank2uLembaga Zakat Selangor Saran Bayar Zakat Melalui Perbankan MAYBANK2U
McDonald’s Majikan Pilihan BeliaMcDonald’s Majikan Pilihan Belia
Previous: Clay Soap-Free Purifying Gel Pencuci Muka Azymacare Tanah Liat Merawat Kulit Wajah Bermasalah
Next: Kitsui White Berries BB Beaute Untuk Cantik dan Kitsui Fedloss Fibre D’Tox Untuk Masalah Pencernaan

Comments

  1. Rawlins GLAM says

    August 10, 2021 at 10:31 pm

    Wah. Ada juga Kelas Kafa Fly High ye. Bagus nie – kira cam all rounder gitu.

    Reply
  2. Tiara Sapphire says

    August 11, 2021 at 12:35 am

    satu cabaran juga nak mengajar dan tarik minat anak2 untuk pdpr ni. semoga dipermudahkan segala urusan 🙂

    Reply
  3. siennylovesdrawing says

    August 11, 2021 at 11:21 am

    During this pandemic stay home, lots of school kids having challenging time to study online, this bengkal sure helpful for all. cheers, siennylovesdrawing

    Reply
  4. Ayu Rafikah says

    August 11, 2021 at 3:25 pm

    Bagus bila Ada bengkel mcm Ni.. boleh membantu anak bersedia utk peperiksaan yg besar

    Reply
  5. Hanny says

    August 12, 2021 at 2:55 am

    Bagus ada bengkel secara online time2 pkp ni, sekurangnya tak adalah anak ketinggalan. Harga pun berpatutan.

    Reply
  6. Shamiera Osment says

    August 12, 2021 at 11:01 am

    Cabaran betul pdpr ni.saya dah give up dah rasanya. Penat dah bergaduh ngan anak-anak..haha..ada kelas tuisyen camni menarik juga kan.

    Reply
  7. Sunshine Kelly says

    August 12, 2021 at 6:12 pm

    Wah thanks for sharing this, this bengkel is very informative and has many tips before exam.

    Reply
  8. Kitkat Nelfei says

    August 16, 2021 at 10:10 am

    Teringat zaman sekolah dulu rajin pergi bengkel mcm ni … Bagus la Fly High ni, good preparation for the kids yang dah lama tak pergi class, only online classes now…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM