• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

June 14, 2023

Doa Tahajud – Assalamualaikum dan Salam Zulkaedah 1444H . Harini Sal nak share serba ringkas tentang Doa Tahajud dan cara mengerjakan Solat Tahajud untuk pemahaman diri Sal sendiri . Sejujurnya dalam sibuk berkerja .. di sudut hati kecil Sal sendiri sentiasa berusaha mencari ilmu yang bakal Sal jadikan sebagai ‘saham’ kehidupan yang abadi kelak . Sal teringat kata seorang teman di mana Ilmu yang kita cari ini bukanlah semata mata apa yang dibaca . Ilmu yang dicari perlu ada guru disamping . Kita tak mahu tersalah tafsir . Sebab itu hidup ini perlu berguru demi mencari ilmu yang penuh dengan keberkatan – Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Contents

  • Pengertian Solat Tahajud – Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas
    • Cara Ringkas Solat Sunat Tahajud
    • Doa Tahajud  – Panduan Ringkas
    • BACA JUGA: Kata Hikmat Yang Menarik
    • Hukum Solat Sunat Tahajud
    • Fadilat Solat Sunat Tahajud

Pengertian Solat Tahajud – Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Maksud mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Sembahyang sunat yang dilakukan pada tengah malam, sebaik baiknya selepas tidur. Bertahajud melakukan sembahyang tahajud.

Pengertian Tahajud membawa maksud solat sunat yang dilakukan setelah terjaga daripada tidur malam walaupun hanya sebentar . Solat ini dilakukan selepas waktu Isya’ sehingga terbit fajar dan sebaiknya pada waktu yang dipanggil satu pertiga malam (dalam jam 3.00 pagi) hingga ke fajar . Solat ini dilaksanakan sekurang kurangnya dua (2) rakaat secara bersendirian dan lakukanlah seberapa banyak yang mampu
 
 
Lafaz Niat :

Firman Allah SWT:

وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً مَّحْمُوْدًا

Maksudnya: “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 

Rasulullah SAW telah bersabda:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

(Surah Isra’; ayat 79)

Cara Ringkas Solat Sunat Tahajud

  • Niat Solat Tahajud : أُصَلِّي سُنَّةَ  التَهَجُّدِ  رَكعَتَينِ   للهِ  تَعَالَي (Sahaja aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Ta’ala)
  • Rakat Pertama : Surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun
  • Rakaat Kedua : Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas
  • Membaca Doa Tahajud

Doa Tahajud  – Panduan Ringkas

Selepas selesai menunaikan solat , ambillah sedikit masa untuk berzikir . Relaks dan tenangkan hati . Zikir yang boleh diamalkan :

 

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ –

لا إله إلا الله –

Zikir atau wirid boleh diamalkan antara dua rakaat tahajud sekiranya kita lakukan lebih daripada dua (rakaat)

Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Pengertian : Ya Allah, bagiMu segala puji . Engkau pencipta dan pemelihara (pengatur) langit dan bumi serta segala isinya . BagiMu segala puji, kepunyaanMu kerajaan langit dan bumi serta segala isiNya

Bagi Mu segala puji , Engkau adalah Nur(cahaya) langit dan bumi. BagiMu segala puji , Engkaulah penguasa langit dan bumi . BagiMu segala puji , Engkau adalah Haq (Maha Benar) , janji Mu adalah benar , pertemuan denganMu adalah benar , firmanMu adalah benar , syurga adalah benar , neraka adalah benar , para nabi adalah benar , Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah benar , dan hari kiamat adalah benar

Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah diri , kepadaMu aku beriman , kepadaMu aku bertawakal dan hanya kepadaMu aku kembali . Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya kepadaMu aku mengambil keputusan

Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan dan apa jua yang akan aku lakukan , apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan. Engkaulah Zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir , tidak ada sembahan kecuali kepada Engkau.

BACA JUGA: Kata Hikmat Yang Menarik

Hukum Solat Sunat Tahajud

Hukum Solat Tahajud adalah Sunat Muakad . Perkara sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan kepada perbuatan Nabi Muhammad S.A.W yang tidak meninggalkannya . Ia juga dapat difahami sebagai suatu amalan yang sangat dianjurkan untuk dikerjakan kerana baginda Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya

Fadilat Solat Sunat Tahajud

  • Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin
  • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana
  • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar
  • Dimudahkan hisab ke atasnya
  • Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan
  • Jauh daripada kebinasaan                                                   Sumber: JAKIM

Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya

– (Q.S At-Talaq: 4)
Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Jom Selfie !! Bersama Produk Buatan Malaysia
Apa Tunggu Lagi
Laluan Tol Percuma Sempena Sambutan Kemerdekaan
Previous: Bengkel Bijak Sifir Mudah
Next: Salam Jumaat Zikir Jumaat

Comments

  1. Myzan says

    June 14, 2023 at 3:54 pm

    Good info. Padat dan ringkas dan boleh jadi panduan untuk orang buat.

    Reply
  2. sueizza says

    June 15, 2023 at 7:06 pm

    tq kak buat rujukan

    Reply
  3. yanieyusuf says

    June 16, 2023 at 9:18 am

    terima kasih sharing

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM