Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .. jadinya pergerakan masih lagi terhad . Namun , ianya tidak menjadi penghalang untuk kita berbelanja atau shopping keperluan seharian . Maklum la , macam Sal ni memang tiap bulan kena restock barang dapur . Dan semestinya Sal akan pilih secara online sebab cepat , selamat dan mudah sangat pembelian . Hanya di hujung jari . Untuk itu jom shopping di PGMall banyak diskaun dan baucer menarik melalui Maybank QRPAY.

Sebelum ni Sal selalu je online u ntuk beli barang di salah satu platform yang terkenal tapi sejak ada geng yang recommend PGMall .. terus macam terjebak . Sebab banyak sangat pilihan dan diskaun tu yang menarik perhatian . Cakap je nak beli apa … Insya Allah ada .
Tambah bila ramai jugak geng yang pilih PGMall sepanjang tempoh PKP dan PKPB , Sal rasa lebih confident nak shopping jugak . Dan , kalau korang nak tahu pembayaran pun semudah A..B..C . Nanti Sal terangkan …
Mengapa PG MALL Jadi Pilihan Pelanggan
Bila dah duduk di rumah , nak keluar pun tak boleh . Jadinya, bila barang keperluan rumah pun semakin menyusut , dengan pantas kita shopping online . Nak keluar ke mall memang Sal tak berani sepanjang tempoh PKPB . Better kita guna platform e-commerce la .. jimat masa dan rasa lebih selamat sebab bila keluar nanti , kita akan terdedah dengan risiko pulak . Kesannya korang bolah fikir sendiri kan !
Benda hanya di hujung jari , sape tak nak mudahkan ? Sekarang ni pun PGMall ada tawaran hebat besar besaran . Di musim perayaan Aidilfitri ni apa kata korang ambil peluang dan rebut tawaran hebat . PGMall memang dah tersenarai sebagai top 3 e-commerce yang paling ramai shopping online . Terbukti dah melalui laporan suku pertama iPriceinsinght 2020 . Sal memang sejenis suka cari gali info , yelah .. bila ada bukti baru senang hati nak berbelanja kan .

Cara nak register mudah je just sign up dan masukkan butiran yang diminta . Tak sampai 5 minit …siap !! Rugi kalau korang tak grab peluang yang ada . Sal yang jengah kejap PGMall pun dah rambang mata nak pilih barang . Masuk bakul tu sudah tentu … masih dalam tempoh penilaian untuk mencari harga yang berbaloi .. hehehe .
Seronok jugak berbelanja dengan PGMall sebab untuk pelanggan baru kita akan dapat baucer diskaun RM15 bagi setiap RM40 dan ke atas untuk total yang kita belanjakan . Dan untuk pelanggan yang dah register atau yang sedia ada , korang akan dapat diskaun sebanyak RM10 bagi setiap perbelanjaan bermula daripada RM60 ke atas . Banyak dah tu wweehhh . Sape nak bagi kan !
BACA JUGA : Kenapa Cetaphil Baby Menjadi Pilihan
Bukan tu je ya .. bagi yang kaki shopping dan berbelanja sehingga RM250 dan ke atas .. korang akan dapat diskaun sejumlah 15% dengan jumlah sehingga RM50. Voucher terhad okey !! Konsep , sape cepat dia dapat so korang kena grab cepat di PGMall .
Bayar Guna Maybank QRPay Dapat Diskaun Berganda – Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Jangan kata Sal tak inform plak maklumat tentang diskaun … voucher ..dan paling best , ada lagi ni . Bla korang shopping atau belanja di PGMall , banyak sangat penjimatan sebab ada voucher dan dapat rebat okeh bila korang guna beberapa platform pembayaran terpilih !! Super kebabbooommm.
Semestinya Sal akan pilih pembayaran melalui Maybank QRPay sebab korang akan dapat rebat sejumlah 20% untuk setiap perbelanjaan melebihi RM30 dan bukan tu je tau . Ada lagi dapat diskaun RM40 untuk dua kali tebusan tau … yang ni namanya ‘Durian Runtuh’, sape nak bagi kan … Promosi ni sangat terhad dan akan bermula pada 4 Mei sehingga 26 Jun 2020. Save the Date please !!

‘Consumerchant’ Dimana Pulangan Tunai sehingga 3.5 % Setiap Masa
Ada lagi yang best ni …korang boleh dapat reward cashback berterusan melalui program “Forever Cash Back PG Mall “. Nikmati pulangan tunai sehingga 3.5% bila korang kongsi referrel link korang pada kawan , family .. pendek kata pengguna baru yang akan berbelanja di PGMall.
Shop, Share & Earn – Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Bukan takat shopping je , Share & Earn ni yang menarik sangat perhatian Sal sebab secara tak langsung akan dapat ‘duit poket’ tapi kena ada kerajinan dan sedikit usaha . Mudah je pun , just share je link referral korang macam biasa dengan kenalan dan setiap pembelian atau transaksi yang berjaya, ganjaran berbentuk pulangan tunai akan diperolehi .

Rasanya ramai yang dah tahu konsep ni . Makin ramai yang berbelanja di PGMall guna referral link tu , dapatla banyak wang tunai . Dok diam kat rumah pun dapat ‘gaji’ tau .. hehehe. Daftar cecepat di PGMall.
Masa lepas shopping tu pulak , jangan lupa share barang yang dibeli . Kaedah ni pun akan meningkatkan lagi pulangan tunai korang bila pengguna PGMall yang lain beli jugak barang yang kira macam kita recommend tu la .. haa harap korang faham ya konsep Shop , Share & Earn ni .
Ganjaran berbentuk pulangan tunai ni maksudnya akan diberi setelah transaksi yang berjaya dibuat melalui pembelian . Semakin banyak rujukan yang dibelanjakan , semakin banyak wang tunai yang kitaboleh dapat di samping pulangan tunai yang diperoleh dari pembelian peribadi .


Nak tahu lebih lanjut berkenaan cashback atau “Forever Cashback” ni korang klik je link ni https://pgmall.my/consuMerchant-concept
So , guna peluang yang ada nak jana income sambil berbelanja . Banyak pilihan dan diskaun menarik di PGMall, so takyah la tunggu lama sangat nak fikir dan shopping . Pendek kata , semua yang korang cari ada di sana .
Banyak ganjaran yang kita akan dan boleh dapat bila shopping di PGMall. Sambil makan kuih raya tu mohle kita cuci mata kat PGMall. Dan jangan lupa share referral korang tau … Sal dah mula buat gak ni sementara ramai kenalan yang belum tahu sangat tentang PGMall , bolehla kita share terus .. hehe
Maklumat lanjut sila layari:
25 commentsOn Jom Shopping Di PGMall Banyak Diskaun Dan Baucer Menarik Melalui Maybank QRPAY
Menarik. Nk cuba nanti.
menarik offer n promotion PG Mall ni, boleh la shopping di PG Mall dgn QR Pay lepas ni
Shop share earn tu yg best …jom shopping Dekat pg mall ! Sy dah sign up
Godaan sungguh di PG Mall. Ada diakuan dan cashback lahi. Nak nak pengguna maybank. Belanja guna QRPay dapat diskaun dan baucer. Aduh du du tak tahan nak shopping kat sini.
Bestnya dapat cashback 🤩
Nak shopping dari Guinea lepas tak ni
Wahh ada diskaun untuk yang baru register lah. Bagus ni
Dah shopping.. Memang banyak ganjaran.. Suka sangat.. Senang shopping online..
Wah… Menarik! Shopping dapat discount, dapat lagi banyak ganjaran. Nak usha laaaa
tak pernah shopping online kat PG Mall ni.. leh try ni..
First time dengar pgmall ni. Nanti boleh try shopping kat sini lak.
Best ye this online shopping platform! Im now do my shopping there too! hehe
Pertama kali, terima kasih berkongsi satu informasi yang baharu kepada Naim sendiri. akan tetapi di dalam mood pkpb ini tak boleh rentas negeri.. btw, selamat hari raya ya 🙂
Belum pernah cuba beli kat sini walaupun ramai yg rekomen.
tak biasa guna qpay ni. nanti nak try. selalu beli online guna online banking je
mcm2 diskaun tu..musim2 pkp ni mmg elok la shopping online
Wahh berbaloi sopin di pg mall..sambil sopin boleh dapat cashback balik
Baguslah PG Mall ni, macam-macam cashback dapat kalau shopping lagi banyak. Hari saya pun dah tersangkut shopping kat sini hehe
Makin banyak ya choice kita untuk shopping online lepas ni. moga diorg dapat bersaing secara sihat.
Bagus ada platform macam ni so bolehlah kita sebagai pengguna membuat pilihan dan perbandingan harga. Nanti sis terjah..mmg ada nak cr barang ni
Haritu sebelum Puasa dah soping dah waktu kempen raya tu, ada laa beli kurma dan barang lain, berbaloi sangat harga…ni ingat nak soping lagi lee, sebab tawaran cashback dia tu sangat menjimatkan…
bila shop and earn tu memang best. membuatkan kita ulang2 beli
tak sabar nak cuba platform online shopping baru ni. cashback dia tu pn byk
best kan , bila shopping dapat balik reward. TQ PG Mall
PG Mall ni makin terkenal sekarang, dah sama terkenal dgn platform online shopping yang lain. Best sbb byk benefit mcm cashback,
Mobile Sliding Menu
Tips Elak Burnout Dalam Menguruskan Anak
Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 , kebanyakkan dari kita yang tergolong dalam komuniti parents ni kena hadap situasi baru
Read More...OTG Perfume Minyak Wangi Kekal Harum
Ade ke yang tak suka pakai perfume ? Rasanya dah jadi kemestian kan bagi seseorang pakai perfume terutamanya lepas
Read More...Salam Hari Lahir Anak Sulung Ibu I 11 Tahun
Dalam ibu tak sedar , masa kian berlalu . Anak anak ibu makin membesar dan ragam pun semakin mencabar
Read More...Best Sangat Ke Jeruk Mak Kita
Sebelum ni asyik dengar je orang dok sebut pasal Jeruk Mak Kita . Best sangat ke ?? Bukan tak
Read More...Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’
Read More...