Jangan Bersedih Untuk Sihat Dan Kuat – Dalam kehidupan yang kita lalui selama ni kan , mesti korang akan ada rasa sedih dan down sangat . Tipu la kalau Sal kata tak pernah alami . Sure ada .. tambah bila kita bekerja , persekitaran akan mempengaruhi emosi ditambah lagi dengan pelbagai ragam yang kita hadap setiap hari .

Ada Tips .. Jangan Bersedih Untuk Sihat Dan Kuat

Tapi , jangan sesekali jadikan kesedihan itu sebagai halangan untuk kita terus maju ke hadapan . Ketepikan semua kesedihan sebab terdapat kesan buruk yang timbul disebabkan dek sikap kita yang selalu duduk dalam kesedihan .

Sedih tu memang dah semulajadi ada dalam diri tak kira siapa pun kita . Jangan terlalu ikut emosi sebab kita akan rasa  tak bertenaga dan hidup bagaikan tak bernyawa . Bila kesedihan melanda , kita tak mampu nak buat apepun , fikiran celaru dan kemurungan melanda .

Ada kajian berpendapat , seseorang wanita yang dalam kesedihan dan menyebabkan kemurungan berisiko tinggi terhadap penyakit jantung .

Para penyelidik menyimpulkan bahawa kemurungan mempunyai impak psikologi secara berterusan terhadap jantung kerana ia terpaksa berfungsi lebih kuat apabila berhadapan dengan tekanan . Yang dalam kemurungan tidak digalakkan untuk menyendiri . Dikhuatiri akan buat sesuatu yang tidak diingini .

Bahaya !!

7 Tips Asas Untuk Gembirakan Hati

  • Latih minda lupakan semua kenangan pahit
  • Selalu bersyukur
  • Buang perasaan risau yang melampau
  • Jadilah seorang yang pemaaf
  • Ubah fikiran
  • Ketawa dan terus ketawa
  • Keraskan hati

Jika kita berfikir secara negatif ,  maka kita akan mendapat hal yang negatif sahaja . Orang yang berfikir secara positif , penuh harapan dan mempunyai pembawaan yang baik akan menyenangkan siapa sahaja .. ke mana pun dia pegi . Sikap yang sihat akan menghasilkan suasana yang sihat .

BACA JUGA: Ada Yang Suka Ambil Kesempatan

Kejayaan berakar pada sikap dan bukan pada bakat seseorang . Fikirkan hal yang hebat , dan korang akan tergolong dalam golongan yang terhebat

Buang je perasaan risau tu . Belajar untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau . Dan korang please ya ! Jadilah seorang yang pemaaf supaya dapat bersihkan hati dari perasaan negatif .

Selalu bersyukur dengan seikhlas hati .. sebanyak yang boleh sebab ia akan meresap dalam hati  dan diri . Sebenarnya kita tak boleh nak ubah situasi yang buatkan kita rasa sedih tapi kita boleh ubah fikiran kita supaya lebih positif .

Percaya pada kekuatan diri . Kita mampu mencapai sesuatu dan kekuatan itu akan hadir tanpa kita sedari sehingga kita berjaya lakukan

Carilah sinar mentari di sebalik awan yang mendung !!