Info: Cara Pencegahan Virus Selsema

In Info & Ilmu

Info: Cara Pencegahan Virus Selsema- Teringat pulak kata kata Khalish bila dia kena selsema comel je bunyi nyer

Ibu….saya kena aaacchoooo….

Bila selsema menyerang segala kerja tertangguh sebab rasa tak selesa betul tak ??? Sal selalu gitu kepala rasa berat semacam tapi kena bertabah dan redha kan setiap penyakit tu kifarah bagi dosa yang telah kita lakukan..
Kena ingat…Allah SWT kirimkan penyakit sebagai penghapus dosa:
 
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya 
 
Tetapi secara saintifik , ada beberapa cara untuk kita elakkan dari terkena jangkitan selsema iaitu melalui pemakanan ada Sal terbaca beberapa artikel yang mengatakan tubuh badan kita perlu ada secukupnya selenium . Selenium ni dikatakan banyak terkandung dalam tiram, udang kara, ketam dan kima .
Melalui pengambilan pemakanan ni…ia dapat menghasilkan sel protein imunisasi yang dipanggil sitokin . Sitokin ni lah yang banyak membantu menyingkirkan virus jangkitan selesema…. seriously selama ni Sal memang tak tau… salah sendiri jugak sebab tak amik tahu kan…
Jangan tak tahu , Omega-3 pun berupaya ‘menangkis serangan’ selsema so lepas ni kena makan ikan salmon la gamaknyer tapi Omega-3 pun dah ada dalam bentuk tablet tak silap Sal . Nanti nak carik gak kat farmasi , senang sikit telan je kan .
Banyak rupanya langkah pencegahan….boleh jugak amalkan pemakanan berunsurkan ayam, ikan atau daging,
Amalkan pengambilan vitamin A dan B6 melalui buah-buahan berwarna oren atau merah, sayuran daun hijau …manakala vitamin E seperti kacang tanah, minyak zaitun, badam, kacang hazel pun disarankan ambik…..jangan lupa zat besi, zink dan vitamin B12…. turut disyorkan…
Semoga bermanfaat ya !!

You may also read!

Badan Lebih Sihat Dengan Vitamin C+ Shine 1000mg Produk Kitsui

Kitsui Vitamin C+ Shine 1000mg Menjadikan Badan Lebih Sihat

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik seiring dengan tubuh badan yang sihat kan ?? Sal pun macam

Read More...
Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Projek Infaq Ramadan Bersama Dapur LapoWey

Rejab dah pun berlalu meninggalkan kita  .. masuk bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan sebelum Ramadan menjelma . Ramadan

Read More...
Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Kids Eyewear Safer Optics Anti Blue Light Glasses Lindung Mata Anak

Sejak anak anak kerap guna laptop , komputer , handphone bagi meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ..

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu