Sape tak nak tengok kulit muka cantik kan….nak kelihatan segar…
kulit muka yang sihat…takde jerawat…witehead..balckhead…
pendek kata…licin jela…Sal pun nak jugak…kihkihkih…
Jom tengok tips nak bagi muka sentiasa bersih…tak berminyak…dan yang pasti…
kita dapat melangkah dengan penuh keyakinan…
![]() |
Mulus dan berseri… (Mr Google) |
Langkah 1: Penanggal Solekan
Sila guna penanggal mekap berasaskan milk cleanser untuk cuci segala solekan yang ada…
kenapa milk cleanser ??
sebab teksturnya yang lembut..selain dapat bantu proses pencerahan dan
mempunyai kandungan vitamin B3, glycolicacid dan licorice
Langkah 2: Pembersih Muka
Cuci muka dengan pembersih khusus seperti gentle wash …
untuk hilangkan kesan kotoran..peluh…kesan minyak pada muka..pastikan pilih pencuci
muka yang bersesuaian dengan kulit muka..salah pakai pencucui muka…
takut jadi kering pulak nanti
Langkah 3: Penyegar
Sapukan penyegar pada muka selepas mencuci dan lap kulit muka …
penyegar mampu mengecilkan liang roma serta kembalikan kelembapan pada wajah
selain melindungi PH kulit muka…
Langkah 4: Krim Siang & Malam
Krim siang dan malam wajib oke!! kalau ni pun terasa malas nak sapu…takleh nak kata apela…
tau tak sebab apa penting….sebab krim siang dan malam mampu mengembalikan keremajaan
kulit muka dan perlu digunakan secara teratur
Krim siang pulak bertindak untuk melindungi kulit muka
daripada pelbagai faktor yang boleh merosakkan kulit muka dan untuk itu krim malam
disapu untuk memulihkan kembali kulit muka
Langkah 5: Masker
Nak kulit mulus…rajin pakai topeng atau masker…boleh meransang peredaran darah dan menarik segala kekotoran dan kulit mati yang tersumbat dalam liang roma..
sekaligus mempercepatkan pertumbuhan kulit baru….best tak ???
Pakai mask mampu menghaluskan…mencerah…dan mnegawal minyak pada wajah..
Cukup digunakan seminggu sekali…bukan selalu pun kan…
so..jangan tunggu lagi…simple dan mudah je kan…pasti kulit muka akan jadi
berseri lepas ni…
Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari
Leave a Reply