Lately ni me dah jarang jengah ‘rumah’ kengkawan…masa sangat tak mengizinkan…mana yang me tinggalkan jejak..tu jela yang sempat…banyak dah ketinggalan…sesekali teringin gak nak bercuti panjang…nak kosongkan kepala…keluar dari KL tapi still takleh lagi..weekend penuh dengan aktiviti..selang seli class dengan Khalish..apapun ni semua dugaan dan cabaran…bukan senang nak senangkan…memerlukan kesabaran yang tinggi menggunung…
Cerita sedih sikit….malam tadi Khalish muntah teruk giler…tengah me salinkan Khaleef tetiba selambak keluar..kebetulan dia berdiri kat tepi…memang tercengang dibuatnye…tak penah sampai camtu sekali…penuh katil dengan nasi…no wonderla malam tadi dia taknak makan melainkan minum air masak..perut tak sedap rasa agaknye..janganla keracunan makanan…mintak dijauhkan..InsyaALLAH..semoga anak ibu diberi kesihatan dan kesejahteraan dariNYA..amin..
Penah dulu masa umur setahun lebih dia muntah gak..bila bawak gi doc…katenyer nak demam…so arini me dah remind BS kalau muntah lagi terus inform…
Bila anak tak sihat kita pun rasa semacam…nak buat keja suma tak kena…
YA ALLAH…berikan kekuatan dan ketenangan di hati ini menerima ujian dariMU..
Leave a Reply