Cooler Bag Kangalove Pilihan Berbaloi – Bagi ibu yang menyusu badan (breastfeed) dan berkerjaya sure pening nak pilih cooler bag terbaik bila dah masuk keja . Sal sendiri alami walaupun bukan bersalin anak pertama . Zaman sekarang terlalu banyak pilihan  dan kadang tu kita jadi confuse nak pilih mana yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli .

Tapi pada Sal , korang boleh je survey masa tengah cuti pantang tu . Meh , Sal nak share sikit antara pilihan cooler bag yang perlu korang ambil tahu sebelum beli .    

Ketahui 7 ciri-ciri perlu ada pada Cooler Bag

1. Beg Efektif – Pastikan kesegaran agar susu EBM – Expressed Breast Milk tidak rosak . Cooler bag perlu stabil kedudukannya agar susu tidak tertumpah atau botol terbalik . Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif .

2. Ruang Penyimpanan – Beg penyimpanan susu perlu mudah nak handle dan yang penting untuk simpan plastik simpanan EBM supaya tak tumpah. Sal suka beli cooler bag yang mempunyai ruang yang berasingan untuk menyimpan perahan EBM , pam susu termasuk aksesori lain .

3. Tahan Sejuk – Sesuai sangat bagi ibu yang bekerja 9 pagi – 5 petang dan tidak mempunyai kemudahan peti ais di tempat kerja .

4. Cepat Sejuk – Cooler beg yang berbaloi dan terbaik adalah dapat membuatkan susu perahan ibu segera sejuk sebaik sahaja dimasukkan dalam cooler bag. Cuba sentuh botol susu 20 hingga 30 minit selepas meletakkan ke dalam beg. Sudah tentu akan terkejut apabila mendapati botol susu sudah sejuk.

5. Ice Pack – Ais pek mempunyai peranan yang sangat penting supaya EBM kekal sejuk dan tidak basi sepanjang 12 – 16 jam. Masa Sal beli cooler bag , disertakan sekali dengan pek ais… so memang senang . Ngam je size ice pack sebab dah ikut ukuran cooler bag . Ice pack diletakkan di celah-celah botol/plastik susu supaya  susu sejuk sepanjang bekerja .

Cooler Bag Kangalove Pilihan Berbaloi
BACA JUGA: Kepentingan Stok Bekalan Susu Ibu Perahan (EBM)

6. Tahan Lasak – Mahal sikit pun takpe cooler bag asalkan berbaloi dan tahan lasak , bak kata pepatah ‘alah membeli, menang memakai’ . Boleh guna dalam tempoh yang lama atau bersalin anak yang seterusnya . Tapi kalau ikut fesyen memang akan silih berganti la jawabnya …hehehe .

7. Reka Bentuk – Banyak pilihan dan korang buatla pilihan yang tepat . Macam Sal , nak pakai yang fancy ke office tak berapa sesuai . So, Sal pilih color hitam . Korang boleh pakai yang jenis sandang (back pack), sling bag atau tote bag.  Pilih bag yang mempunyai ruang khas untuk simpan EBM dan aksesori penyusuan lain termasuk fone , bag duit . 

Kenapa Kangalove Cooler Bag Dikatakan Pilihan Berbaloi

Cooler Bag Kangalove Pilihan Berbaloi

Sekarang ni Sal guna Cooler Bag Kangalove .Ternyata berbaloi dari segi harga ,ketahanan dan ruang penyimpanan . Harga dalam RM50 je . Siap dapat free storage bottle . Sal selesa sebab tak terlalu besar dan mudah nak bawak ke mana jua .

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari KEDAI KECIL DL . Pandai la korang ya dan bijaklah dalam membuat pilihan !