Flower Chimp Terima Pelaburan RM6Juta Tingkat Prestasi Cemerlang – Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang .
Flower Chimp Terima Pelaburan RM6Juta Tingkat Prestasi Cemerlang …
Bayangkan , betapa mudahnya sekarang sebab korang boleh memilih jambangan bunga kegemaran korang dan merancang penghantaran hanya di hujung jari .

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah , titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga bungaan korang dari harga serendah RM89 sahaja . Murah weeehhh …
Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing lain, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia , termasuk di Sabah dan Sarawak .
Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018 – Ucapkan dengan bunga !!
Melalui rangkaian meluas seperti itu , tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima .
Pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari bagi tujuan kejutan buat insan tersayang – Flower Chimp Terima Pelaburan RM6Juta Tingkat Prestasi Cemerlang .
Walaupun masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga , Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun , ia telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia , Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima kali ganda berbanding tahun lepas – Maximilian Lotz , Pengasas Flower Chimp .
Menarik Mengenai Flower Chimp .. Flower Chimp Terima Pelaburan RM6Juta Tingkat Prestasi Cemerlang
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara . Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga bungaan dunia , mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian .
Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan , Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara .
Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut , ia terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang .

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian , Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG) , sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney , Happy Fresh dan iPrice – Flower Chimp Terima Pelaburan RM6Juta Tingkat Prestasi Cemerlang .
Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari :
cantiknyaaa bunga bunga nih