Donut Simple dan Gebu Tanpa Telur

In Resepi
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 
Mood bulan puasa ni macam biasa la….Sal masuk dapur je…semalam terlewat balik lagi…sabar je la…sebelum tu sambil buat keja…kepala dok ligat fikir nak buat kuih apa…sambil jeling jeling jam yang dah hampir ke pukul 6…sobs..sobs..
Sangat kelam kabut tapi Sal gigihkan jugak buat donut . Sepantas kilat sebab bahan bahan pun dok ada kat dapur cuma nak uli je . Lagipun anak anak memang suka makan donut , alang alang buat lebih sikit  .  Boleh simpan separuh untuk goreng kemudian .
Korang pun boleh buat cuma Sal nak cepat so takde lah perap lama sangat tapi hasilnya not bad gak . Lembut dan sedang elok naiknyer . Mula tu risau gak takut keras . Alhamdulillah , syukur jadi .
Donut Simple dan Gebu Tanpa Telur
dari segi rupa mungkinkurang .. tapi rasa sodap !!

Kita Cuba Donut Simple dan Gebu Tanpa Telur

Bahan-Bahan:
1 paket yis kering*
2 sudu susu pekat*
1 cawan air suam*
2 sudu gula*
*campurkan bahan bahan ni dan biarkan kembang sekejap
 
Sambil tu kita pulun uli buat bahan ni pulak…..
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara-cara:
 
Ramaskan bahan bahan ni hingga jadi macam serbuk roti…kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata
 
Biarkan selama 1 jam…tapi Sal nak cepat…Sal perap 45 minit je… Pastikan bekas ditutup ye..
 
Adunan memang lembik sikit tapi jangan risau ye.. jangan tambah tepung pulak ye….keras jadinya…
 
Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin…. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap…. Sal pakai terap segera…mudah dan cepat…nak buat bagai kang takut tak sempat…waktu berbuka dah hampir…kira macam waktu kecemasan dah ni…hehehe
 
Akhir sekali…. biarkan selama 30 minit donut yang telah diterap.. Lepas tu boleh dah goreng….
Cuba….jangan tak cuba ya !!

 

You may also read!

Badan Lebih Sihat Dengan Vitamin C+ Shine 1000mg Produk Kitsui

Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam

Read More...
Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan

Read More...
Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...

2 commentsOn Donut Simple dan Gebu Tanpa Telur

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu