TLDM diuji lagi…
#CB204…semoga semua krew selamat
Sebuah Bot Tempur CB90 TLDM yang akan ditugaskan untuk beroperasi 
di kawasan Terumbu Layang- Layang (Stesen Lima TLDM) telah 
hilang perhubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD PAUS semasa dalam perjalanan ke stesen tersebut. Kehilangan perhubungan komunikasi radio ini berlaku dalam cuaca buruk di sekitar Pulau Mengalum. 
KD PAUS dan Bot #CB204 telah belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk melaksanakan tugasan di kawasan operasi pada 5 Okt jam 5 pagi. 
Operasi mencari sedang dilaksanakan oleh aset TLDM, APMM dan aset udara TUDM. Walau bagaimanapun sehingga kini bot masih belum ditemui. 
Krew bot tempur milik TLDM ini terdiri daripada tujuh orang dan diketuai 
oleh Leftenan Azri bin Bakar TLDM. 
Operasi mencari masih diteruskan mengikut prosedur sedia ada.
Seluruh rakyat Malaysia diharapkan agar dapat mendoakan keselamatan serta kesejahteraan anak-anak kapal yang terlibat.
Amin…