Hari Kelahiran Khaizuran Khalaf 6 Tahun – Cepat betul masa berlalu , tak lama lagi dah nak masuk 2020 . Insya Allah jika diizinkan olehNYA . Aamiin .. Masa zaman sekolah dulu selalu berangan yang Malaysia akan ada keta terbang bila jejak 2020 . Tapi akan adakah ?? Biar masa yang tentukan .

Bila Teringat Hari Kelahiran Khaizuran Khalaf 6 Tahun

Al-kisah , hari kelahiran Khalaf jatuh pada hari kerja dan kebetulan ibu duty . Nak elak memang tak boleh sebab demi tugasan ku lalui jugak . Bekerja dalam pasukan beruniform ni memerlukan komitmen dan tahap disiplin yang amat tinggi selain mengambil kira kekuatan dari segi mental dan fizikal .

Dari pagi ibu dah berkira nak mintak Mr Hubby belikan kek untuk anak ibu yang kuat bercakap ni . Biasala mak mak ni kan, tak mungkin akan lupa date bersalin setiap anak . Moments yang paling indah sebab bila bersalin tu diibaratkan seperti satu ‘perjuangan’ yang tak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat .


Sampai la ke petang tu , Mr Hubby tanya bila nak balik sebab Khalaf dah tak sabar nak potong kek . Dah suruh potong dulu tapi tak nak sebab nak tunggu jugak ibu . Sayu lak dengar so dekat nak Maghrib tu lari balik rumah kejap sebab nak salin uniform .

Hari Kelahiran Khaizuran Khalaf 6 Tahun
Hari Kelahiran Khaizuran Khalaf 6 Tahun

BACA JUGA: Pupuk Minat Anak Belajar

Sampai je rumah semua dah tersedia dan berlari terus birthday boy ke meja nak potong kek . Dan macam biasa sebelum potong kita amik gambar dulu . Jadilah sebagai kenangan kan ! Kita buat simple je janji anak ibu potong kek .

Hari Kelahiran Khaizuran Khalaf 6 Tahun
ready….selfie

Nanti kita plan outing pulak yea . Anak anak cukup happy bila diajak keluar . Ok je nak makan luar janji habis .. hehehe

Untuk anak ibu yang sangat petah bercakap:

Ibu dan papa sentiasa mendoakan awak menjadi insan soleh yang berguna kepada agama , bangsa dan negara . Moga dirimu sentiasa dibawah rahmat dan keredaan Allah SWT . Ibu , papa , along , angah , uteh , adik sayang awak !

Kegembiraan anak anak adalah kepuasan dan kekuatan bagi insan bergelar ibu .