Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita meneruskan kehidupan seadanya . Tak mungkin kita dapat teruskan kehidupan tanpa ‘pinjaman’ dariNYA kan ?? Harini, Sal tertarik nak share dengan korang tentang satu program yang dianjurkan oleh Ensany Global dimana Ensany Globa lancar wakaf Al-Quran dan kitab Kod Braille untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia .

Usaha Murni Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia

Sejujurnya Sal memang akui dengan kekhilafan diri yang seakan terlupa akan kehadiran golongan OKU yang cacat penglihatan . Allahu . Sesungguhnya biarpun tidak dapat melihat tetapi golongan ini memiliki hati yang amat suci .. bak kain yang putih bersih . Terkadang tu bila terbaca di paparan dada akhbar atau online , memang tersentuh rasa hati Sal melihat kesungguhan golongan yang kurang upaya meneruskan kehidupan walau dalam apa jua keadaan yang mendatang .

Memang bercucuran la air mata . Bukan dibuat tapi akan hadir tanpa disengajakan . Dan Sal akan bermonolog sendiri …

“Adakah diri ini sebagai insan sudah cukup berbuat baik sesama insan .. Bagaimana pula hubungan dengan Yang Maha Pencipta . Selalu meminta agar dikurniakan keredaan dan sentiasa dibawah perlindungan kasih Ilahi . Namun masih ada ruang yang perlu diperbaiki sebenarnya ”

Tahniah Ensany Global kerana membantu mereka yang memerlukan.  
Semoga Allah memberkati usaha mereka dan sentiasa dimurahkan rezeki yang berterusan

Ada di antara kita yang tidak dapat melihat sejak dari lahir dan ada yang diuji sehingga hilang penglihatan . Sungguh berat ujian dariMU namun sedikitpun tidak mematahkan semangat golongan yang cacat penglihatan untuk meneruskan kehidupan . Sungguh cantik percaturan dariMU Ya ALLAH .. yang empunya Alam Semesta.

Sal kagum dengan usaha murni yang dilaksanakan oleh Ensany Global dimana telah melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam Kod Braille sepanjang Ramadan 2020 . Usaha ini dilakukan bagi menyokong Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang Upaya Penglihatan di Malaysia .

Benar … mereka yang kurang upaya dari segi penglihatan perlu dibantu dan hak mereka tetap ada . Kita yang mampu perlu ‘turun padang’ . Dalam tak sedar rupanya masih ada golongan yang perlu dibantu .

Ensany Global turut dibantu oleh Yayasan Maghfirah dalam menjayakan kutipan dana ini . Sebab tu Sal rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai dana yang dilaksanakan agar kita dapat bersama meringankan beban dan secara tak langsung membantu mereka yang kurang upaya .

Untuk makluman korang , Al-Quran dan Kitab yang dicetak oleh Pusat Penerbitan PERTIS dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai. Kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia .

Sal rasa seandainya seorang dari kita menyumbang sorang sedikit ke dalam dana yang dianjurkan oleh Ensany Global , pastinya dapat menggembirakan hati golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia . Masih ada yang sudi kan ..

Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia
Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia

Murni sungguh usaha Ensany Global yang prihatin dan wujudkan inisiatif mengadakan satu dana sebagai satu wadah pengumpulan secara atas talian bagi membantu pihak PERTIS . Moga usaha ini berterusan dan wakaf Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara PERCUMA kepada golongan kurang upaya penglihatan secara berterusan .

BACA JUGA: Indahnya Bersedekah

Syukur Alhamdulillah , kalau korang nak tahu lanjut … usaha yang dilaksanakan oleh Ensany Global mendapat sokongan bukan sahaja daripada masyarakat awam di Malaysia bahkan turut mendapat perhatian daripada Negara ASIA terdekat . Kuasa ‘viral’ kan … mudahan ianya berterusan dan bermanfaat kepada penyumbang dan penerima kelak . Setakat ni dana terkumpul adalah berjumlah RM668,195 (Enam Ratus Enam Puluh Lapan Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Lima Sahaja) .

Ensany Global Lancar Wakaf Al-Quran Dan Kitab Kod Braille Untuk Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia
Jangan kira pada nilai tapi hulurkan sumbangan untuk insan yang amat memerlukan

Penyerahan Sumbangan dan Tabung Kelestarian Untuk Bantu Golongan OKU Penglihatan

Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS telah dilaksanakan pada 10 Julai 2020 bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield .

Dalam pada masa yang sama , Tabung Kelestarian turut dilancarkan khusus untuk golongan Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Tabung ini diwujudkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan . Oh ya !! Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia ada projek usaha sama antara Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan PERTIS. Kita doakan semoga usaha ini mendapat tempat di hati masyarakat tak kira dalam dan luar Negara .. Aamiin .

Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”

Maklumat lanjut boleh layari:

ENSANY GLOBAL