Bersih Itu Sihat Kunci Kesihatan – Macam mana korang jaga kebersihan ? Hurmmm .. saje Sal nak tahu sebab kebersihan tu sebahagian daripada iman , yang bermaksud seandainya tidak bersih maka sebahagian daripada iman kita akan luntur atau hilang .

Sejauh Mana Bersih Itu Sihat dan Kunci Kesihatan

Sebenarnya dah jelas bahawa mereka yang yakin tentang kebersihan akan dapat menguntungkan diri sendiri . Mana yang tak yakin tu terpulang sebab terbukti bila korang jaga kebersihan , automatik kesihatan terjamin . Bukan kata tak pernah sakit macam demam , batuk , selsema , pening kepala … tapi kurang laaaa .

“Kebersihan adalah pangkal kesihatan menurut kata pakar kesihatan . Dalam Al-Quran juga banyak menyatakan yang intipatinya Allah itu suci dan tidak akan menerima hambaNYA kecuali hamba itu dalam keadaan suci”

Jagalah kebersihan sebab banyak manfaatnya . Sal suka terapkan penjagaan kebersihan pada anak anak . Tak susah mana pun , contoh basuh tangan sebersih yang boleh sebelum makan , gosok gigi sebelum tidur , potong kuku bila panjang , jaga kebersihan telinga .. hidung dan banyak lagi .

BACA JUGA: Penting Pemakaian Mask Muka

Nampak macam simple tapi korang boleh fikir sendiri part betapa pentingnya penjagaan kebersihan ni . Orang yang tidak mementingkan penjagaan kebersihan dilabelkan sebagai orang yang tidak mempedulikan diri , keluarga dan rakan taulan .

Dalam Islam , kebersihan menjadi syarat utama sahnya ibadah . Ini menunjukkan bahawa kebersihan menjadi keutamaan dan banyak amalan sunnah yang ditekankan sebenarnya dalam kehidupan seharian kita . Contohnya bersugi dan gosok gigi . Betul tak ??

Kelebihan Golongan Yang Menjaga Kebersihan

1.         Mempercepatkan Daya Berfikir

2.         Menguatkan Keinginan

3.         Meningkatkan Kemampuan

4.         Meransang Tenaga dan Daya Hidup

5.         Meneguhkan Martabat Dan Penghargaan Diri

Seharusnya kebersihan diterapkan dalam diri anak anak sejak dari kecil . Bila dah terbiasa jaga kebersihan , automatik sampai bila bila amalan baik menjadi tabiat dalam setiap perbuatan . Melentur buluh biarlah dari rebungnya .

Islam mengajar manusia tentang kebersihan untuk menjauhkan diri dari pelbagai penyakit . Lebih baik kita mencegah dari merawat . Hakikat yang perlu diketahui , kebersihan jasmani dan rohani berupa mengangkat manusia pada martabat yang tinggi .