Assalamualaikum dan Salam Syawal 1442H . Diharapkan agar korang semua sihat dan sentiasa mengamalkan penjagaan kendiri yang perlu diamalkan dalam normal baharu . Nak kata baru tu taklah sangat sebab dah masuk bertahun pun kita hadap kan !! Ketahui cara menangani simptom COVID-19 ringan di rumah .
Sekarang ni kan .. nak tak nak mana pun kita pergi kita perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan khusus untuk melawan pandemik yang semakin berleluasa . COVID-19 is real !! Jangan pandang mudah . Now kes pun dah semakin meningkat . Kematian semakin ramai .
Perlu Ambil Tahu Cara Menangani Simptom COVID-19 Ringan di Rumah
Sal pun terkadang tu rasa pelik gak sebab masih ada insan yang’degil’ dan tak nak dengar arahan tentang pencegahan pandemik COVID-19 . Kita dah hampit untuk MENANG . Tapi bila segelintir insan yang suka ‘buat kepala’ … kemenangan sukar untuk dicapai .
Yang segelintir itulah pencetus utama kepada meningkatnya kes COVID-19 . Subhanallah , moga ada sinar untuk rakyat Malaysia mencapai kesejahteraan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan seharian kelak . Anak anak Sal pun dah mula ‘berbunyi’ ..
Ibu … bila kita dapat travel tengok tempat orang macam dulu dulu .. besst sangat !!
Aduhaiiii … penangan pandemik telah ‘merentap’ seketika kenikmatan yang pernah kita kecapi sebelum ini . So , perbanyakkan berdoa dalam solat !! Insya Allah
Meh Sal nak share tentang penjagaan kendiri bagi pesakit pesakit yang telah menghidapi penyakit COVID-19 yang diterangkan oleh Dr. Rosmadi Ismail , seorang Pakar Pulmonologi atau Paru Paru dari Pusat Perubatan Sunway.
Cara Cara Menangani Simptom COVID-19
Tertarik Sal nak simpan sini dan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga tentang tip tip penting bagi mereka yang pernah menghidapi COVID-19 dan perlu tinggal di rumah .
Tips yang dikongsikan oleh Dr. Rosmadi Ismail seperti berikut ..
Tip 1 – Memantau Tahap Oksigen
Digalakkan setiap rumah menyimpan alat yang dikenali sebagai “PULSE OXIMETRY” dan “FINGER OXIMETRY” – Tujuan utama alat ini adalah untuk menyukat kandungan oksigen dalam darah kita . Cara penggunaan amat mudah . Alat ini mempunyai 2 bacaan iaitu OXYGEN CONTENT dan JUMLAH NADI . Bacaan oksigen lebih dari 95% , adalah NORMAL .
Tip 2 – Mengekalkan Gaya Hidup Sihat
Bagi yang tidak bergejala , teruskan tinggal di dalam rumah dan tidak menyebarkan COVID-19 kepada orang lain . Terus melakukan aktiviti fizikal di dalam rumah bagi mengekalkan tahap kesihatan dan makan makanan yang seimbang .
Tip 3 – Penggunaan Ubatan dan Rawatan Biasa
Bagi yang kurang bergejala , boleh menggunakan ubatan di dalam rumah . Contohnya kalau batuk , boleh cuba rawatan traditional seperti menggunakan madu yang dicampur dengan lemon serta halia untuk kurangkan batuk .
Seandainya demam , boleh ambil ubat demam seperti panadol untuk kurangkan demam atau mandi secara kerap untuk kurangkan suhu badan .
Tip 4 – Melegakan Kahak
Sekiranya mengalami batuk yang berkahak dan berhingus , boleh gunakan ubat cair kahak untuk kurangkan atau melegakan .. memudahkan untuk mengeluarkan kahak .
Seandainya terdapat gangguan pernasan atau sukar bernafas , gunakan alat oksigen tadi untuk check kandungan oksigen ya .
Tip 5 – Tidak Perlu Panik
Jangan terlalu panik sekiranya sukar bernafas sebab panik akan menyebabkan kesukaran bernafas jadi lebih teruk . Apa yang perlu dilakukan adalah duduk ‘straight’ dan tarik nafas ikut hidung dan hembus melalui mulut .
BACA JUGA: Soalan Lazim COVID-19 , Kena Ambil Tahu
Bila hembus ikut mulut , buat seolah olah korang tengah tiup belon … dan muncungkan mulut anda untuk kurangkan kelajuan pernafasan . Tujuan utama adalah untuk mengekalkan tekanan dalam saluran pernafasan dan untuk elakkan paru paru dari collapse .
Atau sekiranya korang ada belon atau sarung tangan getah di rumah , boleh jugak buat eksesais gini … try tarik nafas ikut hidung macam biasa dan terus hembus dalam belon atau sarung tangan tu . Buat sejumlah tiga kali .
Tip 6 – Bila Untuk Melawati Hospital
Sekiranya keadaan kesihatan korang bertambah teruk , maksdunya sesak nafas yang sangat teruk .. batuk berdarah , kencing kurang , jadi keliru atau pengsan . . cepat ke hospital .
Korang digalakkan untuk baring secara meniarap atau “PRONE POSITION” , posisi ini akan membolehkan paru paru dapat menyerap lebih banyak oksigen dan kita akan dapat bernafas dengan lebih mudah .
Kalau korang perasan , posisi ini turut digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit yang mengalami gejala teruk di hospital
Semoga bermanfaat ya perkongsian dari Dr. Rosmadi Ismail ni . Jaga kesihatan korang sebab kita tak nampak virus yang berlegar di ruang udara . Ayuh Kita Bangkit !!
Bersama Kita Perangi Wabak COVID-19
Bae Roslan says
bagusnya.. dah boomark posting ni, senang nak refer in future. thanks sharing
Fadima Mooneira says
This is a good information sharing. It is important for us to know the symptoms and how to reduce them. Thank you for sharing this valuable information with me. Take care.
Ummi | Ummi Goes Where? says
Perkongsian yang bermanfaat. Hopefully jgn la smpai benda ni terjadi kat kita, tapi tak salah kita beringat dulu sebelum kena.
ummi nani says
Good sharing , tq kak sangat bermanfaat untuk rujukan.
Gaitheery says
Good info. Will be useful for asymptomatic patients to take better care of them and be more safe.
khai artzfar says
okay yang pasal baring tu khai baru tau. selalu ni ingatkan dorang baring macam biasa je.tak boleh bayangkan bila dorang cakap sesak nafas. semoga kita dijauhi dari wabak ini. aminnn
Rawlins GLAM says
Ye betul. Bila ada yang degil dan keras kepala dan menipu, maka meningkat la bilangan kes baharu harian. Sampai bila kita nak berkurung camni kan? Thanks for the sharing. InsyaAllah akan membantu ramai nie
Qaseh says
Nice sharing kak sal, rupanya ada alat untuk check oksigen, boleh prepare untuk kecemasan
Kitkat Nelfei says
Cool tips that I baru first time baca ni.. good to know and very informative.. thanks sis!
Ruby says
Kak Sal, rumah Ruby wajib ada semua alat kesihatan tu. Sebab kita tahu bila musim wabak memang hospital dan klinik ramai orang. Dengan cara ini dapat bantu kurangkan jumlah pesakit dan kurangkan kerja frontliner. Kesian mereka. Alat oksigen tu lebih kiut dari ruby punya. Hehehe.
nikkhazami says
sekarang ni kena extra alert dengan kesihatan diri. tak boleh main main dah. covid ni kadang2 takde simptom. tau2 dah dijangkiti
Sis Lin says
Alat oksigen tu baru gak beli, senang nak pantau tahap oksigen dalam badan kita.. bagus perkongsian ni sebab ramai yang tau kann..
Marina says
Thank you share info ni. Akan dipratikkan. Makin rodau dengan keadaan sekarang
Sunshine Kelly says
Thanks for sharing this, is good to have a PULSE OXIMETRY at home for checking.