| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Kita dah pun masuk bulan Ramadan , bulan yang penuh keberkatan . Jadinya rutin Sal bila bulan puasa ni macam biasa . Masuk dapur kembali … jom kita asah skill masak . Untuk sahur pagi tadi just masak hati ayam masak rempah simple dan sedap .
Perlu Cuba Hati Ayam Masak Rempah Simple dan Sedap
Nak tahu sejauh mana sedapnya , korang kena la try ye . Bahan pun tak susah mana . Kalau sebelum ni bila beli hati ayam , Sal akan goreng dan makan dengan sambal kicap . Tapi kalini nak rasa kelainan sikit . Bak kata orang tu kita ubah citarasa dan selera .

Jom tengok resepi hati ayam masak rempah simple dan sedap ni . Cuma nyer ni versi Mr Hubby tau . Sal tukang rasa je semalam . huhuhu …
Bahan – bahan:
♥ Sepinggan makan hati ayam , nak campur dengan pedal ayam pun boleh
♥ 2 ulas bawang putih
♥ 5 ulas bawang merah
♥ 1 batang serai
♥ ½ inci halia
♥ ½ inci kunyit
♥ 1 sudu kecil ketumbar & jintan manis
♥ Daun kari (ikut suka)
♥ Garam secukup rasa
Cara – cara:
Ø Hati ayam dicuci bersih – kalau nak rebus pun boleh juga
Ø Kisar bawang merah , bawang putih , halia , kunyit , ketumbar , jintan manis , serai .
Ø Boleh gunakan air rebusan tadi untuk tujuan kisar bahan yang dinyatakan .
Ø Campurkan bahan yang telah dikisarkan tadi dengan hati ayam
Ø Perapkan bahan yang dikisar tadi bersama hati ayam seketika , biar sebati .
Ø Panaskan minyak , jangan terlalu banyak .
Ø Masukkan hati ayam yang telah diperap dan daun kari
Ø Kacau rata sampai masak atau rempah garing
BACA JUGA: Nasi Lemak Paru Simple
Makan dengan nasi panas … huhuhu . Sila cuba ya korang resepi hati ayam masak simple dan sedap
Leave a Reply