• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / My Story / Berapa Nilai Facebook

Berapa Nilai Facebook

January 5, 2011

Tahukah anda berapa nilai Facebook?? Sungguh mengujakan andai kata Facebook dimiliki oleh orang M.E.L.A.Y.U..Pasti kita akan tersenyum puas dan tumpang bangga..tapi sebaliknya ia dimiliki oleh….heehee..sendiri taukan…
Jom ikuti kisah selanjutnya seperti yang tersiar di Utusan Malaysia ruangan Luar Negara.
NEW YORK 4 Jan. – Kekayaan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg meningkat dua kali ganda kepada 9 bilion (RM42.66 bilion) selepas menerima pelaburan daripada firma kewangan, Goldman Sachs.

Akhbar New York Times melaporkan bank berkenaan melaburkan 291 juta (RM1.379 bilion) dalam laman web sosial itu dengan syarikat pelaburan Rusia, Digital Sky Technologies turut melabur sebanyak AS$32 juta (RM99.2 juta).

Facebook kini bernilai kira-kira 32 bilion (RM151.68 bilion), menjadikan kedudukan Zuckerberg yang berusia 26 tahun meningkat daripada tangga 212 ke 40 tempat teratas dalam senarai bilionair Forbes.
Pelaburan terbaru tersebut akan membenarkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan, menghasilkan lebih banyak produk dan mungkin membolehkan pencarian pemerolehan tanpa diperdagangkan.

Goldman Sachs merancang untuk mewujudkan sebuah entiti khas yang membenarkan pelanggannya yang bernilai tinggi melabur dalam Facebook, menurut akhbar itu. Pelaburan 32 blion pound menjadikan Facebook bernilai lebih daripada Yahoo!, eBay dan Time Warner. Zuckerberg yang memiliki satu per empat saham Facebook, menjadikannya seorang daripada bilionair termuda di dunia dan antara yang terkaya di dunia tanpa mengira faktor umur.

New York Times berkata, perjanjian tersebut mungkin meningkatkan sebanyak dua kali ganda harta peribadi Zuckerberg yang dijangka sebanyak 4.5 bilion (RM21.33 bilion pound) apabila Facebook dinilai pada 14.9 bilion (RM70.626 bilion). Zuckerberg yang tidak gemar menceritakan hal peribadinya baru-baru ini, ‘membuka’ rumahnya dan memperkenalkan teman wanitanya kepada dunia serta lebih lantang dalam mempertahankan syarikatnya daripada kritikan yang mendakwa ia menyalahgunakan data peribadi pengguna.
Wakil Facebook, Goldman Sachs dan Digital Sky Techologies enggan mengulas lanjut berhubung pelaburan baru itu. – Agensi

My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Aksi Ranjang
Gambar Raya Family 2015
Rancak Beraya
Previous: FM Dihatiku
Next: Tak Payah Buat Entri..Dapat Souvenir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM