| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |
Bulan Rejab merupakan bulan yang Mulia disisi Allah SWT . Banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umatNya. Sal nak kongsikan Kelebihan Puasa Sunat Bulan Rejab .
Pintu rahmat sentiasa terbuka luas untuk kita sebagai umat Islam bertaubat dan memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan rasa ikhlas , rendah diri dan bersungguh sungguh agar ganjaran yang akan diperolehi itu beroleh keberkatan dariNya. Subhanallah , betapa Allah SWT sentiasa memberi ruang dan peluang pada hambaNya tanpa kita sedari .
Malam 27 Rejab
Marilah kita mendekati Allah SWT melalui amalan yang disuruh dan dilakukan secara bersungguh-sungguh . Berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat , beristighfar , bertahmid , berzikir , bertasbih , berselawat dan berdoa . Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Bulan Rejab
∅ Solat Sunat Tahajjud 2, 8 atau 12 rakaat.
∅ Solat Sunat Tasbih
∅ Solat Sunat Taubat
∅ Solat Sunat Witir
∅ Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih
∅ Berdoa dan memohon keampunan diri dan ibu bapa
∅ Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh
Puasa Sunat Bulan Rejab
Banyak lagi ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT jika umat Islam sentiasa beribadat dan mengingatiNya sepanjang bulan Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya .
Kelebihan berpuasa pada 27 bulan Rejab adalah seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk Mikraj . Allahuakbar !!
Allah Maha Memberi dan Maha Pengampun .
Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
“Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”
Peristiwa Penting Bulan Rejab
Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab yang kita perlu tahu:
∅ Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
∅ Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
∅ Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
∅Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
∅ Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj).
Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di‘Israk’kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di‘Mikraj’kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntahauntuk mengadap Allah SWT.
Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.
Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya:
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Israa’:1)
BACA JUGA: Fadilat Bulan Rejab
Leave a Reply