![]() |
nampak dah gigi besar dia….. |
Suka tengok Khalaf senyum….besar dah anak ibu…dan besar jugaklah suara kalau merajuk atau marah…kuat menjerit kalau tak dapat sesuatu..anak oh anak…penghilang tekanan Sal bila di tempat keja…bila tengok gambar anak anak…sure hati jadi tenang…so pada ibu yang bekerja…kalau stress sila tengok gambar anak ya…simpan dalam fone banyak banyak gambar anak…hilang terus stress…
Bukan mudah sebenarnya sebagai ibu nak besarkan anak anak…pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi…betul tak…tapi di hati setiap ibu sebenarnya nak buat yang terbaik untuk anak anak..tanyalah mana mana ibu yang bekerjaya…jika diberi pilihan…mesti nak pilih dok rumah jaga anak…sapa tak nak kan…dapat tengok anak 24jam depan mata…tapi keadaan membatasi…ikut keperluan masing masing…bukan semudah yang disangka untuk kita yang berkeluarga jalani kehidupan kini..arus masa sekarang pun dah terlalu banyak yang berubah…kalau nak cakap pasal duit…ohhhh tidakkkk….baik diam kan…takkan abis kalau story pun..kihkihkih…Sal dah mula melalut….
Meh nak sharing sikit…apa yang selalu Sal buat bila bersama dengan Khalaf….bila ada waktu terluang…Sal suka ajak Khalaf main kad imbasan…bak kata omputih flash card….seronok sebab Khalaf akan cuba follow walaupun bunyi
theeee….theeee…..
paaa…paaaa….
baaaa…baaaaa…comel je ha….
Dan paling tak tahan tengok bila suruh Khalaf pegang abjad dan nombor yang diperbuat dari span yang lembut…bila boring…siap gigit span…jangan cuba ditarik…akan bergema suara satu rumah…hadddoooiiii…..sabar je la kan…
Permainan yang mudah mampu meningkatkan daya sentuhan motor halus anak anak…disamping dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak…mesra gitu….betul tak ?? heeheee
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply