Ramai betul yang up gambar durian lately . Yelah , tengah musim pun sebab masa balik keja pun Sal nampak lori durian parking tepi jalan . Bila story pasal durian ni kan .. Sal bukannya penggemar sangat . Bukan kata tak makan , menolak jauh sekali tapi tiap kali makan jamah durian tu adoiiilaaa panasnya badan tak tertahan . Cumanya Sal tetap nak share tentang durian musang king sedap dan berbaloi beli .
Puas Hati Bila Dapat Makan Durian Musang King Sedap dan Berbaloi Beli
Kisah Sal terjebak tentang buah buahan ni bila sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula , ramai yang duduk di rumah dan sampai satu ketika .. Sal terpanggil untuk kongsikan mesej kawan kawan yang mempunyai business jualan makanan .

Start dari bulan puasa tempoh hari , setiap info yang berkaitan dengan juadah berbuka puasa akan Sal kongsikan bersama jiran tetangga di kawasan rumah . Mula tu risau gak takut tak dapat sambutan , cuma bila fikir balik time PKP sure ada yang nak sebab pergerakan terhad . So tawakal !
Alhamdulillah , dapat sambutan yang agak memberangsangkan . Sal lak rasa teruja dan happy sebab dapat bantu business kawan kawan dan secara tak langsung mempermudahkan jiran jugak sebab kami ni semuanya bekerja . Tak berapa terkejar sangat nak sediakan juadah buka puasa time tu .
Perkongsian Akhirnya Dapat Bantu Yang Teringin Makan Buah
Tu masa puasa dan bila tiba musim buah pulak … Sal teruskan perkongsian pada jiran tetangga yang teringin nak makan buah . Kebiasaannya buah buahan ni memang ada je yang cari untuk makan kan .
Bermula dengan melon , mangga , petai … sampai la pada manggis dan durian . Uishhh seronok tengok kengkawan memborong . Bukan susah pun , Sal helo je kawan yang jual .. terus selori datang area office dan rumah . Aiseyyy lupa nak bagitau , kita organise sampai bawah blok rumah tau .
Yelah , alang alang dah boleh datang .. jual terus bawah rumah kan , senang nak buat urusan jual beli time PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) .
Dan yang latest , Sal organise area office . Tapi taklah tiap hari dan ade masa yang tertentu . Kawan Sal ni sejenis yang amat particular tentang buah . Dia nak bagi yang terbaik untuk customer dan memang sejenis jaga hati . Tak caye korang leh try !
Pada penggemar durian , korang sila terjah Shell Seksyen 6 , Kota Damansara ya . Selain durian , seandainya bernasib baik korang akan jumpa manggis . Gerenti puas hati sebab Musang king Gred AAA , bukan yang biasa okeh .. isi penuh , tebal . Silap haribulan , beli sebiji harini boleh simpan lagi makan untuk esoknya .
Yang pernah beli sure repeat dan korang jangan pulak sekali beli tu terus banyak . Setakat nak hilangkan rasa ‘mengidam’ dan untuk makan 1 family (dalam 4-5 orang) dan memadai beli sebiji . Melainkan korang nak bersedekah dan makan berjemaah , harus la beli banyak sikit ya … hehehe
Gerenti tak menyesal . Sal berani recommend sebab dah rasa sendiri . Mulanya tak nak tapi dah ada depan mata tak kan nak tolak kan . Hadap je la sebab bau dan isi tu memang menarik kalbu betul .. makan pun puas hati . Lupa kejap pasal panas badan . Sabar je la ……
Paling takleh Sal lupa ialah manggis sebab Sal memang hantu manggis .. Ni pun tengah nak repeat lagi . Beli yang ritu pun berebut ngan anak anak so lepas ni kena borong lebih sikit kilo . Belum kesampaian sebab stok selalu yilekkk . Geram pun ada tapi Insya Allah ade rezekinya tu nanti .

Seandainya korang dapat terjah kedai kawan tu bagitau la dapat info dari Blogger SalinaJohari.Com .. mana tahu dapat diskaun lebih ke kan .
Ya Allah manggis diaaa….nampak mengiurkan.
Wah best sangat. Tak try lagi durian king.2020 ni.
Musang king cantik isinya..harga pun boleh tahan hehe
Allahu.. Sedapnyaa.. Besar juga durian dia ye.. Sana sini org pos. Sbr jap. Sabar..
sedapnya duriann..sini sana durian..musim dh
Manggis tu.. cantiknya kejadian.
Adehhh sedapnyaaa nampak isi doyan tu
Wahh sekarang pula memang musim buah kan. Durian dah lah my fav. Oklah, kena make time singgah ke Kota Damansaralah macam ni. Woohoo!
Wah nampak isinga memang cantik dan tebtu sedap. Berapa sekilo sekarang ni?
Sonok dapat makan durian. Marina tak makan durian. Orang cakap musang king sedap dari durian biasa ye
Wahhh isi duriannnn kuningnyaa sedap betul 🙂
Durian tak menarik sgt utk i sbb tak makan durian.. Tp manggis tu nampak sedap sangat..
Aduhhh terlioq pulak tengok, baru je teringin nak makan durian tapi belum berkesampaian. HArap2 adalah lah rezeki nak makan durian nanti
Marsha tergoda tang manggis tu…tak sabar balik umah mil
Terliur tengok semua orang makan durian. Nanti saya pun nak cari durian la
Betul, berbaloi dengan harganya…Kita pernah makan sekali je dulu Suami beli masa lalu Bentong dulu…memang puashati sangat…
Sedapnya durian. Kitalah peminat durian no. 1.. sekali makan mmg susah nak stop hihuh… sedapnya..
Sedapnya manggis rasa dah lama sangat tak makan. Haritu beli durian pun isi elok je cuma tak berapa puas sebab mahal
Dah lah musim buah sekarang ni. Geram je tengok semua buah yang ada. Lagi lagi Fana ni memang hantu durianz
Tengah musim ni memang lalu lalang saje kt wall fb tmasuk tepi jalan. Hehe.. Eh manggis pon tengah musim rupanya. Lama tak makan
Humang aihhhh… dua-dua tu buah-buahan tempatan feveret tu… nampak gebu-gebas je isi masing-masing… seriously menggiurkan gitu… dah meleleh ayaq liur dah ni… hehehehe…
Ooo kedai shell tu.. Mmg selalu juga suami beli kt situ tapi i tk mkn durian.. I makan manggis je la.. Sedap
Sekarang ni memang musim durian dan musing king pun memang sedap sangat kalau dapat makan. Saya pun hantu durian dan sekarang har-hari dapat makan durian.. sedap
Wahh sedappnya nampak durian.. favorite saya juga. Memang tengah musim durian sekarang ni. Dapat yg musang king tu lagi la best…