| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 
Sememangnya Sal sangat obses dengan bidang penyusuan , pantang nampak info sure nak sharing . Dan ade tu sambil buat rutin pumping , sambil baca paper . Pastu senyum lebar sikit sebab … dapat lak baca tentang Fesyen Ibu Menyusu .

Fesyen Ibu Menyusu Sangat Mudah dan Sesuai 

Sape tak suka kan bila tengok style baju khas untuk ibu menyusu . Bila dah menyusu badan , kita kena cari pakaian yang sesuai dengan keadaan semasa . Boleh dikatakan sejak melahirkan anak yang pertama lagi Sal dah mula ada collection baju menyusu . Tak kira baju kurung atau santai .
MOMS COUTURE
Zaman sekarang ni dah banyak sangat fesyen baju menyusu yang sesuai digayakan tak kira untuk formal atau tidak . Ade tu sampai kawan tak percaya yang Sal pakai baju menyusu sebab memang tak ketara sangat pun .
Kelebihan baju menyusu ni adalah kita tak perlu ‘selak’ berlebihan sewaktu nak menyusukan anak . Dan pada Sal , kita tak perlu rasa malu dan bila nak nyusukan anak di tempat awam . Adakalanya tempat yang kita pegi tu tak sediakan tempat penyusuan bayi . Jangan jadikan alasan bila keluar , kita bagi susu formula atau botol pada anak .
Kepantangan Sal betul .. apa salahnya invest sikit untuk keselesaan dan kemudahan bagi tujuan penyusuan anak . Bukan untuk orang lain pun dan sebenarnya susu badan adalah yang terbaik untuk pembesaran bayi anda . Tak percaya .. sila cari gali lagi info ni ya .
Nak bandingkan dulu dengan zaman sekarang ni kan .. amat jauh bezanya . Tak nak ke kedai atau shopping mall .. order je online . Sal dulu beli pump susu badan – Brand Medela ,  online je .

BACA JUGA : Sumber Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung dan Kandungan

Sal share berdasarkan pengalaman , tapi Sal recommend sangat ibu yang menyusu try nursing shirt atau yang bersesuaian dengan penyusuan . Tak rugi sangat !!