• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Jom Bayar Zakat … LZS Buka Kaunter Sepanjang Disember

Jom Bayar Zakat … LZS Buka Kaunter Sepanjang Disember

December 22, 2017

| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Sekejap je tahun 2017 bakal berakhir . Dalam kita dok sibuk tu , ada beberapa perkara yang perlu kita ingat dan jangan sesekali dilupakan . Harini Sal nak ingatkan diri Sal sendiri dan korang yang budiman tentang Zakat yang merupakan Rukun Islam ketiga . Ia wajib dilaksanakan bagi umat Islam yang berkemampuan jadinya Jom Bayar Zakat … LZS Buka Kaunter sepanjang Disember.

Antara kita sedar atau tidak , pelbagai inisiatif disediakan oleh LZS dan Pusat Zakat berdekatan korang untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong korang tunaikan kewajipan ini sampaikan kaunter dibuka sepanjang bulan Disember . Ada jugak yang dah sedar tapi buat tak reti je . Terpulang la yek . Nak kata susah sangat bayar zakat , isshhhh tak susah dah sekarang ni . Bagi yang tak sempat atau tak boleh nak online … boleh datang ke Cawangan LZS berdekatan . Weekend pun bukak .. so no excuse ya !!

Jom Bayar Zakat ... LZS Buka Kaunter Sepanjang Disember
Jom la kita kongsi rezeki…

Keunikan Kempen Dakwah Informasi dan Dakwah Galakan Pusat Zakat Selangor

Bagai dah kaedah pembayaran zakat seiring dengan perkembangan teknologi semasa , bukan apa .. semua ni nak memudahkan korang . Tak perlu nak bersesak cari parking , buang masa .. nak kena bagitau bos , keluar kejap dari office . Tak pasal kang bos tarik muka , kita nak buat kena pun tak senang kan ??

Kalau korang nak tau , Pusat Zakat Selangor telah aturkan kempen dakwah umum kepada masyarakat untuk menyemarakkan kesedaran dan semangat nak berzakat . Kempen ada dua iaitu Dakwah Informasi dan Dakwah Galakan . Unik tak ?

Kempen dakwah informasi merupakan penyaluran maklumat terkini mengenai perkembangan semasa pengurusan zakat di Selangor termasuk informasi berkaitan produk produk zakat . Contoh kempen terkini adalah Pengemaskinian Fatwa Kutipan Zakat 2017 serta taksir zakat harta individu . Berkuatkuasa pada 1 Muharram 1439H , kita disarankan untuk semak kembali taksiran zakat harta ya especially yang dok dekat Selangor .

Bagi tujuan galakan , Zakat Selangor turut laksanakan ‘ground field’ dimana ia melibatkan dua kempen tersebut dengan menggunakan hashtag #kongsirezeki . Bukan apa , sebagai peringatan bagi pengeluar zakat yang mana setiap daripada rezeki yang diperolehi adalah hak asnaf yang perlu dilunaskan .

Kempen dakwah galakan pula adalah kolaborasi Zakat Selangor dengan rakan strategik bertujuan untuk menghargai pengeluar zakat . Ia dilaksanakan melalui kempen 8 to 8 . Melalui kempen ini diharapkan agar masyarakat sedar dan mula berzakat serta menambah caruman buanan zakat mengikut taksiran terkini melalui Skim Potingan Gaji . Kempen galakan bayaran atas talian juga dilaksanakan dengan kerjasama Bank Islam dan MyEG .

So , sedikit sebanyak melalui perkongsian Sal ni … harapnya korang faham ya . Bukan apa , kempen kempen yang dilaksanakan ni memang memberi kebaikan dan membantu pihak LZS dalam kutipan zakat . Secara tak langsung beri kesedaran dan maklumat kepada masyarakat part kategori zakat yang wajib diitunaikan . Makluman melalui kempen dakwah juga mampu mendorong masyarakat untuk menunaikan zakat dan meneruskan bayaran di masa akan datang

BACA JUGA: Silaturahim Membawa Ke Syurga 

Untuk penjelasan lanjut , korang boleh layari > zakatselangor atau FB > zakatselangor

Info & Ilmu, Info & Ilmu, My Story

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Jus Nanas Mampu Kempiskan Perut
Hati Juga Perlu Diubati
Tips When You Are Moving Out From Rental UnitTips When You Are Moving Out From Rental Unit
Previous: Harga Serendah RM1 Jualan Cuci Gudang Karangkraf Mall
Next: LAZZ Susu Kambing … Pilihan Terbaik Seisi Keluarga

Comments

  1. Linda says

    December 22, 2017 at 4:22 pm

    mudah ada perkhidmatan mcm ni.,.,boleh pergi anytime

    Reply
  2. Maisarah says

    December 22, 2017 at 10:56 pm

    bayar zakat sememangnya wajib bagi umat Islam. ia juga dapat membantu golongan yang layak menerima zakat untuk marasai manfaatnya

    Reply
  3. azrinros says

    December 26, 2017 at 6:39 pm

    Tak susah nak bayar kerana sekarang ini tidak perlu pergi ke kaunter pun. Hanya boleh pembayaran secara online sahaja.

    Reply
  4. qaseh says

    December 28, 2017 at 12:34 am

    good one , semoga semua di beri kesedaran utk membayar zakat

    Reply
  5. Hanny Abdullah says

    December 28, 2017 at 7:57 am

    Memang bagus ada kempen sebegini..bukan apa..kot2 ada yg terlupa..lehlah cepat2 gi buat bayaran zakat

    Reply
  6. Rafzan Tomomi says

    December 28, 2017 at 7:58 am

    Bagusnya ada kempen macamni. lebih mudah nak buat bayaran zakat 🙂

    Reply
  7. Ana Suhana says

    December 28, 2017 at 8:31 am

    Mudah dah skrg ni nak bayar zakat kan. Kalau dulu kena g pusat zakat tp skrg mcm2 cara boleh. Plg senang online je. Dah xde alasan xsempat nak byr zakat. Bagus ada kempen kesedaran ni sebab ramai lg yg culas byr zakat walau terlebih syarat.

    Reply
  8. Fadzi Razak says

    December 28, 2017 at 9:18 am

    Bagus diaorang buat macam ni. Ye la kan kite sekarang ni jadual pack gila. nak ke sana nak sini memang susah. bila dieorang buat macam ni, dah tak ada alasan untuk kite tak bayar zakat dah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM