Ramai betul yang up gambar durian lately . Yelah , tengah musim pun sebab masa balik keja pun Sal nampak lori durian parking tepi jalan . Bila story pasal durian ni kan .. Sal bukannya penggemar sangat . Bukan kata tak makan , menolak jauh sekali tapi tiap kali makan jamah durian tu adoiiilaaa panasnya badan tak tertahan . Cumanya Sal tetap nak share tentang durian musang king sedap dan berbaloi beli .

Puas Hati Bila Dapat Makan Durian Musang King Sedap dan Berbaloi Beli

Kisah Sal terjebak tentang buah buahan ni bila sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula , ramai yang duduk di rumah dan sampai satu ketika .. Sal terpanggil untuk kongsikan mesej kawan kawan yang mempunyai business jualan makanan .

Durian Musang King Sedap dan Berbaloi Beli
Korang tengok isii durian ni ha … Durian Musang King Sedap dan Berbaloi Beli

Start dari bulan puasa tempoh hari , setiap info yang berkaitan dengan juadah berbuka puasa akan Sal kongsikan bersama jiran tetangga di kawasan rumah . Mula tu risau gak takut tak dapat sambutan , cuma bila fikir balik  time PKP sure ada yang nak sebab pergerakan terhad . So tawakal !

Alhamdulillah , dapat sambutan yang agak memberangsangkan . Sal lak rasa teruja dan happy sebab dapat bantu business kawan kawan dan secara tak langsung mempermudahkan jiran jugak sebab kami ni semuanya bekerja . Tak berapa terkejar sangat nak sediakan juadah buka puasa time tu .

Perkongsian Akhirnya Dapat Bantu Yang Teringin Makan Buah

Tu masa puasa dan bila tiba musim buah pulak … Sal teruskan perkongsian pada jiran tetangga yang teringin nak makan buah . Kebiasaannya buah buahan ni memang ada je yang cari untuk makan kan .

Bermula dengan melon , mangga , petai … sampai la pada manggis dan durian . Uishhh seronok tengok kengkawan memborong . Bukan susah pun , Sal helo je kawan yang jual .. terus selori datang area office dan rumah . Aiseyyy lupa nak bagitau , kita organise sampai bawah blok rumah tau .

Yelah , alang alang dah boleh datang .. jual terus bawah rumah kan , senang nak buat urusan jual beli time PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) .

Dan yang latest , Sal organise area office . Tapi taklah tiap hari dan ade masa yang tertentu . Kawan Sal ni sejenis yang amat particular tentang buah . Dia nak bagi yang terbaik untuk customer dan memang sejenis jaga hati . Tak caye korang leh try !

Pada penggemar durian , korang sila terjah Shell Seksyen 6 , Kota Damansara ya . Selain durian , seandainya bernasib baik korang akan jumpa manggis . Gerenti puas hati sebab Musang king Gred AAA , bukan yang biasa okeh .. isi penuh , tebal . Silap haribulan , beli sebiji harini boleh simpan lagi makan untuk esoknya .

Yang pernah beli sure repeat dan korang jangan pulak sekali beli tu terus banyak . Setakat nak hilangkan rasa ‘mengidam’ dan untuk makan 1 family (dalam 4-5 orang) dan memadai beli sebiji . Melainkan korang nak bersedekah dan makan berjemaah , harus la beli banyak sikit ya … hehehe

Gerenti tak menyesal . Sal berani recommend sebab dah rasa sendiri . Mulanya tak nak tapi dah ada depan mata tak kan nak tolak kan . Hadap je la sebab bau dan isi tu memang menarik kalbu betul .. makan pun puas hati . Lupa kejap pasal panas badan . Sabar je la ……

Paling takleh Sal lupa ialah manggis sebab Sal memang hantu manggis .. Ni pun tengah nak repeat lagi . Beli yang ritu pun berebut ngan anak anak so lepas ni kena borong lebih sikit kilo . Belum kesampaian sebab stok selalu yilekkk . Geram pun ada tapi Insya Allah ade rezekinya tu nanti .

Durian Musang King Sedap dan Berbaloi Beli
manggis pun terbaik dari ladang tau ..

Seandainya korang dapat terjah kedai kawan tu bagitau la dapat info dari Blogger SalinaJohari.Com .. mana tahu dapat diskaun lebih ke kan .