• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia

Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia

July 13, 2020

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita meneruskan kehidupan seadanya . Tak mungkin kita dapat teruskan kehidupan tanpa ‘pinjaman’ dariNYA kan ?? Harini, Sal tertarik nak share dengan korang tentang satu program yang dianjurkan oleh Ensany Global dimana Ensany Globa lancar wakaf Al-Quran dan kitab Kod Braille untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia .

Usaha Murni Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia

Sejujurnya Sal memang akui dengan kekhilafan diri yang seakan terlupa akan kehadiran golongan OKU yang cacat penglihatan . Allahu . Sesungguhnya biarpun tidak dapat melihat tetapi golongan ini memiliki hati yang amat suci .. bak kain yang putih bersih . Terkadang tu bila terbaca di paparan dada akhbar atau online , memang tersentuh rasa hati Sal melihat kesungguhan golongan yang kurang upaya meneruskan kehidupan walau dalam apa jua keadaan yang mendatang .

Memang bercucuran la air mata . Bukan dibuat tapi akan hadir tanpa disengajakan . Dan Sal akan bermonolog sendiri …

“Adakah diri ini sebagai insan sudah cukup berbuat baik sesama insan .. Bagaimana pula hubungan dengan Yang Maha Pencipta . Selalu meminta agar dikurniakan keredaan dan sentiasa dibawah perlindungan kasih Ilahi . Namun masih ada ruang yang perlu diperbaiki sebenarnya ”

Tahniah Ensany Global kerana membantu mereka yang memerlukan.  
Semoga Allah memberkati usaha mereka dan sentiasa dimurahkan rezeki yang berterusan

Ada di antara kita yang tidak dapat melihat sejak dari lahir dan ada yang diuji sehingga hilang penglihatan . Sungguh berat ujian dariMU namun sedikitpun tidak mematahkan semangat golongan yang cacat penglihatan untuk meneruskan kehidupan . Sungguh cantik percaturan dariMU Ya ALLAH .. yang empunya Alam Semesta.

Sal kagum dengan usaha murni yang dilaksanakan oleh Ensany Global dimana telah melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam Kod Braille sepanjang Ramadan 2020 . Usaha ini dilakukan bagi menyokong Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang Upaya Penglihatan di Malaysia .

Benar … mereka yang kurang upaya dari segi penglihatan perlu dibantu dan hak mereka tetap ada . Kita yang mampu perlu ‘turun padang’ . Dalam tak sedar rupanya masih ada golongan yang perlu dibantu .

Ensany Global turut dibantu oleh Yayasan Maghfirah dalam menjayakan kutipan dana ini . Sebab tu Sal rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai dana yang dilaksanakan agar kita dapat bersama meringankan beban dan secara tak langsung membantu mereka yang kurang upaya .

Untuk makluman korang , Al-Quran dan Kitab yang dicetak oleh Pusat Penerbitan PERTIS dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai. Kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia .

Sal rasa seandainya seorang dari kita menyumbang sorang sedikit ke dalam dana yang dianjurkan oleh Ensany Global , pastinya dapat menggembirakan hati golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia . Masih ada yang sudi kan ..

Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia
Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia

Murni sungguh usaha Ensany Global yang prihatin dan wujudkan inisiatif mengadakan satu dana sebagai satu wadah pengumpulan secara atas talian bagi membantu pihak PERTIS . Moga usaha ini berterusan dan wakaf Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara PERCUMA kepada golongan kurang upaya penglihatan secara berterusan .

BACA JUGA: Indahnya Bersedekah

Syukur Alhamdulillah , kalau korang nak tahu lanjut … usaha yang dilaksanakan oleh Ensany Global mendapat sokongan bukan sahaja daripada masyarakat awam di Malaysia bahkan turut mendapat perhatian daripada Negara ASIA terdekat . Kuasa ‘viral’ kan … mudahan ianya berterusan dan bermanfaat kepada penyumbang dan penerima kelak . Setakat ni dana terkumpul adalah berjumlah RM668,195 (Enam Ratus Enam Puluh Lapan Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Lima Sahaja) .

Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia
Jangan kira pada nilai tapi hulurkan sumbangan untuk insan yang amat memerlukan

Penyerahan Sumbangan dan Tabung Kelestarian Untuk Bantu Golongan OKU Penglihatan

Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020 bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield .

Dalam pada masa yang sama , Tabung Kelestarian turut dilancarkan khusus untuk golongan Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Tabung ini diwujudkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan . Oh ya !! Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia ada projek usaha sama antara Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan PERTIS. Kita doakan semoga usaha ini mendapat tempat di hati masyarakat tak kira dalam dan luar Negara .. Aamiin .

Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”

Maklumat lanjut boleh layari:

ENSANY GLOBAL

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Kesan Lipstick…..Wanita Perlu Peka
Ekspo Buku Dewan Bahasa Pustaka (DBP) 2015
Sijil HALAL Secret Recipe Ditarik Sebab Kebersihan
Previous: Koolit Atasi Masalah Kulit Kering Sensitif Sesuai Seisi Keluarga
Next: Nikmati Kemeriahan Sambutan Raya Bersama Insan Tersayang | Apotec Makananan Tambahan Kesihatan

Comments

  1. Red Linda says

    July 14, 2020 at 12:22 pm

    Alhamdulillah…semoga niat dan usaha murni membantu permudahkan urusan OKU (buta) utk merasai nikmat membaca Al-Quran, dibalas dengan ganjaran setimpal. Allahu akbar!

    Reply
  2. Muhammad Naim Abdullah says

    July 14, 2020 at 12:35 pm

    Alhamduillah, syukur kerana ada alternatif daripada NGO yang sanggup lakukan perkara baik ini. Semoga Al-Quran menjadi peneman kita kelak.

    Reply
  3. FanaHalim says

    July 14, 2020 at 2:05 pm

    Kebajikan yang besar pahalanya. Golongan macam ni selalu dipinggirkan.

    Reply
  4. Marina says

    July 14, 2020 at 2:13 pm

    Alhamdulillah. Bagus inisiatif macam ni. Membantu menyumbangkan untuk golongan OKU penglihatan. Modal nak buat Al-Quran tulisan Braille memang agak mahal berbanding yang biasa

    Reply
  5. Lya says

    July 14, 2020 at 4:06 pm

    Semoga usaha murni akan mendapat lebih banyak tajaan dan sumbangan dariapada orang ramai dan dapat dikekalkan sampa bila bila. InsyaAllah..

    Reply
  6. Rawlins GLAM says

    July 14, 2020 at 5:26 pm

    Moga dipermudahkan urusan ini semua. InsyaAllah sebab kita nak mempermudahkan hidup dan ibadat orang lain kan. Dapat gak ilmu baru berkenaan kadar hayat tulisan braille nie.

    Reply
  7. Betty says

    July 14, 2020 at 6:25 pm

    Is a meaningful event that help the blind people to understand Quaran. Meaningful thing that they have taken.

    Reply
  8. Mohamad Khairil Bin Hassan says

    July 14, 2020 at 7:47 pm

    Tahniah Ensany Global kerana berjaya melancarkan satu program yang murni. Semoga lebih ramai pihak yang turut hadir dan juga turun padang menganjurkan perkara-perkara kebaikan.

    Reply
  9. Sis Lin says

    July 15, 2020 at 7:43 am

    Alhamdulilah, infak wakaf ni bawa ke akhirat esok…moga kita juga akan dapat turut sama mewakafkan untuk mereka yang memerlukan.. Tahniah mereka yang terlibat…

    Reply
  10. Ruby says

    July 15, 2020 at 11:32 am

    Alhamdulillah inisiatif yang amat bagus. Membantu masyarakat sekeliling. Semoga dimurahkan rezeki.

    Reply
  11. farhana jafri says

    July 15, 2020 at 12:52 pm

    tak sangka kos cetak alquran dengan tulisan braille ni sampai RM0.50 sehelai! Memang bagus bila Ensany Global bantu berikan dana pada golongan ni.

    Reply
  12. Fas says

    July 15, 2020 at 6:13 pm

    Tahniah! Satu usaha yang bagus untuk membantu OKU dekatkan diri dengan Al-Quran… moga segalanya dipermudahkan.

    Reply
  13. Muhamad Mawardi says

    July 16, 2020 at 11:04 am

    Alhamdulillah, satu usaha dan inisiatif yang bagus. ada juga yang sedar pasal keperluan warga cacat penglihatan ni.

    Reply
  14. Cik Puan Ena says

    July 16, 2020 at 11:41 am

    Alhamdulillah masih ramai lagi yang sudi menyumbang. Semoga usaha mereka diberkati dan dipermudahkn

    Reply
  15. mags premium gifts sdn bhd says

    July 16, 2020 at 2:00 pm

    http://www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ http://www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc…

    Reply
  16. MAISARAH says

    July 20, 2020 at 5:55 pm

    dengan adanya kitab khas macam ni inshaAllah bersambung pahala sampai bila-bila buat para penyumbang

    Reply
  17. emi says

    July 23, 2020 at 12:54 am

    Bagusnya. Inisiatif yang sangat perlu dicontohi oleh semua. Moga peroleh saham akhirat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022
  • ReLY Aplikasi Online Tuisyen Terbaik
  • KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH KHUSUS (SBP/SMKA) 2023
  • LZS ANJUR KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT DAN MENANG
  • Seminar Pengukuhan Asas Akademik Peperiksaan Sumatif Akhir Tahun Sekolah Rendah
  • Kelas UPKK & PSRA Cuti Sekolah 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM