Cara Penjagaan Tangan dan Jari – Banyak kegunaan tangan dan jari ni kan ? Korang pernah terfikir tak .. hehehe . Tangan dan jari merupakan organ yang sangat penting digunakan bila kita buat kerja rumah , dok taip handphone  , laptop atau komputer , makan dan sebagainya . So , korang jagalah sebaik mungkin ya !

Perlu Tahu Cara Penjagaan Yang Betul

Sebelum ni Sal sendiri jarang nak amik berat tentang penjagaan tangan dan jari tapi bila tengok makin kering … risau pulak . Mula nak cari pelbagai tips . Melalui pembacaan , penting oii penjagaan tangan dan jari . Bukan muka je kita kena jaga .

Semakin meningkatnya usia , makin jelas perubahan pada tangan . Korang perasan ke idak ? Sal memang dah lama perasan tapi sebab malas .. tu kadang antara faktor utama endah tak endah je .

Bukannya Sal takde lotion penjagaan tangan , semua serba lengkap kat dalam rumah cuma masa tak mengizinkan .. huhuhu salahkan masa walhal sendiri yang tak beratkan nak guna .

Cara Penjagaan Yang Mudah Untuk Tangan dan Jari:

Sal guna Lanola LOsyen untuk penjagaan tangan

1.         Pastikan tangan dan kuku kekal lembap – Pelembap sangat pentingya untuk tangan dan jari kekal lembap pada kulit



2.         Kerap potong kuku – Potong kuku setiap2 minggu sekali . kita disarankan untuk memotong kuku dengan bentuk bulat dihujung berbanding bersegi

3.         Jangan jadikan kuku sebagai alat – Haaa … yang ni kena jaga ya sebab korang sure suka guna kuku sebagai alat untuk buka penutup air tin , buka tin biskut  atau tanggalkan tanda harga . Apabila tekanan diletakkan di bahagian hujung jari akan menyebabkan kuku pecah .

4.         Ubah gaya hidup diet yang sihat – Amalkan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat . Protein dan kalsium jaga ya bagi membantu kesihatan dan kekuatan dalaman kuku

BACA JUGA: Losyen Untuk Tangan

So lepas ni korang jangan ambik mudah untuk penjagaan tangan dan jari . Sekiranya tak dirawat dari sekarang , takut akan lebih mudarat . Better jaga semampu yang boleh memandangkan di pasaran banyak losyen atau pelembap yang bersesuaian untuk dibeli .

Pilih yang bersesuaian dengan bajet ya !!