• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / DASHING .. Jom Ke MANCHESTER Secara Percuma 4H 3M

DASHING .. Jom Ke MANCHESTER Secara Percuma 4H 3M

January 14, 2018

DASHING .. Jom Ke MANCHESTER Secara Percuma 4H 3M | Assalamualaikum Sahabat !!

Sape kat sini suka berjalan ? Lebih lebih lagi ke ‘over the sea’ ..huhuhu . Semua orang kalau diberi peluang , sure nak kan berjalan atau cuti sakan dan lebih lebih lagi secara PERCUMA . Rezeki jangan ditolak . Seandainya dapat ke negara omputih kan , ada ke yang nak tolak ??? hahaha … Sal pun ada la jugak simpan impian  nak ke luar negara . Sape taknak Senah oiiiii .. dan rasanya dah tiba kot .. cheeewahh….negara mana  tu ??? Rujuk tajuk entri pun tau dah kan .. Jom ke Manchester, United Kingdom Secara Percuma 4H 3M ! 

Jom ke Manchester secara percuma selama 4H 3M
Saksikan secara live tau, perlawanan di Etihad Stadium, UK sekiranya anda memenangi percutian 4H 3M di Manchester

Sebelum tu Sal nak tanya . Bila sebut je pasal Manchester .. dalam kepala korang terfikir atau terlintas apa ek ?? Ce sebut kuat sikit ! eehhh , jap ,cakap kuat pun bukan Sal dengar kan … hehehe . Takyah sebut pun Sal tau dah . Bola mana bola ?? kihkihkih . Ada tak kat sini yang fanatik dengan Bola Sepak ? Jom la kita ke MANCHESTER secara percuma .Bukan sehari dua tau . Kalini selama 4 hari 3 malam kita ke Manchester dan bukan setakat ditaja flight ticket , malahan penginapan dan turut dibawa melawat ke sekitar bandar Manchester ‘ala pusing pusing kampung’ gitu . Waaaa , nak nangis rasa kalau dapat peluang gini .

Siap ada lawatan ke National Football Museum dan Stadium seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield  tau . Untuk perlawanan bola sepak Premier League  pulak , korang akan dapat tengok pasukan kesayangan korang  Manchester City beraksi  dari tempat duduk VIP tau kat Stadium Etihad ! Berbaloi tak korang rasa dapat peluang bercuti ke MANCHESTER Secara Percuma … ingat tau  4H 3M .

Rezeki bukan selalu datang bergolek … opss lupa nak bagitau , bila dah sampai Manchester , korang juak berpeluang untuk berinteraksi dan dengan beberapa Legenda Pasukan MCFC . Sila jangan lupa autograf , huhuhu , kenangan beb !! Magical Mystery Tour pun ada tau , suprise gitu untuk pemenang dimana mereka akan dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles . Siapalah 6 pemenang yang bertuahtu ya .. moga salah sorang tu  Sal , kihkihkih … Aamiin

MENANGI 4H 3M SECARA PERCUMA KE MANCHESTER, UK BERSAMA DASHING

Korang tau tak yang Dashing sekali lagi menganjurkan pertandingan beli  dan menang ke Manchester ,United Kingdom dan penganjuran ni merupakan kali ketiga sejak dilaksanakan pada tahun 2015 . Pertandingan ini akan berakhir pada 31 Januari 2018 . Untuk membolehkan korang menjadi salah seorang yang bertuah untuk diterbangkan ke Manchester – rasai percutian ke sana secara percuma 4H 3M , korang kena follow langkah mudah kat bawah ni …

3 LANGKAH MUDAH UNTUK KE MANCHESTER DAN MENANGI PERCUTIAN 4H 3M

1) Para peserta mestilah membeli mana-mana satu (1) produk DASHING atau ELITE di mana-mana kedai yang mengambil bahagian semasa Tempoh Peraduan. Setiap satu (1) resit tunggal tersebut melayakkan peserta untuk satu (1) penyertaan Whatsapp.

2) Tangkap satu gambar resit penuh. Taip (Nama seperti dalam KP atau Pasport) <jarak> (No. KP Baru 12 digit or No. Pasport) <jarak>(Nama kedai yang dibeli) dan Whatsapp ke +6016 9972373.

Contoh: SITI SALINA 910101105511 EXTRAMART

3) Simpan SEMUA resit bercetak asal (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan semua penyertaan Whatsapp yang dihantar sepanjang Tempoh Peraduan sebagai bukti pembelian. Hanya resit bercetak sah (termasuk e-resit bercetak daripada pembelian online) yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan nama pasar raya/kedai dan butiran produk DASHING atau ELITE yang jelas akan diterima.

Jom ke Manchester secara percuma selama 4H 3M
Hanya dengan 3 langkah mudah sahaja untuk anda menangi percutian ke Manchester , pengangkutan .. penginapan .. sajian ditanggung !!

Nah , tak susah mana pun tapi kena ada kesungguhan . Siapa tahu , korang tergolong dalam 6 pemenang yang akan diterbangkan ke Manchester  dan menangi percutian selama 4H 3M ! Jangan tunggu lama lama .  Sertai sekarang dan jadilah antara VIP yang bakal berdiri di pentas utama kelak , menonton perlawanan secara live di hadapan mata sendiri bersama lebih 50,000 peminat dan DASHING, semestinya jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia , PENUHI IMPIAN ANDA !!

HARGA PRODUK DASHING EDISI TERHAD 

Rugi pulak rasa kalau tak beli … hurrmmmm … apa kata Sal pun join sama , atleast boleh bagi Mr Hubby kan dan dalam masa yang sama mana la tahu rezeki dapat menangi percutian 4H 3M ke Manchester .. Sal pun suka gak dengan wangian dan deodorant DASHING ni  . Harga pun taklah mahal mana . Yang macam Sal punya ni kan , DASHING MCFC Limited Edition Spray Ultimate Kick (125ml) harga lepas discount RM10.98 . Untuk DASHING MCFC Limited Edition EDT Hattrick (50ml) harganya RM21.17 lepas discount gak dan harga ni di Watsons ye .

Banyak sebenarnya pilihan produk DASHING ni dan kalau nak tahu lebih detail  , haaa meh klik PRODUK-EDT

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah :

Web : www.dashing.com.my
FaceBook : www.facebook.com/Dashing.MY
Telephone : 03-80238311

Semoga tuah milik anda !! Aamiin ..

Info & Ilmu, My Story, My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Salam Aidilfitri 2018 Syawal 1439HSalam Aidilfitri 2018 Syawal 1439Hijrah
Kasut Badut…….Berat ???
Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari  
Previous: Kita Bergerak Dalam Zon Berbeza Lumrah Dunia
Next: Shopee ‘Fortune Ang Pao’ … Tawar Pelbagai Hadiah Lebih RM1 Juta

Comments

  1. Sueizza says

    January 19, 2018 at 8:47 pm

    Bestnyaaa abah sue peminat tegar dashing,ni kalau bagi kat dia suka sgt la ni.

    Reply
  2. Qaseh says

    January 19, 2018 at 8:55 pm

    Jom ke manchester kak hihi ..

    Reply
  3. yanieyusuf says

    January 25, 2018 at 3:35 pm

    pergg best ni kalau menang.. siapa nak kasi percutian percuma.. sambil tgk liga perdana Inggeris besttt

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah
  • Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
  • Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
  • Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
  • McDonald’s Majikan Pilihan Belia
  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM