• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Parenting / Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023

Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023

March 3, 2023

Assalamualaikum dan Salam Syaaban 1444H . Dah masuk minggu kedua cuti persekolahan . Sekejap betul masa berlalu dan Sal nak tanya macam mana dengan persiapan anak anak dari segi kelengkapan uniform especially kasut sekolah?? Pada awalnya Sal buntu jugak untuk pilih kasut terbaik untuk anak anak . Tau je la kan kelasakan anak anak ni bila pakai kasut . Paling geram bila pakai tu siap seret … aaiiisshhh . Sebab tu Sal memang berhati hati dalam pemilihan kasut . – Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023

Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan 2023 Untuk Sesi Persekolahan Baharu Anak-anak 

Bila dah geng baik sendiri share tetang kasut sekolah Pallas Jazz , so memang tak salah la pilihan Sal untuk anak anak selama ni . Memang anak anak ada cakap kasut sekolah sekarang ni lebih ringan dan selesa . Pada Sal pulak , kasut Pallas Jazz ni bila dibasuh cepat kering dan stokin anak pun bila pakai time sekolah tu tak terlalu berbau sangat sebab sistem pengudaraan atau ventilation system kasut memang dalam keadaan terbaik . Tak rugi beli Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023 Ibubapa

Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
Reka bentuk terbaik dan tampak selesa

Kena fikir bila musim hujan , walaupun kasut hitam tak cepat atau nampak kotor tapi still kena basuh jugak kan ? Zaman dulu dulu boleh lagi letak kasut sekolah bawah peti ais (fridge) untuk cepat kering . Zaman sekarang ade lagi ke fridge yang ada ruang belah bawah tu . Rasa cam payah nak jumpa dah . So kena buat pilihan terbaik masa beli kasut sekolah untuk anak anak ya !

Selain tu jugak , kelebihan yang ada pada kasut Pallas adalah Arch Support (ikut bentuk kaki) pada kasut yang dapat melegakan ketegangan pada otot kaki supaya lebih selesa termasuk Bounce Insole atau mudah kata lantunan bila kaki melangkah tu … kaki tak mudah sakit atau melecet . Tau la anak anak bila time sekolah bukan boleh duduk diam . Berlari sana sini , so Sal memang pilih yang terbaik seperti kata pepatah ‘ Alah Membeli Menang Memakai ‘

Kasut Sekolah Pallas Jazz
Trendy and Smart !!

Paling best pada Sal , kepelbagaian kasut sekolah Pallaz Jaz ni memudahkan anak anak untuk pakai dan dari segi design tu memang sesuai sangat ikut peringkat umur anak anak

Kasut Pallas Jazz Kasut Berkualiti Pilihan Hati

Memang jadi kebiasaan bila nak cari kasut sekolah , Sal akan tanya dan ikut pilihan anak anak . Biar keselesaan memakai terletak pada tangan anak anak . Bukan apa .. takut dah beli nanti tak berkenan pulak kan . Tapi still setia dengan kasut sekolah Pallas Jaz sebab dari segi kualiti , design dan harga tu cukup berbaloi

Dan antara pilihan anak anak Sal :

  • Khafri (7 tahun) : Pallas X-Series School Shoe Single Velcro Strap (PX25/37-022 BLACK)
  • Khalaf (10 tahun) : Pallas Jazz School Shoes Slip On (205-0202 BLACK)
  • Khilfi (12 tahun) : Pallas X Series School Shoes Lo Cut Shoes Lace (PX37-104ABK)
  • Khalish (13 tahun) : Pallas Jazz School Shoes Lo Cut Shoes Lace (7328 BLACK)

Bila masing masing dah dapat kasut … semua tak sabar nak try . Maklum la kasut baru kan. Untuk anak anak Sal sendiri , yang mana kaki ‘comel’ tu lebih selesa pakai yang ada velco . Mudah nak pakai , sarung then kemaskan Velcro strap . Siap !!

Dan untuk yang dah masuk belasan tahun , anak anak lebih selesa memilih kasut pallas yang bertali . Kasut brand turun temurun ni memang dari zaman Sal sekolah lagi tak dinafikan dari segi kualiti . Sebab tu Sal tak fikir panjang sangat nak belikan kasut sekolah Pallas Jazz untuk anak anak .

BACA JUGA: Cermin Mata Kanak Kanak 

Kasut bertali ni memang nampak smart . Tapak getah yang bergaris (rubber outsole) tampak memberi cengkaman yang lebih baik (better grip) . Bila anak bujang pakai nampak stylo dan tahan lasak utuk pemakaian yang lebih lama (long lasting)

kasut sekolah pallas bertali

Sampai anak anak kata nak pakai untuk keluar berjalan (casual wear) atau bila buat aktiviti outdoor . Simple dan menarik . Nak Sal explain panjang lebar tentang kasut Pallas Jazz ni boleh je tapi takut tak dapat bayang pulak . Tapi seriously kena cuba . Tak cuba kita tak tahu kan ??

Kasut Sekolah Pallas Jazz
   Pakai untuk bersukan pun no problem …

6 Sebab Kenapa Kasut Sekolah Pallas Jazz Jadi Pilihan Utama 

Haaaa ……saja Sal nak ingatkan balik kenapa Pallas Jazz jadi pilihan utama :

  • Arch Support Insole – Kusyen insole khas yang dikenali sebagai “Arch Support”. Mempunyai sokongan insole bergetah dan elegakan ketegangan pada otot kaki.
  • X-Tone Outsole – Mempunyai teknologi X-TONE dan ianya bertindak memberi perjalanan aktiviti harian anak anda lebih energetik
  • Cepat Kering – Memberi keselesaan yang sangat optimum dan bila kotor mudah untuk dicuci.
  • Ringan X-Light – Mempunyai kusyen tumit 9mm di mana ia memaksimumkan penyerapan hentakan dan menyuraikan tekanan pada tumit dengan cekap dalam masa yang lama. Superlight yang terbukti “X-Light”
  • Pengudaraan Terbaik – Sistem pengudaraan yang unik dan bahagian atas kasut dibuat dengan mesh dan digabungkan dengan PVC.

Kasut Sekolah Pallas Jazz

  • Harga Berpatutan – Yes !! Sangat mampu milik dan jangan lupa sertai Promosi Back To School

Kasut Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023 Boleh Dibeli Menerusi Online

Kasut Sekolah Pallas Jazz beli online
 hanya di hujung jari je beli ..

Kadang kan rasa malas betul nak ke outlet beli kasut sekolah . Nak cari parking satu hal , beratur dekat counter lagi dengan kesesakan lagi . So kali ni Sal pilih beli secara platform online je . Mudah , pantas dan kepala pun tak pening . Paling best menjimatkan masa .

Jangan risau part ukuran kaki tu ya , sebab measurement guide ada ditunjukkan macam mana nak ukur kaki anak anak

Untuk maklumat Lanjut , korang boleh layari:

Beli online Pallas: www.wow2wee.com

Measurement Guide: https://www.wow2wee.com/how-to-measure-feet-length

Website Pallas: www.pallas.com.my

Parenting

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Jom penuhkan gerobok si kecil di Gerobok Kecil Ku
Trend Kesihatan
Previous: Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
Next: Semak Keputusan MRSM Tahun 2023

Comments

  1. Izyan IQ says

    March 3, 2023 at 3:29 pm

    Wahh, smart betul design Kasut Pallas yg ini. Nampak selesa!

    Reply
  2. JULIA BINTI MOHD JOHARI says

    March 5, 2023 at 8:08 am

    Setuju dengan perkongsian kak sal yang mengatakan basuh kasut sekolah pallas cepat kering. Ya kakak ku, kalau dulu jenuh nak tunggu kering. Beli je pallas selesai masalah. Anak pun selesa pakai dan urus.

    Reply
  3. Lya says

    March 5, 2023 at 8:36 am

    wahh anak anak pasti bergaya dengan kaut sekolah pallas. kasut sekolah pallas pastinya pilihan terbaik …

    Reply
  4. ayeesha anna says

    March 5, 2023 at 8:48 am

    ringan dan selesa. Bahagian dlm kasut pun selesa, tu yg penting tu

    Reply
  5. Eyqa Hasnan says

    March 5, 2023 at 8:48 am

    Senang betul bila nak beli kasut Pallas nie. Online pun boleh ye untuk jimat masa? Design pun lawa tu.

    Reply
  6. Nina Mirza says

    March 5, 2023 at 9:02 am

    sama kita Sal. Punya anak ramai memang kena siapkan kelengkapan sekolah cepat. Kena beli yang berkualiti baru tahan lama pakai. Pallas pilihan Kak Nina jugak

    Reply
  7. Mohaz Sue says

    March 5, 2023 at 11:20 am

    Kitorang pun beli onlinejuga. Kasut sekolah pallas memang terbaik dan tahan lasak!

    Reply
  8. Normarina Bashah says

    March 6, 2023 at 1:40 pm

    cantik-cantik design kasut pallas ni

    Reply
  9. allene says

    March 11, 2023 at 10:21 pm

    lin pun belikan anak-anak kasut pallas tahun ni. Memang cantik dan berkualiti…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah
  • Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
  • Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
  • Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
  • McDonald’s Majikan Pilihan Belia
  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA
  • Cara Tingkat Kualiti Tidur Dengan Eskayvie Mindtropic
  • Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023
  • Bengkel UPKK Bersemuka 2022

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM