Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu

In Parenting

Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu – Tertarik pulak Sal dengan tajuk yang diketengahkan oleh Dr Taufiq Razif . Dr Taufiq rajin share tentang parenting dan kekeluargaan . Ilmu dalam kekeluargaan ni memang tak jemu untuk kita ‘cari-gali’ . Sal memang sentiasa jadikan rujukan dalam mendidik anak anak sebab dari pembacaan kita akan praktikkan .

Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu

Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu
Mulanya tak nak juga bergambar … tapi bila dipujuk pandai je gayakan …

Bila cerita tentang insan yang bergelar ibu ni memang amat terkesan di hati Sal . Sebab Sal sendiri ada mak yang melahirkan dan mak yang menjaga . Untung bila ada ramai ibu ni kan . Nanti ada masa Sal story ya !

Meh kita baca di mana terletaknya keistimewaan seorang ibu yang anak anak perlu ambil tahu :

♥  Walaupun suara ibu sumbang dan siap lari ‘pitching-nya’ tapi bagi anak ianya tetap melodi indah yang menenangkan hati dan boleh membuatkan anak tidur dengan lebih lena .

♥  Walaupun bau ketiak ibu tu tengik selepas seharian bekerja , ianya tetap aroma ter’wangi yang mendamaikan jiwa .

♥  Walaupun rasa masakan ibu teruk a.k.a tak sedap , tapi bagi seorang anak air tangan ibunya boleh mengalahkan masakan chef terbaik dunia .

♥  Walaupun setiap hari kita mungkin berbohong dan memungkiri janji kita pada anak anak kita , tetapi anak anak tetap mencari ibu kerana anak akan percaya pada ibu sampai bila bila

♥  Walaupun seteruk mana pun layanan kita pada anak. Dijerkah , ditengking dan dicubit emosi dan jasadnya ..  anak akan tetap mencari ibunya kerana kecederaan emosi itu semua tak setanding dengan kecederaan emosi bagi anak yang kehilangan ibunya !!

Betapa hebatnya seorang ibu di mata dan hati anak anak . Jadi korang jangan rasa bersalah pada diri andai anak tak hebat dalam pelajaran . Yang penting akhlak dan dekatkan diri anak dengan Allah SWT . Ingatlah , anda mungkin ibu yang terbaik di dunia tetapi anda merupakan ibu yang terbaik untuk anak anak anda ..

BACA JUGA: Tips Kawal Emosi Penting Bagi Ibu Bapa

You may also read!

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Tatkala Negara kini masih ‘berperang’ mendepani pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa ..masih ada beberapa perkara yang perlu diteruskan ‘perjuangan’

Read More...
Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah I Kedai Emas Hajjah Halijah

Dalam tak diam , tahun 2020 dah pun berlalu dan yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan kan !?  Sal pun

Read More...
Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak .

Read More...

One commentOn Keistimewaan Seorang Ibu Yang Anak Perlu Tahu

  • syahdu plak baca entri ni.
    aduhai…
    baru tadi aida ceramah kan Syuhada.
    aida nampak bergenang air mata dia tatkala aida kata, “esok lusa ibu ni boleh mati tau, adik. masa tu, sape nak ajar adik?”
    dia reply, “adik nak ibu jugak. adik tak kira!”
    bebelkan dia sebab tak nak belajar sendiri.
    nak jugak aida dok sebelah dia. sedih plak sebab tercakap gitu kat dia…

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu