• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Kelas Online UPKK Ustazah Azizah

Kelas Online UPKK Ustazah Azizah

April 12, 2023

Assalamualaikum dan Salam Ramadan 1444H . Sekejap betul masa berjalan dan kita pun semakin menghampiri ke penghujung Ramadan .. bulan yang penuh dengan keberkatan . Subhanallah . Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat agung ,  keagungannya yang menghiasi bulan Ramadan itu sendiri menyebabkan kedatangannya sentiasa dinantikan dan pemergiannya kelak sangat dirindui .  Hampir lupa lak Sal nak tanya geng mak mak .. macam mana dengan result UPKK anak anak untuk sesi 2022 ? – Kelas Online UPKK 2023 Ustazah Azizah

Contents

  • Tips dan Teknik Menjawab Soalan UPKK Melalui Kelas Online UPKK 2023 
    • Apa Itu UPKK Dan Bidang Yang Dinilai 
    • BACA JUGA: TADIKA PRASEKOLAH AL-QURAN TAHUN 2023
    • Pencapaian Dalam Peperiksaan UPKK Dan Maklum Balas Kelas Online UPKK Ustazah Azizah

Tips dan Teknik Menjawab Soalan UPKK Melalui Kelas Online UPKK 2023 

Bila imbas balik , teringat Sal Kelas Online UPKK yang anak anak join . Start dari Khalish dan kemudian menurun pada Khilfi . Sejak dari PKP , anak anak memang Sal dah dedahkan dengan Kelas Online untuk subjek utama Bahasa Melayu , English , Matematik dan Sains . Bila ada geng yang recommend kelas UPKK , terus Sal terfikir WHY NOT kan 

Ada benarnya … sekadar belajar dalam kelas waktu sesi persekolahan memang tak cukup . Kena ada latih tubi extra supaya anak anak lebih jelas rupa bentuk soalan dan kehendak soalan . Tu baru part soalan , teknbik menjawab pun kena betul . Kadang Sal duduk jugak , selit tepi anak untuk tahu cara menjawab soalan UPKK dengan betul . Sambil tu kita refresh balik ilmu yang semakin kelam di mamah usia

Kelas Online UPKK Ustazah Azizah
Meliputi Subjek Utama UPKK

Apa Itu UPKK Dan Bidang Yang Dinilai 

Meh Sal nak share dulu apa itu UPKK yang merupakan singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menilai tahap kefahaman pelajar KAFA dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab . Ujian untuk Pelajar Tahun 5 ini dijalankan setiap tahun dan bertujuan untuk membantu para pelajar dalam memperkukuhkan pemahaman mereka terhadap ajaran Islam dan bahasa Arab . Melalui ujian ini, para pelajar juga dapat menilai tahap pencapaian mereka dan meningkatkan prestasi dalam bidang tersebut 

BACA JUGA: TADIKA PRASEKOLAH AL-QURAN TAHUN 2023

Matlamat peperiksaan UPKK ni diadakan untuk menilai sejauh mana tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran , amali solat serta amali cara hidup Islam . Bidang yang dinilai adalah :

  • Al-Quran dan Hafazan – Lisan
  • Ulum Syariah (Ibadah dan Aqidah) – Penulisan
  • Sirah – Penulisan
  • Adab (Akhlak Islamiyah 1&2) – Penulisan
  • Jawi dan Khat – Penulisan
  • Lughatul Quran – Penulisan
  • Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) –  Lisan & Pemerhatian 
  • Amali Solat – Amali

Bila tengok sejumlah 8 subjek yang perlu dikuasai oleh anak , terus Sal termenung la jugak . Berpusing mikir macam mana nak lipat gandakan momentum anak untuk capai result yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK . Tak lengah , terus zass mencari kelas online sampai Sal dapat info tentang Kelas  Online UPKK Ustazah Azizah . Alhamdulillah

Seawal Tahun 4 Sal dah join kan anak dalam Kelas Online UPKK . Mungkin akan ada yang akan terfikir 

Tak Terlalu Awal Ke ??? 

Yes , memang tak tapi memang berbaloi sangat . Sebab apa Sal kata gitu ? Tahap penguasaan anak anak ni berbeza . Ada yang cepat dapat apa yang diajar dan ada yang sebaliknya . So sebagai parents kita kena tengok dan nilai sendiri tahap penguasaan anak anak . Jangan tunggu sampai Guru Sekolah yang mengajar bagi penilaian . Nak anak berjaya korang kena do something dan korang akan dapat hasilnya nanti . Sal bercakap berdasarkan pengalaman sendiri ya

Pencapaian Dalam Peperiksaan UPKK Dan Maklum Balas Kelas Online UPKK Ustazah Azizah

Kelas Online UPKK Bersama Ustazah Azizah ni bagi Sal sangat berbaloi dari segi Nota, Latih Tubi , Kuiz Interaktif dan seandainya terlepas kelas .. akan ada rakaman untuk anak tonton semula . Janji anak fokus dan rajin buat apa yang Ustazah tekankan . Meh nak share testimoni yang Ibu Ayah share sepanjang join kelas UPKK Ustazah Azizah

Kelas Online UPKK Ustazah Azizah
Keputusan Anakanda Khilfi dalam UPKK 2022
Kelas Online UPKK Ustazah Azizah

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, ada akhirnya dan ada kebahagiaan menunggu di hujung jalan. Mengapa? Kerana ALLAH SWT sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita

Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018
Bajet 2015 Akhirnya
Info: Pureen Malaysia Stock Clearance
Previous: TADIKA PRASEKOLAH AL-QURAN TAHUN 2023
Next: Bengkel Bijak Sifir Mudah

Comments

  1. Physiotherapy Puchong says

    April 17, 2023 at 7:59 am

    apa beza uppk dan upsra?

    Reply
    • Salina Johari says

      April 18, 2023 at 3:24 pm

      UPKK di bawah JAKIM, maknanya semua sekolah di seluruh negeri akan mengambil ujian ini bagi murid darjah 5. UPSRA pula kelolaan JAWI bagi sekolah Wilayah Persekutuan dan murid menduduki ujian semasa darjah 6.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Bengkel Bijak Sifir Mudah
  • Kelas Online UPKK Ustazah Azizah
  • TADIKA PRASEKOLAH AL-QURAN TAHUN 2023
  • Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Bijak Belanja Sekolah
  • Semak Keputusan MRSM Tahun 2023
  • Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Terbaik 2023
  • Printing Custom Jersey Murah Terus Dari Kilang TeamCetak.com
  • McDonald’s Majikan Pilihan Belia
  • KERJA KOSONG GURU TADIKA AL BAGHDADI AIMANSYA

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM