Bercuti di Lost World of Tambun, Perak – Cuti sekolah baru je berlalu minggu lepas…Sal amik kesempatan gak bercuti bersama anak anak walaupun anak anak tak sekolah lagi . huhuhu , sambil tu nak gak rest dari koje . Rehatkan minda ni perlu gak asyik ngadap koje je kekadang otak jadi jem .

Seronok Bercuti di Lost World of Tambun, Perak 

Dan kalini percutian kami sekeluarga di Lost World of Tambun . 1st time Sal dan family jejak kat sini , masa memula sampai perghhhh ramai gak orang . Cuti sekolah kan…tau dah kalau cuti sekolah ni ramai pengunjung saja nak merasa jugak tapi bila ramai baru seronok nak main air sebab happening !!

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak
Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Tak sabar dah Khalish dan Khaleef nak masuk dalam taman tema . Dari dalam keta lagi bagai soalan ditanya dan kebetulan masa pegi ni tahap kesihatan Sal ‘kureng’ sikit, selsema baru nak jengah . Sabor jela , berkeneneng gak kepala tapi demi anak anak ku gagahkan jugak .

Dan kalau nak tau jugak…masa nak ke Lost World ni Mr Hubby pesan suruh sarapan dulu mau tak sarapan . Masa dibuka jam 11.00 pagi , harus la isi perut dulu kan . Mau berkeroncong perut minta diisi . Kat sini makanan tak boleh dibawa masuk ke dalam taman teman … gigih beg yang dibawa masuk di check satu persatu . Sampai ke bawah beg petugas kaunter raba@seluk , huhuhu ..

So sila makan bagi kenyang dulu , bukan apa makanan kat dalam ni agak mahal tapi Sal beli gak sebab Mr Hubby kata lapar dah lepas main air . Khalish memang suka bebenor , puas la dia merasa mandi bersama tube . Kata Mr Hubby besar jugak la Lost World ni dan jenuh Sal nak membayang sebab tak merasa semua tu , hehehe

Cakap pasal mahal , teringat pulak Sal ..  mak pun cakap karipap RM5 hikhikhik . Tapi sedap .

BACA JUGA:

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Pada Sal harga tiket tak lah mahal sangat dan boleh la . Sekali sekala nak berubah angin bolehla dan hanya sekali bayar boleh masuk semua tempat :

Lost World Amusement Park
Lost World Water Park
Lost World Tiger Valley
Lost World Petting Zoo
Lost Wolrd Tin Valley
Lost World Hot Springs & Spa
Lost World Lupe’s Adventure

Sila nikmati  sampai letih .. hehehe .

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak

Punyalah banyak dan sememangnya  tak sempat Sal nak masuk semua . Mana yang dan je sebab Khaleef takde mood hari tu dok layan dia je tapi kira ok le jugak sebab dia nak main air kalau tak me’round je dia . Pecah lemak ibu nak oiii !!

Tapi next time rasa macam nak datang lagi sebabnya tak berapa puas dan kalau boleh nak merasa semua tempat kat dalam Lost World Tambun . Yang best Mr Hubby pun kata okey …. yebedabedo …. green lite . Next time pasti ku sampai jua .

Bagi yang belum berkesempatan dan berpeluang , try la jenjalan kat Lost World of Tambun . Nak tau lebih lanjut boleh klik sini >>> Lost World Tambun   . Semoga membantu ya dan sebelum balik sempat gak Sal bergambar dengan mak sebagai kenangan ..

Bercuti di Lost World of Tambun, Perak
sorry…sempoi je….hehehe

Tunggu next trip kami ya !!