• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Doa Qunut Solat Subuh

Doa Qunut Solat Subuh

August 1, 2023

Doa Qunut Solat Subuh – Sebagai seorang manusia , kita acapkali melakukan kesilapan dan adakalanya tanpa kita sedar . Namun , kesilapan itu boleh diperbaiki seandainya kita boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka . Dan Sal percaya , DIA ada untuk kita lontarkan keluh kesah melalui Doa yang dipanjatkan . Berdoalah kepada DIA , mintalah dengan sepenuh hati dan jangan pernah sesekali berputus asa

Contents

  • Maksud Doa Qunut Dalam Solat Subuh
    • Bacaan Qunut Dalam Solat Subuh
    • Hukum Membaca Doa Qunut Dalam Solat Subuh
    • فَيُقَالُ: مَا شُرِعَ لِلصَّلَاةِ إنْ وَجَبَ لَهَا فَشَرْطٌ، أَوْ فِيهَا فَرُكْنٌ، أَوْ سُنَّ وَجُبِرَ فَبَعْضٌ، وَإِلَّا فَهَيْئَةٌ
    • BACA JUGA: Panduan Ringkas Doa Tahajud
    • Tiga Jenis Qunut Dalam Solat
    • Amalan Membaca Doa Qunut

Dalam banyak banyak doa , ada satu doa yang sangat berbeza dan mempunyai rahsia yang tersendiri . Doa ini kita baca dalam solat . Sure ramai yang dapat teka maksud Sal kan ??

Maksud Doa Qunut Dalam Solat Subuh

Doa qunut berasal daripada perkataan ‘QUNUT’ yang mepunyai beberapa makna . Maksud Qunut (قنوت) ialah berdoa ketika berdiri dalam solat . Dari segi bahasa ianya bermaksud berdiri lama , taat , diam , tunduk , khusyuk dan doa. Manakala dari segi istilah , merupakan doa yang dibaca ketika iktidal dalam solat . Seterusnya adalah bacaan qunut dalam Bahasa Melayu (rumi) dan jawi yang boleh dijadikan sebagai panduan bacaan . Ianya juga dikenali sebagai bacaan qunut pendek

Bacaan Qunut Dalam Solat Subuh

Doa Qunut Solat Subuh

Hukum Membaca Doa Qunut Dalam Solat Subuh

Membaca doa qunut adalah termasuk dalam perkara Sunat Ab’adh . Maksudnya di sini ialah jika tertinggal atau terlupa nak baca doa qunut , seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi . Walau bagaimanapun , Solat Subuh tetap SAH walaupun tanpa sujud sahwi . Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut .

 Ini diterangkan dengan lebih jelas dalam nukilan kitab Imam al-Ramli:

فَيُقَالُ: مَا شُرِعَ لِلصَّلَاةِ إنْ وَجَبَ لَهَا فَشَرْطٌ، أَوْ فِيهَا فَرُكْنٌ، أَوْ سُنَّ وَجُبِرَ فَبَعْضٌ، وَإِلَّا فَهَيْئَةٌ

Maksudnya: Apa yang disyari’atkan di dalam solat, jika sesuatu perkara itu wajib (di luar solat) untuk menyempurnakannya maka ia ialah syarat. Jika ia wajib dalam perbuatan solat, maka ia ialah rukun. Jika ia sunat kemudian ditampung (dengan sujud sahwi), maka ia ialah sunat ab’adh. Jika tidak, maka ia ialah sunat haiah. (Rujuk Nihayat al-Muhtaj Syarh al-Minhaj, 1:449)

Mengikut Mazhab lain (Hanafi dan Hambali) , ia tidak meletakkan hukum sunat dalam membaca doa qunut ketika melakukan Solat Subuh . Mereka juga langsung membaca doa qunut dalam solat subuh .

Pasti akan ada pendapat yang berbeza kerana berlainan mazhab . Setiap pendapat itu perlu dihormati dan ikutilah mazhab masing masing . Bagi yang ingin memperolehi pahala sunat , terus jadikan sebagai amalan

BACA JUGA: Panduan Ringkas Doa Tahajud

Tiga Jenis Qunut Dalam Solat

  • Qunut dalam solat Subuh
  • Qunut dalam solat witir di bulan Ramadan
  • Qunut Nazilah

Amalan Membaca Doa Qunut

Jadikanlah doa qunut ini sebahagian daripada amalan kita . Berusahalah untuk menghafal dan membaca sebaik mungkin ketika melakukan solat . Moga amalan yang dilakukan ini , Allah SWT mengurniakan kita dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda terhadap hamba hambaNya yang soleh . Aamiin Ya Rabbal A’lamin

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Nak Demam Ke Ni
Permulaan Tahun 2018 Lebih Fokus dan Semangat
Sedekah Itu Satu Keajaiban
Previous: Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
Next: Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM