F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

In Lifestyle, My Story

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1442H . Antara sedar atau tak .. kita dan pun masuk pertengahan Ramadan . Cepat betul masa berlalu dan Sal macam biasa .. buat rutin harian yang sememangnya tak pernah habis . Sampaikan nak keluar pi beli barang dapur pun rasa berkejar dengan masa . Tapi sekarang mudah sangat nak penuhkan barang dapur … just order atas talian . Kalau dulu rasa macam susah sebab tak nampak depan mata barang yang nak dibeli . Tambah takut pecah la , kemek dan tak menepati citarasa bagai .. hurmm tapi sekarang ni nak beli air botol untuk juadah buka puasa pun melalui F&N Life , aplikasi mudah order secara online .

best tau F7N Bandung ni …jom try rasa

Produk F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Terkadang tu , anak anak mintak dibelikan air botol yang sedap untuk minum waktu buka puasa . Tak sampai hati betul Sal kalau tak penuhi apa yang anak anak nak . Yelah , sebagai rewards sebab dah puasa kan .

Cakap pasal air botol tadi kan … pilihan Sal dan keluarga sejak dari dulu lagi adalah air botol F&N . Turun temurun dan Sal dari kecik memang suka minum air sirap . Kordial sirap sentiasa ada stok kat dapur , sekarang kordial oren dan sarsaparilla pun ada dah sebab anak anak suka .

tak sabar nak unboxing dah masing-masing .. teruja dapat box besar

Cumanya bila nak keluar pergi Mall untuk beli air botol F&N , Sal masih lagi ada keraguan . Bukan apa , musim pandemik ni lebih berjaga jaga walaupun dah vaksin mencegah itu lebih baik dari merawat . Kita tak nampak virus dari pandangan mata kasar so jangan kata tak boleh dapatkan minuman F&N tau . Gunakan kemudahan yang ada hanya di hujung jari . No probs !!

Semua produk F&N kita dah boleh dapat melalui atas talian . Makna kata kita order online sahaja . Mudah kan ??  Sal kalau kata order online memang laju  berdessuupp Sal buat . Lagipun barang yang di order terus sampai depan rumah . Takyah nak pening kepala bersesak keluar rumah bagai .

Air minuman ni kadang berat . Fikir nak bawak .. angkut lagi , sakit tangan wehhh . Mai nak citer lanjut tentang Aplikasi F&N Life . Korang sure suka punya !!

Jom Beli Produk F&N Guna Aplikasi F&N Life

Baru ni Sal try apps F&N Life . Macam best je sebab ramai geng yang kata service penghantaran ok  , baranag diterima dalam keadaan baik dan harga berbaloi . So kiranya macam Sal pun teruja la nak try . Kebetulan anak pun mintak .. kira jadilah !!

Syukur sangat sebab pihak F&N ada sediakan aplikasi ni . Sangat mudah … klik , klik … sampai terus depan mata .

Bila korang masuk dalam aplikasi F&N , korang akan nampak kepelbagaian produk , Pilih je mana nak …masuk dalam bakul . Haaaa nak pesan gak ni … jangan rambang mata pulak ya .

Cara Mudah Install Aplikasi F&N Life Dalam Handphone

Seriously cara install sangat mudah . Meh nak share langkah demi langkah walaupun Sal tahu korang lebih power part ni … huhuhu

Langkah 1 : Masuk ke App Store  atau Google Play

Langkah 2 : Search F&N Life . Korang akan nampak lambang F&N Life

F&N  Life Aplikasi Mudah Order Secara Online
Korang pilih yang ada logo F&N Life …. Aplikasi Mudah Order Secara Online

Langkah 3 : Klik Download

Langkah 4 : Bila dah selesai , korang klik Daftar Masuk , isikan butiran yang diminta termasuk email

Langlah 5 : Korang akan dapat email pengesahan dari pihak F&N

Langkah 6: Jangan lupa update butiran lain contoh alamat , no fone

Langkah 7: Selamat Bershopping !!

Best F&N Life ni sebab ada discount dan korang boleh beli secara bundle . Super jimat tau kat sini dan jauh lebih murah dari harga pasaran . Rambang jugakla mata Sal masa nak pilih especially F&N Life Ramadan Bundle . Tapi , korang jangan risau sebab ada tips nak pilih .

Dalam aplikasi F&N Life tu kan akan ada ruangan Best Seller . korang tengok bawah dari gambar profile di bahagian ‘account’ . So terus la buat pilihan bundle yang korang nak .

Korang pilih ikut citarasa seisi keluarga

Bukan setakat F&N Life Bundel Ramadan je ye . F&N Life Raya bundle pun hado . Tak perlu dah nak tolak troli bagai untuk stok Hari Raya . Terus sampai depan pintu haaaa . Aajooommm order terus . Berbaloi sangat dah ni !!

Part kaedah pembayaran korang jangan risau ye , sebab F&N Life terima pembayaran melalui TouchnGo , Boost Wallet , eWallet , ShopeePay , FPX , MCash dan Credit/Debit card . Pilihla mana yang korang selesa .

Oh ya !! Kos penghantaran jangan dok risau plak sebab murah dah . Korang boleh compare dengan perjalanan dan tenaga nak menolak dan mengangkut air botol atau produk F&N yang korang beli nanti . Bulan Ramadan ni better kot order online kan ? hehehe

ok sangat dah ni…

Pembelian yang lebih Nilai dan Ganjaran Hebat

Adoiii … lupa nak share apa yang Sal order . Anak anak pilih BB Raya Bundle dengan jumlah harga RM36.90 . Ni lepas discount .. kalau tak harga asal RM42.20 . Beza gak kan ?? Penjimatan berganda dah ni . Setiap perisa tu kita akan dapat 3 botol , so total akan dapat 12 botol masa penghantaran . Meriah weeeyyy … siap dapat free gift sampul raya tau . Ada pakej yang tak dapat so tengok betul betul sebelum ‘buy now’ .

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online
jangan rambang mata tau … korang boleh ikut citarasa seisi keluarga

Dan dalam aplikasi F&N Life ni kan  … kalau korang nak berkongsi rezeki atau infaq pada rumah anak yatim , golongan yang memerlukan , rumah orang tua ada juga disediakan . Lokasi sumbangan turut dinyatakan dalam aplikasi F&N Life . Sumbangan ni dinamakan Pek Penyayang F&N . Zaman sekarang ni mudah sangat kalau kita nak berkongsi rezeki dan dalam pelbagai cara .

jom…ni la yang dikatakan pek penyayang daripada F&N

Hendak seribu daya kan … hehehe

Nak hantar as a gift pada keluarga yang tersayang pun boleh . tapi sebelum tu jangan lupa masukkan poskod untuk delivery ya . Risau takut tak cover tapi so far geng Sal dah menyeluruh jugak yang order dan produk delivery diterima dengan baik . Boleh pilih nak delivery Next Day Delivery atau Normal Delivery .

BACA JUGA: Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Ada beza tau Normal Delivery dan Next Day Delivery . Kalau yang Normal tu ada tempoh iaitu dalam 3 – 8 hari . So kalau nak cepat korang amik Next Day Delivery je . Mudah , selamat dan cepat produk F&N sampai kat depan rumah .

F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online Mempermudah Urusan Membeli

masing-masing dah tak sabar nak tunggu waktu berbuka …

Setakat ni memang Sal sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan aplikasi F&N Life sebab mempermudahkan Sal untuk dapatkan produk minuman . Nak beli kat kedai atau Mall memang tak sempat . Paling best seisi keluarga Sal dapat menikmatinya dengan gembira waktu berbuka puasa .

Seandainya ada yang mudah , kenapa perlu susahkan diri kan . Untuk maklumat lanjut berkenaan F&N Life, korang boleh layari :

Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my

Instagram: https://www.instagram.com/fn.life/

Selamat Mengumpul F&N Life Points ya !!

You may also read!

Pusat Pakaian Hari-Hari Pakaian Sedondon Harga Berbaloi

Pusat Pakaian Hari-Hari Baju Raya Sedondon Harga Berbaloi

Assalamualaikum dan Salam Akhir Ramadan 1442H . Rebutlah peluang pada 10 malam akhir Ramadan . Rugilah kepada golongan yang

Read More...
Badan Lebih Sihat Dengan Vitamin C+ Shine 1000mg Produk Kitsui

Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam

Read More...
Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan

Read More...

12 commentsOn F&N Life Aplikasi Mudah Order Secara Online

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu