Assalamualaikum dan Salam Jamadilawal 1444H. Kita dah masuk ke penghujung tahun 2022 dan akan mula membuka tirai tahun 2023 tidak lama lagi. Tahun 2022 ni Sal pasti ramai rasa tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan di pasaran dek ketidakstabilan ekonomi dan suasana politik. Walaupun PRU15 baru sahaja selesai, Sal harap kerajaan kita dapat menangani serta menstabilkan harga barang keperluan yang sangat tinggi sekarang ni. – Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
Sal juga antara yang terasa dengan kenaikan harga barang sekarang ni. Kalau dulu, dengan berbelanja RM100 boleh penuh troli tapi sekarang ni tidak lagi. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum berbelanja. Perlu berjimat dan tidak boros membeli barangan yang tidak penting. Sal juga perlu ada simpanan untuk hal kecemasan. Cuma Sal terfikir bagaimana keadaan mereka yang mempunyai ramai anak dan berpendapatan rendah di dalam menghadapi krisis ekonomi ini.
Seperti yang kita ketahui, stres sangat bahaya untuk kesihatan mental dan tubuh badan jika tidak dikawal dan dibendung daripada awal. Seseorang yang mengalami stres kadang kala boleh bertindak diluar jangkaan sehingga memberikan kesan yang amat buruk kepada dirinya dan mungkin juga kepada orang disekelilingnya.
5 Kesan Stres Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Seseorang – Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
Stres kalau tidak dikawal boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental dan tubuh badan. Di bawah Sal senaraikan 5 kesan stres kepada kesihatan tubuh jika tidak dikawal.
- Masalah jantung dan angin ahmar. Masalah stres akan menyebabkan kandungan lemak dalam saluran darah meningkat. Jika perkara ini berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia akan menyebabkan kandungan lemak yang meningkat ini mendap dan terkumpul dalam saluran darah. Perkara ini akhirnya menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan akhirnya pengaliran darah ke organ terlibat akan berkurangan. Jika perkara ini berlaku pada organ jantung, ia akan menyebabkan serangan jantung dan masalah strok atau angin ahmar untuk organ otak
- Perkara ini juga mengundang kepada masalah kencing manis. Hal ini kerana, stres akan memberi respon agar pankreas kurang menghasilkan hormon insulin. Hormon ini pula penting bagi memecahkan kandungan gula dalam badan.
- Senario stres ini juga boleh mengakibatkan masalah insomnia. Seperti yang kita sedia maklum, keadaan stres akan menyebabkan fikiran seseorang terganggu. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang menghadapi kecelaruan minda dan akhirnya susah untuk mereka tenang serta tidur. Kurang tidur juga memberikan kesan kepada produktiviti seseorang dan juga akhirnya menyebabkan seseorang bertambah stres.
- Mudah untuk dijangkiti sakit penyakit. Stres akan menghasilkan beberapa hormon yang digunakan untuk menghadapi situasi stres. Namun hormon ini akan menyebabkan sistem imuniti badan menjadi lemah. Keadaan ini pula memberi kesan kepada daya tahan seseorang terhadap jangkitan. Oleh itu, pesakit akan lebih mudah dijangkiti penyakit.
- Stres akan menyebabkan seseorang mengalami keradangan gastrik ataupun ketumbuhan ulser pada perut. Fenomena stres akan merangsang penghasilan asid berlebihan dalam perut. Asid yang terlalu banyak akan menyebabkan irritasi pada lapisan perut. Perkara ini akhirnya menyebabkan perut cedera ataupun ketumbuhan ulser.
Bagaimanakah Caranya Untuk Mengendalikan Stress Dengan Baik?
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam mengendalikan stres. Antaranya adalah:
- Melakukan aktiviti kerohanian
- Mengadakan senaman secara berkala
- Mempraktikkan pengamalan tidur yang baik (sleep hygiene).
- Berjumpa dengan pakar kaunseling
- Mengamalkan pemakanan yang sihat
Stres juga dikaitkan dengan masalah tidur. Seseorang yang mengalami insomnia atau sukar tidur akibat tertekan boleh menyebabkan minda bercelaru dan emosi tidak stabil. Kalau dapat tidur pun, tidurnya tidak lena. Ia mengakibatkan stres bertambah dan memberi kesan buruk pada dirinya. Seseorang yang dapat tidur mencukupi didapati lebih mudah mengawal emosinya berbanding orang yang tidak cukup tidur. Menurut kajian, individu yang hanya tidur sekitar 4 jam sehari akan mudah mengalami stres, kemarahan, keletihan dan kepenatan yang melampau.
Ini juga akan menyebabkan seseorang itu sering melakukan kecuaian seperti selalu menjatuhkan barang kerana keupayaan otak dan hormon yang tidak stabil.
