Kek Lapis Sarawak Basah Sedap Asma Cake House – tetiba teringin nak makan Kek Lapis Sarawak basah . Kehendak tekak ni bukan boleh ditahan , mula la Sal mencari . Cumanya tak nak yang buat di area Semenanjung , nak yang ori dari Sarawak . Ngade je bunyi nyer kan … hehehe
Sendiri cari pasal sape suruh kan . Makanya bermulalah pencarian gigih mencari Kek Lapis Basah ori dari Sarawak . Dengarnya Kek Lapis Sarawak Basah Sedap Asma Cake House terkenal dan tak pernah mengecewakan .
Tak kan nak mohon cuti ke Sarawak , melmpau la kan .. Tak mungkin jawapan nyerrrrr … Keja kat opis melambak benor sekarang ni . Fikir punya fikir , Sal mesti gunakan talian hayat yang ada , mintak bantuan kengkawan .
Hurrmmm , untung bila kawan ada merata kan .. hikhik . Syukur !!

Kek Lapis Sarawak Basah Sedap Asma Cake House Tiba Sudah

Dan akhirya selamat sudah sampai depan mata . Alhamdulillah syukur . Dipermudahkan . Korang nampak tak tulisan kat bungkusan bawah ni , agak agak korang la kan .. betul ke sedap ??? hehehe .
Pernah timbul isu suatu ketika dulu kek lapis sarawak TAK HALAL tapi tu dulu okeh !! Sal dah check tak timbul lagi isu ‘kehalalan’ Adat orang berniaga , hurmmmm maleh nak story panjang panjang .
Meh kita citer balik pasal kek lapis sarawak idaman Sal ni . Sal suka sejenis je perisa masam manis . Yang lain ‘kureng’ sikit tekak nak terima , dari tak makan nanti better beli yang kita suka kan takdela membazir nanti .
Sal order banyak sikit so boleh sharing makan dengan kengkawan kat opis . Mulanya nak beli takdela sampai sekotak tapi dalam diam kawan yang Sal kirim tu niatnya nak bagi as a hadiah . Allahu rezeki , terharu betul . Moga murah rezeki beliau dan dipermudahkan dalam apa jua urusan yang dilakukan  , Aamiin …

BACA JUGA: Muffin/Kek Coklat Sedap Kukus Sukatan Cawan

Kek Lapis Sarawak Basah Sedap Asma Cake House
Kek Lapis Sarawak Basah Sedap Asma Cake House
Dan pagi ni Sal bawak gak sebagai bekalan kudapan kat opis . Kang dah start keje tak sempat nak turun cafe . Ehhhh lupa nak bagitau , tak rugi beli kek lapis keluaran Asma Cake House ni. ternyata sedap . Masuk dalam mulut lembut je dan yang penting rasanya sangat tidak mengecewakan .
Pada yang pegi Sarawak tryla beli ya !!