• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Cara Bebas Hutang Agar Tidak Terbeban

Cara Bebas Hutang Agar Tidak Terbeban

October 23, 2018

Cara Bebas Hutang Agar Tidak Terbeban – Bestkan bila hidup kita tak terbeban dengan hutang . Apa pun alasan kita , hutang mesti dijelaskan masa kita masih hidup . Bila hidup terbeban dengan hutang , maka hura hara jadinya . Sebab hutang jugakla antara punca permasalahan utama yang berlakunya keruntuhan rumah tangga .

Contents

  • Cara Bebas Hutang Agar Tidak Terbeban
      • BACA JUGA: Jom Lunaskan Hutang

Cara Bebas Hutang Agar Tidak Terbeban

Sal sentiasa mencari cara atau strategi macam mana nak lunaskan hutang agar tidak terbeban . Bukan apa , sakit gak kepala bila mikir part hutang ni . Manusia memang tak akan lari dari melaksanakan hutang .

Bila Sal terbaca ada sorang Hamba Allah ni dapat langsaikan hutang dalam masa 4 tahun , Sal jadi kagum . Bukan sikit punya hutang tau .. PTPTN , loan keta , loan computer , loan study lagi ..  fuhhh boleh tahan tau . Sal mula la berangan seandainya Sal pun gitu . Berangan tak salah kan ! hehehe .

Paling best kan dah hampir 7 tahun lebih Hamba Allah tu bebas dari hutang . Alhamdulillah . Seandainya dia boleh , kenapa tidak kita kan ? Antara tips atau prinsip yang beliau amalkan adalah ….

1. Beli sesuatu secara tunai , selagi tak mampu jangan gatal sangat nak dan bersabar dan terus menyimpan . Insya Allah .

2. Hidup ni mesti di bawah kemampuan dan bukanlah mengikut kemampuan semata . Contoh pendapatan bulanan korang RM2’000 .. sila belanja dalam lingkungan RM2000 ke bawah . Jangan over sebab sangat bahaya ! Belanja ikut keperluan bukan kemahuan … baru ada baki untuk disimpan . Yang ni kena disiplin ya ..

3. Kena mula menyimpan walaupun sikit . Latih diri kita , kalau rasa tak boleh nak menabung tiap bulan .. apa kata simpan sehari RM2 . Alah bisa tegal biasa  .. Insya Allah akan membuahkan hasilnya nanti . Korang kira la sendiri dalam sebulan .. setahun .. sepuluh tahun simpanan korang jadi berapa ? Tak rugi pun wehhh

4. Buat pendapatan sampingan . Jangan la pulak skim cepat kaya ya . Bila dapat duit gaji anggap sebagai duit belanja dapur , keluarga dan untuk pendapatan sampingan tu sebagai simpanan . Nak guna boleh jugak duit pendapatan sampingan tu tapi separuh atau suku je la .

BACA JUGA: Jom Lunaskan Hutang

Ingat korang .. duit bila dah ada dalam tangan sure nak guna kan ? so better korang simpan dalam bank cepat . Contoh macam Tabung Haji ke dan biarkan je . Jangan pulak bila tengok duit dah banyak hasil tabungan , mula berangan nak guna . Ingat masa akan datang . Bukan untuk orang lain pun , untuk korang jugak !

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

McDonald's Konsep Baru di MalaysiaMcDonald’s Konsep Baru di Malaysia
LZS ANJUR KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT DAN MENANGLZS ANJUR KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT DAN MENANG
Para Francaisi Dan Rakan Niaga McDonald’s Penuh Semangat Turun PadangPara Francaisi Dan Rakan Niaga McDonald’s Penuh Semangat Turun Padang
Previous: Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu
Next: Teknik Solekan/MakeUp Asas Simple Dan Mudah

Comments

  1. adianiez AIDA says

    October 28, 2018 at 5:36 pm

    dlm 2-3 thn kebelakang ni aida ada saving tetap tiap bulan.
    tetap dari segi amaun.
    kalau dulu, ada byk, ada skit jer boleh saving.
    memang tiap bulan, paksa diri utk saving dulu.
    kedua, byr segala bil, yuran anak2.
    baki tu la buat belanja. skit baki nyer, skit la belanja 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM