Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah

In Beauty

Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah- Bila cakap pasal kecantikan , bagi Sal bukan hanya terletak pada paras rupa . Ianya perlu menyeluruh dari dalam dan luar tubuh badan seseorang . Jangan lupa titikberatkan tingkah laku yang menerbitkan keperibadian .

Sejauh Mana Korang Tahu Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah

Dulu mungkin Sal pentingkan muka je tapi salah sebenarnya . Yang dalaman perlu dijaga terlebih dahulu dan secara konsisten kita akan nampak kesan yang berpanjangan .

Bila jaga part muka , yang lain ditinggalkan . Bila dah mula nampak kesan di bahagian lain , barulah terhegeh nak jaga . Harini Sal nak tanya tentang penjagaan tumit kaki korang … korang tekan kan tak penjagaan tumit kaki ? Ke korang tak ambil kisah ..

Rekahan tumit kaki tu sebenarnya bila diperhatikan bebetul agak kureng pada pandangan mata Sal la . Bila dipegang akan terasa kering dan rekahan area tumit kaki tu . Tapi ada yang selamber je buat tak kisah . Nak tutup atau ‘hilangkan’ , pakai je kasut bertutup kan ?

BACA JUGA: Gel Mandian Enchanteur Paris

Masalah tumit merekah boleh je berlaku pada sesiapa seandainya tak jaga kebersihan . Mudah sangat nak jadi rekahan pada kaki so kalau tak nak , korang kena jaga ya !

Bila lapisan kulit kaki mengering , ia akan mengeras dan bila jadi tebal ..kulit akan jadi kasar dan akhirnya merekah . Tu la punca kulit tumit bahagian kaki pecah tanpa korang sedar .

Faktor Utama Rekahan Tumit Kaki

  • Berat badan pun boleh jadi punca tumit kaki pecah sebab tekanan yang ditanggung bila berjalan atau berdiri dalam jangka masa yang lama .
  • Jangan mandi air panas terlalu lama sebab akan hilangkan kelembapan semulajadi pada kulit kaki .
  • Jangan lupa pilih sabun yang tidak bersifat terlalu kuat atau mengeringkan
  • Kerap memakai kasut bertapak nipis atau kasut terbuka di bahagian tumit ataumemakai kasut tumit tinggi yang ketat
  • Gagal makan makanan yang seimbang seperti kekurangan vitamin , mineral , zink , asid lemak omega-3

Cara Penjagaan Mengurangkan Rekahan Tumit Kaki

Korang boleh je atasi rekahan di tumit kaki secara alami . Bahan pun tak susah mana . Meh nak share :

Ambil sesudu makan garam

Setengah cawan perahan lemon

Dua sudu gel petroleum > Vaseline

Air suam

Batu kecil

Cara – cara

Masukkan garam dan sedikitperahan limau , satu sudumakan vaseline tadi dan air suam dalam besen . Rendam kaki korang selamam 15 – 20 minit . Gosokkan batu kecil tadi pada tumit kaki yang pecah . Bilas kaki hingga bersih . Sapu nipis air lemon yang dicampur dengan vaseline . Yang ni korang akan rasa pedih sikit . Disyorkan pakaimalam masa nak tidur dan lepas sapu pakai stokin ya !!

Korang ulang buat . Insya Allah , lama kelamaan rekahan tumit kaki akan jadi lembut dan beransur pulih . Lepasdah lembut tu korang rajin rajinkan diri sapu losen ya pada tumit kaki . Penat dah kita lebut kan tu .. hehehe

Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

19 commentsOn Cara Simple Jaga Tumit Kaki Pecah

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu