Bulan puasa hanya tinggal 5 hari lagi…semoga kita diberi ruang dan peluang untuk bertemu Ramadan Al-Mubaraq1436H…bulan mulia yang penuh dengan rahmat Allah SWT….
Dan baru ni Sal berpeluang merasai suasana berbuka puasa di Restoran Istana Bambu yang bertemakan ‘Indahnya Ramadan’ dengan Citarasa Nusantara serta berkonsepkan buffet..1st time Sal datang sini…teruja betul bila tengok dekorasi di Restoran Istana Bambu…rasa macam duduk kat tepi sawah padi sebab boleh dikatakan keseluruhan kawasan restoren diperbuat dari buluh…terserlah suasana kampung meskipun ia terletak di pinggir kota…mempunyai keunikan yang tersendiri…dan paling best…kat sini ada gazebo..boleh makan sambil bersila…best kan….
![]() |
antara family ‘KBBA’ yang hadir.. |
Meh Sal nak story pasal juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Istana Bambu…sangat menyelerakan…lebih dari 70 jenis aneka juadah berbuka puasa yang tersedia…dan berupaya menampung sehingga 600 tetamu pada suatu masa…so boleh pakat ramai ramai untuk datang berbuka puasa…di bulan Ramadan jugak kita boleh buat gathering….bukan senang nak jumpa dan kumpulkan kawan kawan lama kan…
Pelbagai pilihan masakan disediakan seperti masakan ala kampung….masakan Cina…Thai….dan paling Sal terpikat adalah kambing golek…walla !!! Menu lain pun best gak….Ayam Sunda…Patin Tempoyak…Asam Pedas Istimewa…Masak Lemak Daging Salai…dan banyak lagi….kena datang sendiri kalau nak tahu sejauh mana kelazatan hidangan….dijamin halal dan tahap kualiti masakan adalah baik sebab semua menu dimasak segar setiap hari…
Kuih muih pun ada…..Sal kalau masa berbuka memang cari kuih dulu…nak maniskan mulut sikit…kuih yang disediakan di Restoran Istana Bambu memang terbaik dan banyak pilihan… kalau nak makan berat sikit….boleh try yang western..jangan lupa rasa roti john tau….kihkihkih…sedap sangat bila dimakan panas panas…..
Lepas dah berbuka …mesti nak solat Maghrib kan…jangan risau….sebab pihak Restoran Istana Bambu ada menyediakan surau yang selesa ….Bagi yang berminat…jangan malu atau segan…sila buat tempahan awal untuk kesenangan anda…..takut lewat booking..penuh pulak …tempah awal lebih mudah…ohh lupa pulak Sal nak sharing…ruangan parkir pun luas untuk kemudahan pelanggan…
Buffet Ramadan di Restoren Istana Bambu akan dibuka mulai 19 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015 dan harga bagi dewasa ialah RM52.45 seorang serta untuk kanak kanak berumur dari 5 hingga 11 tahun pula adalah RM26.75 seorang…4 tahun ke bawah adalah percuma….pada Sal..harga buffet Ramadan di Restoran Istana Bambu adalah berbaloi dan memuaskan hati dengan juadah yang dihidangkan…
Untuk keterangan lanjut:
Tempahan Bahagian Jualan:
018.374.9920
Pengurusan:
03.4251.4717/4252.4718
Aida – Pengurus Restoran: 0132.249.7142
aida@istanabambu.com.my
Alamat:
Restoran Istana Bambu
Lot 841-*42, MRR2 Jalan Ampnag Ulu Kelang
68000 Ampang SELANGOR
info@istanabambu.com.my
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply