• Home
  • Parenting
  • Beauty
  • Resipi
  • Travel
  • Info & Ilmu

SalinaJohari.com

Coretan Warna , Lukisan Kata Hati

You are here: Home / Info & Ilmu / Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

December 31, 2020

Sepanjang musim Negara dilanda pandemik COVID-19 ni kan , antara perkara yang merisaukan Sal adalah pembelajaran anak anak . Mana tak nya , bagi yang baru masuk Tahun 1 .. sesi persekolahan hanya sempat 2 bulan . Serius memang dalam hati ni rasa gundah gulana . Hati mak mak ni kan lain macam sikit . Nak dibiarkan uiiissshhh … idak leee , belum lagi anak anak yang nak masuk tahap 2 . Tambah dengan silibus subjek sekarang , boleh tahan !! So harini Sal nak share tentang Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Contents

  • Kehendak atau Keperluan Tuisyen Online Untuk Anak ?
    • Cari Kesesuaian Kelas Online UPKK Bersama Fly High Training Centre
    • Kenapa Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Pilihan Terbaik 2021
      • BACA JUGA: Tips Kawal Emosi Bagi Ibu Bapa
    • Jadual Kelas Untuk Sesi 2021
          • Whatsapp : wasap.my/01156998919
          • Facebook : Fly High Training Centre
          • Instagram : flyhightrainingcentre

Kehendak atau Keperluan Tuisyen Online Untuk Anak ?

Maka , bermula la sesi bertanya dengan officemate , geng blogger . Part ni kita kena cari kaedah dan jalan penyelesaian . Alaaa … tanya je pun . Mana la tau kan .. dalam ramai ramai kengkawan kita tu ada yang advance dan memang Sal ni sejenis yang suka bertanya pun .

Malu bertanya sesat jalan

Terkebetulan la pulak Sal memang nak mencari kelas online bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran &Fardu Ain (UPKK) untuk anak anak . Bagaikan pucuk dicita , ulam mendatang la kan .

Kita sebagai parents sekarang ni kena faham tentang situasi semasa . Nak harapkan cikgu atau ustazah mnegajar semata … buat kelas online , pada Sal memang tak mencukupi . Kena cari alternatif lain dan bersesuaian dengan anak anak .

Rasanya sebagai ibubapa korang pun tahukan yang sistem pembelajaran anak anak sekarang bukan macam dulu . Tak kira sekolah arus perdana atau sekolah agama petang tu .. semuanya boleh dikatakan mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) .

Sal kan sepanjang anak anak duduk di rumah agak pening la bila masing masing bukak mulut tanya soalan soalan dalam buku latihan . Antara paksa dalam rela kadang tu duduk jugak la sebelah anak bila cikgu masing masing buat kelas online melalui google classroom .. hehehe .

Semata mata nak faham bentuk pengajaran .. kandungan silbus dan soalan soalan . Sampai tahap tu tau tapi kekangan masa takleh nak elak sebab Sal koje . Tapi yelah .. semakin umur meningkatkan ni .. nak ajar anak anak yang bukan dalam bidang kita tahu je lah kan . So Sal kena berbuat sesuatu .

Cari Kesesuaian Kelas Online UPKK Bersama Fly High Training Centre

Bila Sal dapat peluang join kelas tuisyen online bersama Fly High Training Centre sebagai percubaan, tak lengah tau . Memang mencari pun selama ni . Apa salahnya Sal try dulu sebelum bagi anak anak try . Sal ni part kelas online agak memilih sikit . Bukan kata semua kelas tuisyen online tu tak bagus tapi kita kan ada pilihan . Hak memilih tu kena guna sebaik mungkin !!

Kelas Tuisyen Online UPKK Fly High Training Centre
Nota juga disediakan sebagai rujukan untuk anak-anak

Masa masuk je kelas di bawah bimbingan Ustaah Siti Zubaidah Isa .. terus Sal terdiam . Bukan apa , nampak ustazah macam garang orangnya tapi bila dah start berinteraksi dengan anak anak … terkasima Sal .. huhuhu .

Setiap pertanyaan yang diutarakan oleh anak anak dijawab dengan tenang dan jelas . Anak anak sekarang pun boleh tahan jugak interaksi dengan tenaga pengajar . Kadang tu soalan memang sangat mencabar .

Agak terleka jugakla Sal dengan keletah anak anak yang join kelas meroket bersama Ustazah Siti . Jelas sungguh penjelasan Ustazah Siti dalam setiap topik yang diajar . Anak anak pun nampak enjoy !!

Kelas Tuisyen secara Online
Menggunakan aplikasi zoom atas talian

Usatazah Siti pun bukan calang calang orangnya tau . Sedikit latar belakang tentang dia Ustazah Siti Zubaidah Isa :

  • Guru KAFA Berpengalaman
  • Pemeriksa Kertas UPKK Sejak 2018
  • Penyelaras Peperiksaan UPKK
  • Guru Celik Jawi & Solat
  • Guru Quizziz UPKK
  • Guru Program Meroket UPKK
  • Mempunyai ‘track-record’ cemerlang dalam pencapaian  anak didik dalam UPKK 2019
  • Guru Panel Fly High Training Centre
  • Guru kelas dalam talian UPKK sejak Mac 2020.
  • Mind Map dan Nota (Isi Tempat Kosong) akan diberikan.
  • Latih Tubi dan Quizziz

Kenapa Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Pilihan Terbaik 2021

Selain tu kan , Fly High Training Centre turut menyediakan kelas untuk subjek teras – Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah . Haaa … tak risau dah kan sebab anak anak dapat belajar macam biasa . Kita sediakan payung untuk mereka sebab dengan situasi sekarang ni kita tak tahu lagi macam mana sistem pembelajaran bagi tahun 2021 .

BACA JUGA: Tips Kawal Emosi Bagi Ibu Bapa

Korang jangan risau part tenaga pengajar sebab guru yang mengajar di Fly High Training Centre ni mempunyai latar belakang yang superb jugak . Berkepakaran dalam subjek masing masing dan merupakan pembimbing yang terbaik untuk prestasi anak anak pada masa akan datang . Siapa tak nak anak pandai kan !

Jadual Kelas Untuk Sesi 2021

Meh Sal share jadual kelas untuk sesi 2021 di Fly High Training Centre . Setakat ni kelas yang disediakan secara online ada untuk Tahun 3 dan 4, Tahun 5 , Tahun 6  dan Tingkatan 1 .

Sesuaikan kelas dengan jadual anak-anak , pilihan di tangan anda !!
Guru berpengalaman dan pakar dalam subjek masing-masing I Kelas Tuisyen Online Fly High Training Centre Terbaik 2021

Jom la daftar sekarang .. jangan dok tunggu takut melepas peluang . Dari segi harga rasanya berbaloi jugak . Demi pelajaran anak anak , kita lakukan sesuatu sebelum terlewat . Sekaligus kita bantu tingkatkan prestasi sekolah anak kita kan !

Untuk maklumat lanjut , korang boleh WhatsApp atau layari :

Whatsapp : wasap.my/01156998919
Facebook : Fly High Training Centre
Instagram : flyhightrainingcentre
Info & Ilmu

About Salina Johari

"Menulis apa yang dirasakan agar kelak ia menjadi sebahagian daripada kenangan"

You might also enjoy

Cara Menangani Simptom COVID-19 Ringan di RumahCara Menangani Simptom COVID-19 Ringan di Rumah
8 Tips Elak Bazir Elektrik8 Tips Elak Bazir Elektrik
Jangan Bersedih Untuk Sihat Dan KuatJangan Bersedih Untuk Sihat Dan Kuat
Previous: Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Zakat KWSP
Next: Kedai Emas Hajjah Halijah Beli Emas Online Secara Pakej Menabung Harga Murah

Comments

  1. Cik Puan Ena says

    January 1, 2021 at 9:17 pm

    Bagus ni sebab mudah jugak nak pantau study anak.

    Reply
    • Ayu Rafikah binti Mohd Amin says

      January 5, 2021 at 2:43 am

      Bagus bila dah merancang pembelajaran anak biarpun di atas talian. Moga anak trs bersemangat dan konsisten belajar

      Reply
  2. Saidila Abdul Rahman says

    January 4, 2021 at 7:22 pm

    Memang inilah yang akak nak cari ….InsyaAllah akan daftarkan yang bongsu dalam kelas tuisyen online ni untuk sesi 2021 sebagai persediaan UPSR & PSRA.

    Reply
  3. bae roslan says

    January 4, 2021 at 8:28 pm

    tusyen online bagus sebenarnya. parents lebih mudah nak pantau anak masa belajar

    Reply
  4. Edahyu says

    January 4, 2021 at 8:47 pm

    Memang mencabar kan nak mengajar kids kat rumah..huhu..harap-harap dengan kelas tuisyen online ni dapatlah membantu pembelajaran anak-anak ☺️☺️

    Reply
  5. Fadima Mooneira says

    January 4, 2021 at 9:22 pm

    This good for school kids. Skrang byk program tuisyen online macam NIe. Thank you for sharing your info on this. Take care.

    Reply
  6. Rawlins GLAM says

    January 4, 2021 at 11:29 pm

    Sekarang semuanya online. Terima kasih sebab share pasal tuisyen nie. Ramai parents yang sedang mencari kemudahan online sebegini bagi anak2 mereka dan pastinya info ini membantu kan

    Reply
  7. Mahamahu says

    January 5, 2021 at 12:39 am

    Sekarang ni kena ada altenatif onlie lah senang balajar kat mana sahaja tapi kena semua orang dapat sambungan internet lah baru adil hehehe kelas pun kena pantau oleh ibu bapa…

    Reply
  8. Kitkat Nelfei says

    January 5, 2021 at 3:50 am

    Canggih betul tuisyen skrg kan..:) tapi ini jer caranya untuk everyone to stay safe. less human interaction boleh hindar apa yang patut buat masa ini…

    Reply
  9. Tekkaus says

    January 5, 2021 at 7:08 am

    With the Covid-19, it has made us rethink a lot about our life including education right? Thankfully we have online tuition to help our little ones to grasp better with whatever they have learnt. Thanks for sharing.

    Reply
  10. smartinvest101 says

    January 5, 2021 at 9:38 am

    hebatnya, sekarng pun dah ada kelas tuisyen online. memang terbaik seiring dengan peredaran zaman.

    Reply
  11. Sunshine Kelly says

    January 5, 2021 at 9:48 am

    Thanks for introducing this online tuisyen coz i tengan nak cari extra tuisyen for my niece.

    Reply
  12. Wui Kathy says

    January 5, 2021 at 11:07 am

    Online tuisyen ni nampaknya terdapat jadual waktu yang teratur dengan cikgu yang dedikasi kat subjek masing-masing. Inilah ibu bapa nak cari untuk anak-anak.

    Reply
  13. Grace Ng says

    January 5, 2021 at 11:22 am

    wow this seems like such a great service. can’t wait to tell my nephews about this class

    Reply
  14. Ummi Nadrah says

    January 5, 2021 at 11:39 am

    Memang kena cari alternatif macam ni kan waktu2 sekarang ni. Nak harapkan sekolah atau homeschooling je tak cukup.

    Reply
  15. Hasif Hamsyari says

    January 5, 2021 at 1:22 pm

    Wahh bagusnya inisiatif macam ni! Iyalah, dalam keadaan pandemik ni kadang2 risau juga pendidikan kanak-kanak terlepas pandang. Inisiatif macam ni sekurang2nya membantu mereka untuk belajar walau di rumah. Semua subjek ada pula tu.

    Reply
  16. Nina Mirza says

    January 5, 2021 at 5:54 pm

    Wah bagus lah.. Nina memang cari tuition online. Nak masukkan anak nombor tiga tu. Tahun ni pun dia ambil UPSR dengan PSRA. Dapat lah untuk persediaan dia nanti.

    Reply
  17. Airah says

    January 5, 2021 at 11:14 pm

    Memang perlukan tusyen tambahan kan sebab dah la sekarang kena belajar online agak susah nak faham maybe dengan tusyen boleh tambah kefahaman.

    Reply
  18. Halimah binti Muhiden says

    January 6, 2021 at 1:04 pm

    Kadang2 bila fikir pasal PKP ni ada jugak baiknya semua anak2 dpt fokus utk belajar di rumah dgn ibubapa memantau mereka sambil tu blh belajar class Tuisyen Online

    Reply
  19. Siti Nor Adila says

    January 8, 2021 at 5:50 pm

    wah menarik nyer tuisyen online ni, gonna suggest to my sister …..tq for sharing…

    Reply
  20. xulhlmi says

    January 10, 2021 at 8:19 am

    Info terbaik untuk waktu sekarang ini. Banyak juga ye subjek yang ditawarkan oleh Fly High Training Centre ni. siap dengan subjek UPKK ada kelas tuisyen. boleh lah perform untuk memahami subjek upkk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About Me

salinajoharidotcom

Nama panggilan Sal.Bidang penulisan dah sebati dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Yang ditulis adalah pandangan peribadi semata tanpa melibatkan pihak lain. Menulis apa yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa.Sebarang pertanyaan tentang collaboration, review & advertorial , please email to : ctsalinajohari@gmail.com

KBBA9

Logo KBBA

Jom Baca

  • Koperasi Tentera Keahlian Dan Manfaat
  • Kiblat Cari Arah Dengan Mudah
  • Tadika Al Baghdadi Sri Gombak 2024
  • Doa Qunut Solat Subuh
  • Cuti Sekolah 2023 Takwim Sekolah 2024
  • Kelas Online UPKK Percuma Ustazah Azizah
  • Tasneem Naturel Cough Patch dan Sleep Tight Patch – Neelofa Guna Untuk Bilal
  • Salam Jumaat Zikir Jumaat
  • Doa Tahajud Dan Panduan Ringkas

Archives

Search this blog

Jom FIKIR SEJENAK

Salina Johari

"Orang yang berfikiran NEGATIF sentiasa MENGELAK, orang berfikiran POSITIF sentiasa MENCARI PELUANG, dan orang yang berfikiran TERBUKA sentiasa bertindak dalam situasi.."

Lets Go!

“Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis.”

— A. Samad Said
Design by SkyandStars.co
Back Top

Copyright © 2023. SALINAJOHARI.COM