Terkedu bila tengok video kes buli pelajar di asrama sebuah sekolah..
macam tak percaya bila tengok…kurang kesedarankah…
terkilan rasa hati dengan generasi muda sekarang…
dalam hal sebegini…adakah ibu bapa perlu dipersalahkan 100%…
tanggungjawab guru pula…??  aisshhh…sukar untuk ditafsirkan…
motif kejadian tak diketahui lagi..
Dari petang semalam Mr Hubby ada inform…tapi tak pulak tertengok..
ingatkan kes buli biasa…tapi harini bila tengok…eehhh…
ini sudah lebey…nak jadi samseng pulak ke…
Wahai anak bangsa…kenapa jadi sedemikian rupa…
hidup kita ni bermasyarakat…bila ke sekolah…kita ada kawan…
begitu juga di alam pekerjaan kelak…perlu bersahabat…
jangan jadi katak di bawah tempurung…
bukan hidup secara perseorangan…banyak yang perlu dikongsikan..
Ada ikatan kasih sayang…hormat menghormati..
jangan ada sikap hasad dengki…kelak diri sendiri yang rugi…
zaman sekolah dulu-dulu takde pun sampai jadi gini kes buli..
rasa kalau nak jadi hero sangat…ada tempatnya..
buka ini caranya sampai orang lain yang jadi mangsa…
dan bila baca kat astroawani.com:
Sumber: MrGoogle
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menafikan video buli pelajar sekolah di dalam bilik asrama sebuah sekolah yang tersebar luas di laman sosial adalah kes buli membabitkan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ketua Polis Dareah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin ketika dihubungi berkata, video yang tersebar berdurasi 4 minit 37 saat itu tiada kaitan langsung dengan kes buli membabitkan pelajar MRSM Balik Pulau Oktober lalu yang masih dalam siasatan polis ketika ini.

Tambahnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes buli membabitkan pelajar yang dilaporkan telah memukul seorang pelajar junior sekolah itu.

Ujar Lai lagi, bagi kes buli di MRSM kesemua pelajar terbabit telah  dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis mengambil keterangan mereka.

Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu seorang pelajar tingkatan dua di MRSM berkenaan patah tulang rusuk selepas dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati salah seorang pelajar berkenaan

 mengaku terlibat memukul junior mereka kerana mangsa enggan mengaku 
mencuri telefon bimbit Samsung Note 3 milik salah seorang daripadanya.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan 

menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang,
 Selangor telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah 
untuk mendapat rawatan. 
Mana yang betul ni…siasat please..!!

Jom Singgah;
Kelab BloggerBenAshaari