Cetaphil Baby Pilihan Mama – Pening jugak rasa bila nak pilih mandian untuk si comel Kaisar Kazim. Kulit dia agak sensitif area pipi tapi part lain di pelipat lengan atau kaki ok. Jenuh jugak Sal nak cari mandian yang bersesuaian sampai la satu hari tu Sal jumpa pediatrician yang mengatakan pipi dia tu kena ‘kurap susu’. Haa, ni yang nak story lanjut

Kenapa Cetaphil Baby Jadi Pilihan Mama Kini

Rupanya dalam tak sedar Sal baru tahu, tak semua mandian kita boleh guna untuk baby. Especially yang bawah umur setahun dan mempunyai kulit yang sensitif. Jangan main belasah je pakaikan anak mandian yang banyak dijual di pasaran luar.

Better korang tanya pediatrician, memang banyak produk diluar sana yang share tentang info sesuai untuk kulit sensitif , ruam atau kering tapi pada Sal biar la kita ambil pendekatan berhati hati . Jangan terlalu taksub sangat ye mak mak dan please jangan ikut orang !! Kulit anak anak kita ni berbeza …

Untuk itu , Sal guna rangkaian mandian Cetaphil baby yang mengandungi pelembap dan diadun dengan aloe vera dan almond oil yang tak mendatangkan kemudaratan pada kulit baby. Mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni tak akan memedihkan mata dan mempunyai pH seimbang untuk kulit baby.

Antara sebab lain kenapa Sal tertarik nak guna Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni :

  • Paraben Free
  • Hypoallergic
  • Dermatologist Tested & Pediatrician Recommended
  • Tiada Pewarna Tambahan
  • Tiada Bahan Berasaskan Haiwan
  • Mineral oil free
  • Tanpa Bau dan Pewangi
  • Tidak merosakkan kulit bayi dan tekstur lembut
  • Bukan sahaja untuk kulit sensitif tapi semua jenis kulit

Sejauh Mana Keberkesanan Mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Cetaphil Baby Pilihan Mama
Sebelum dan Selepas Sal cuba Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash pada anak

Ramai jugak geng mommies Sal yang lain dah try dan setuju dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash membersih dan melembab kulit halus baby. Wujudnya trusted di situ

Kulit baby akan jadi lembap , kurangkan gatal serta membersihkan area yang sensitif tu. Sal perhati je gelagat Kaisar time mandi. Syukur Alhamdulillah , nampak keserasian dan area yang sensitif berkurangan. Kalau tak nampak merah dan asyik nak menggaru je dia. Korang nampak tak yang mandian Cetaphil Baby ni antara yang terbaik dalam bab penjagaan kulit terutamanya kulit sensitif bayi yang harus dijaga lebih rapi dan teliti. Sal share berdasarkan pengalaman ya !

BACA JUGA: Kemahiran Sosial Dalam Diri Anak

Terus yakin Sal nak guna dan korang pun tahu kan bila rangkaian sesuatu produk tu disyorkan oleh Dermatologist sendiri dan diperbuat dari German so kita dah boleh agak tahap kualiti  dan keberkesanannya . Boleh digunakan tanpa was was yea untuk kulit baby yang sensitif . Silap silap mommy pun tumpang sekaki guna sebab Sal pund ah  try untuk kulit sendiri .. lembut weh , hehehe .

So untuk maklumat lanjut , korang boleh layari :

Website: CETAPHIL

Media Sosial: FACEBOOK & INSTAGRAM

Pembelian boleh dilakukan di : SHOPEE & LAZADA