Sal pun kalau susah nak tidur malam pastu kena pula tidur tak lena memang rasa stres. Bangun pagi mesti rasa moody je sebabnya banyak perkara nak kena uruskan.
Jadi kalau tak cukup tidur ni, ia jadi satu masalah yang amat besar buat Sal. Pantang kalau ada yang cari pasal. Mula la tu rasa nak marah je. Bila usia makin meningkat ni banyak perkara yang kena difikirkan. Dah tak boleh nak bersenang lenang macam sebelum kahwin dulu. Kalau stres pun hanya stres belajar je. Bila dah kahwin dan berumah tangga ni memang banyak perkara yang perlu difikirkan dan banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Tidur Lebih Nyenyak & Bertenaga Dengan Eskayvie Mindtropic
Sedar dengan masalah yang dihadapi oleh ramai yang sukar tidur dan tidak dapat tidur lena ini, Eskayvie telah menghasilkan produk terbaru iaitu Eskayvie Mindtropic. Ia dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Beliau juga merupakan Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, iaitu Eskayvie Diffenz. Eskayvie Mindtropic merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie yang terbukti telah membantu ramai orang dalam mengurangkan masalah stres dengan mendapatkan tidur yang berkualiti.
Untuk pengetahuan semua, Eskayvie Mindtropic ini dihasilkan dengan menggunakan 5 bahan utama 100% semula jadi dan ianya halal serta selamat untuk diambil.
5 bahan utama Eskayvie Mindtropic adalah seperti dibawah:
Phosphatidylserine
- Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung.
- Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
- Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
- Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
Ashwagandha KSM-66
- Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
- Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
- Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
- Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
Bacopa Monnieri
- Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat.
- Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
- Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
- Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
BACA JUGA: Silap Tidur , Ibu Hamil Kena Ambil Perhatian
Magnesium
- Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak.
- Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
- Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
Selenium
- Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
- Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic Dapat Tingkat Kualiti Tidur
- 100% Bahan Semula Jadi
- Rasa Tropika Yang Enak
- Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
- Tanpa Gula Tambahan
- Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award
Manfaat Eskayvie Mindtropic
- Mengatasi gejala Brain Fog
- Merangsang perkembangan sel otak
- Menguatkan memori
- Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
- Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
- Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
- Menjadikan lebih ceria & gembira
- Meningkatkan kesihatan tulang & otot
Cara Pemakanan
Feedback Mengenai Susah Tidur – Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
Dibawah adalah respon mereka yang menghadapi masalah sukar tidur dan masalah ini berjaya diatasi dengan mengamalkan Eskayvie Mindtropic.
Selepas mengamal Eskayvie Mindtropic, pengguna ini dapat tidur yang berkualiti dan deep sleep. Bila dapat tidur yang mencukupi, perasaan lebih tenang, emosi terkawal. Bangun tidur rasa cergas dan ceria.
Minda rasa lapang bila bangun pagi dan tidur memang lena lepas amalkan Eskayvie Mindtropic. Bila cukup tidur dapat aura-aura positif dan tidak stres lagi.
Selepas amalkan Eskayvie Mindtropic, bangun pagi rasa fresh, ceria dan bertenaga.
Ikuti perkongsian Puan Siti Zubaidah, 39 tahun yang mengalami anxiety. Bila tak cukup tidur beliau asyik nak marah je.
Tidur Penting Untuk Kurangkan Stres
Kita perlu tidur antara 7 hingga 8 jam sehari meskipun jumlah itu sukar diperolehi oleh kita yang hidup di zaman moden ini. Sedangkan Allah telah menjadikan malam untuk hambanya beristirehat dengan suasana gelap agar mudah tidur.
Dengan suasana gelap semasa tidur hormon melatonine akan dihasilkan oleh badan. Ia akan mengurangkan stress dan peningkatan hormon ini menyebabkan tidur yang nyenyak dan boleh menghindarkan anda daripada mendapat tekanan darah tinggi.
Insya Allah dengan adanya Eskayvie Mindtropic ini, ia dapat membantu anda tidur dengan lebih mudah dan dapat tidur lena sekaligus memberikan anda tidur yang berkualiti. Eskayvie Mindtropic ini merupakan salah satu ikhtiar untuk kita kurangkan stres dengan tekanan yang kita hadapi sekarang ni. Selebihnya kita istiqomah dan bertawakal kepada yang Maha Esa agar diberikan ketenangan kepada diri kita menghadapinya.
Kepada anda yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic anda boleh ke laman web dan media sosial Eskayvie dibawah. Jangan stres-stres kerana ianya memberikan kesan buruk pada mental dan juga fizikal.
#EskayvieMindtropic #JanganStresStres
Website: www.eskayvie.com
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq
Leave a Reply