Disebalik Kisah Karipap

In Parenting, Parenting

Disebalik Kisah Karipap – Semalam balik keja dah kepenatan tapi perut rasa lapar . Bukak peti ais nampak stok karipap frozen . Jauh tau stok karipap ni … kedah nuu tapi memang sedap . Bila ada stok memang Sal akan dok ngadap goreng hari hari tanpa jemu . Sal memang hantu karipap pun , tambah bila sedap !!

Nak Tau Tak Disebalik Kisah Karipap

Jadi semalam untuk kesekian kalinya masuk dapur dan goreng la sebungkus . Kang goreng sikit tak cukup pulak . Almaklum .. askar ramai kat rumah ni . Better goreng sekaligus sebab nak masuk balik dapur sure malas . Dan Sal tak suka buat keja 2 kali ..dalam erti kata lain malas yang benornye

Lepas goreng , letak karipap atas meja . Sambil nak tunggu suam sikit .. Sal capai dan kemas apa patut . Tau je la bila dah ade rumah , bagai nak buat kemas . Mata ni bukan boleh tengok bersepah .

Sambil tu telinga ni dok dengar riuh anak anak jerit sana sini main . Sesekali dengar suara nyanyi …

“Karipap … karipap … mari beli …..”

Dalam hati Sal berkata gak .. menjual pulak dah …..

Sorang lagi menyahut

“Beli .. beli , mari beli telefon”

Adoilaa anak .. tak tentera adik kecik nak tido . Faham je la bila semua ade kat rumah . time sekolah sunyi sepi rumah . Aman weeehhhh .

BACA JUGA: Pupuk Minat Anak Dalam Pelajaran

Kadang geram gak sebab bingit tapi bila Sal fikir balik , semua moment ni tak kan kekal . Semua akan jadi kenangan dan kita dulu masa kekecik gitu jugak kan . Kadang keletah anak anak ni lucu . Time baik kemain ha .. bila gaduh hurmmm , sabar je la nak leraikan .

Habis buat keja ,Sal kacau sikit air halia panas . Nak rest kejap sambil dok perati anak anak main . Sekali tu ada suara berbunyi ..

“Kenapa ibu habiskan karipap ….”

Terkedu kejap bila anak sound gitu . Goreng pun sebab nak makan kan

“Kitorang nak main jual jual la karipap ni …”

Adoiiiilaaa anak oh anak .. ibu dah kelaparan so terusla makan . hehehe . Bila anak makin besar , makin cerdik . Kita sebagai parents kena tengok perkembangan anak anak . Sesekali Sal pun join gak apa yang dyorang main . Happy sakan anak anak bila Sal join .

Kadang ibu yang lupa diri bila dah join.. sabar je la kan .. huhuhu

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
F&N Life Sedia Pelbagai Resipi dan Tips Masakan

F&N Life Sedia Pelbagai Resipi Dan Tips Masakan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Harap korang semua sihat ya . Jaga diri dan kesihatan korang sebab ‘perang

Read More...
F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu