Eye Pro Vision Bersama Warga MinDef – Pagi lagi Sal dah gebang dengan geng kat opis yang harini akan ada pemeriksaan mata secara percuma di foyer MinDef bersama pihak Eye Pro Vision yang datang khusus untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan awam .
Pemeriksaan Mata Percuma Warga MinDef Bersama Eye Pro Vision
Penjagaan mata ni penting dan bagi yang keja selalu berhadapan dengan monitor komputer atau mengadap laptop , sangat di sarankan untuk lakukan pemeriksaan mata secara berkala . Pilihan terbaik dan kemudahan yang serba lengkap bagi tujuan pemeriksaan ada disediakan oleh pihak Eye Pro Vision .
Sangat selesa dan korang akan dapat info secara detail lepas check . Mr William sendiri yang bagi penerangan berkaitan permasalahan mata lepas check samada dari segi rabun atau silau .
Geng office Sal ni tadi memang Sal paksa turun check di foyer MinDef. Yelah , peluang bukan selalu ada dan Eye Pro Vision bukan calang kedai tau , kedai viral no 1 ni . Lagipun bukan kena bayar time check tu . Puas hati bila kita dapat dengar sendiri permasalahan mata kita lepas jalani pemeriksaan .
Jangan dibiarkan mata tanpa diperiksa langsung . Sal sangat berterima kasih dengan pihak Eye Pro Vision kerada sudi ‘turun padang’ dan buat check up secara percuma untuk warga Kementerian Pertahanan . Ianya satu usaha yang murni dan secara tak langsung dapat membantu golongan yang tak pernah terdedah untuk buat pemeriksaan mata .
Sambutan amat memberangsangkan !!

Bila Sal tengok balik cara Mr William bagi penerangan , sangat jelas dan mudah difahami . Bersungguh dia explain dan tiada paksaan langsung untuk buat spek mata . Ha , bila sebut spek mata … sangat berbaloi buat spek di Eye Pro Vision dari segi harga dan kualiti .
BACA JUGA : Cermin Mata Murah Kanta Berkualiti Sungei Wang Plaza
Sebelum ni Sal dah pernah buat spek di Eye Pro Vision menggunakan lens Alpha Blue 420 . Kanta memang best la sebab selalu ngadap komputer , 100% block blue ray dan sesuai untuk silau malam , silau siang , very recommended !!
Kedai spek viral Malaysia dan mempunyai 2000 lebih jenis pilihan bingkai dan cermin Multicoated . Didatangkan khas dari Korea dan Japan . Model terkini tau dan Eye Pro Vision merupakan pemborong terbesar Malaysia !!
Korang try buat dulu spek , sungguh tak rugi .. Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari :
FB : Eye Pro Vision
Atau terus ke Eye Pro Vision di alamat:
G111 ,Ground Floor , Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 9.00 malam
Bagusnya ada pemeriksaan mata percuma.
Good la effort william tembusi pasaran warga Mindef pula. Lagi menyenangkan!
Wahhh untungnya orang MinDef. Tapi memang berbaloi buat spek dengan Eye Pro Vision ni.